View: 2517|Reply: 16
|
[Tempatan]
Lelaki mabuk rempuh kedai makan di Taman Melawati di Ampang dengan Myvi
[Copy link]
|
|
Lelaki mabuk rempuh kedai makan
myMetroutama
Raja Noraina Raja Rahim
SEORANG lelaki dipercayai mabuk merempuh sebuah kedai makan dan menyebabkan seorang pelanggan cedera di Taman Melawati di Ampang, malam tadi.
Dalam kejadian 8.30 malam itu, pemandu Perodua Myvi terbabit turut merempuh dua kereta menyebabkan kerosakan teruk.
Saksi kejadian, Nik Norizan Ali, 28, berkata dia dan suami, Muhamad Ezani Misfar@Hussein, 42, sedang menguli tepung roti canai di kedai sebelum terkejut mendengar bunyi dentuman kuat di persimpangan hadapan kedainya.
Katanya, dia lihat Perodua Myvi dari arah hadapan melanggar Perodua Bezza dipandu seorang wanita yang datang dari arah kiri menyebabkan kereta wanita itu berpusing.
"Kereta suspek kemudian terbabas dan melanggar pula sebuah kereta yang diparkir di hadapan kedai sebelum merempuh kedai kami.
"Pada masa sama, seorang pelanggan yang duduk menunggu sate terbaring dan berlumuran darah di kepala.
"Saya tidak pasti dia dilanggar kereta atau dihempap meja. Saya menghubungi ambulans untuk bantuan tapi lelaki itu bangun dan berlari ke arah Balai Polis Taman Melawati yang terletak berhampiran," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
ORANG ramai mengerumuni kedai makan selepas dirempuh Perodua Myvi yang dipandu lelaki mabuk. FOTO Ihsan Nik Norizan
Nik Norizan yang menjalankan perniagaan sarapan pagi berkata, keadaan ketika itu menjadi kelam kabut namun orang ramai sempat menarik keluar lelaki itu dari kereta.
"Lelaki itu dipercayai mabuk dan terdapat dua tin minuman keras di dalam keretanya. Beberapa anggota polis yang tiba di lokasi menahan lelaki itu dan membawanya menaiki kenderaan polis," katanya.
Katanya, suaminya bersama peniaga lain dan pemilik kereta yang dirempuh membuat laporan di Balai Polis Trafik Pandan Indah.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd Azam Ismail mengesahkan kejadian dan suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Jun 2020 @ 11:42 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Leluhur dan mabuk berpisah teda |
|
|
|
|
|
|
|
Masih belum ada penguatkuasaan tegas kan
Tak apa, silakan mabuk
Sampai cukup ribu riban kematian
|
|
|
|
|
|
|
|
dah dekat dgn rumah ayah aku ni
dulu selalu sarap kat cengkih tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam banyak2 kempen keselamatan di Malaysia ni., ada satu poster yg bnyk dilekatkan di klinik2 dan hospital kerajaan dulu2. Antara yg masih aku ingat, dalam poster tu:-
1. Jauhilah arak jika memandu...
2. Elakkan zina...
3. Jangan merokok..
Dari segi pemaknaan dan penegasan perkataan, nampaknya rokok lah yg paling merbahaya berbanding arak..
|
|
|
|
|
|
|
|
najib888 replied at 27-6-2020 01:21 PM
Dalam banyak2 kempen keselamatan di Malaysia ni., ada satu poster yg bnyk dilekatkan di klinik2 dan ...
Maka benda yang 3 tu lah rakyat hari2 buat |
|
|
|
|
|
|
|
Nenasketum replied at 27-6-2020 01:32 PM
Maka benda yang 3 tu lah rakyat hari2 buat
Dan secara covert nya, dua diatas tu pun rakyat buat hari2. Tapi most obvious, rokok la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mabuk itu bukan jenayah...ore mabuk langgar ore..itu namanya KEMALANGAN.#samapaiAJMponxselesai. |
|
|
|
|
|
|
|
Sabtu | 27 Jun 2020
Pemandu rempuh gerai makan disahkan mabuk
AHMAD ISMADI ISMAIL | | 27 Jun 2020
AMPANG - Polis mengesahkan pemandu Perodua Myvi berusia 42 tahun yang merempuh sebuah gerai di Lorong Perak, Taman Melawati di sini malam tadi mempunyai tahap kandungan alkohol melebihi had yang dibenarkan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superitendan Mohd Azam Ismail berkata, pemeriksaan di dalam kereta lelaki yang bekerja sebagai jurutera itu turut menemui dua tin minuman beralkohol.
“Jurutera itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan.
"Siasatan awal mendapati lelaki terbabit gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar dua buah kenderaan yang diparkir sebelum merempuh gerai makan di tepi jalan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Azam lagi, seorang pelanggan gerai berusia 50 tahun mengalami kecederaan di muka kerana terkena serpihan meja.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kemalangan dan kecederaan.
Beliau berkata, punca kejadian masih lagi dalam siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 03-92740112 atau balai polis berhampiran.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes naya. Duduk di kedai makan pun dah tak selamat. Kalau kita driving elok berhati2 pun tapi belum tentu selamat kalau pemabuk di mana2. |
|
|
|
|
|
|
|
"Lelaki itu dipercayai mabuk dan terdapat dua tin minuman keras di dalam keretanya. Beberapa anggota polis yang tiba di lokasi menahan lelaki itu dan membawanya menaiki kenderaan polis," katanya.
ini nama nya babi bawak kereta
spesis babi takde otak |
|
|
|
|
|
|
|
jika yg mabuk tu cina dan hitam pasti lepas wlpum dlm PN ramai melayu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak langgar kedai makan seleluhur? |
|
|
|
|
|
|
|
Org lain jadi mangsa
"Pada masa sama, seorang pelanggan yang duduk menunggu sate terbaring dan berlumuran darah di kepala. |
|
|
|
|
|
|
|
PerKasa replied at 27-6-2020 08:50 PM
jika yg mabuk tu cina dan hitam pasti lepas wlpum dlm PN ramai melayu.
Tgk la puak2 korg amek lawyer semua terbaik.....dah la menipu....tetibe oku la,kereta mewah tp keje kerani cabok la,duit haram byk....ktorg biasher2 je mana mampu nk wat semua tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
"Pada masa sama, seorang pelanggan yang duduk menunggu sate terbaring dan berlumuran darah di kepala.
"Saya tidak pasti dia dilanggar kereta atau dihempap meja. Saya menghubungi ambulans untuk bantuan tapi lelaki itu bangun dan berlari ke arah Balai Polis Taman Melawati yang terletak berhampiran," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Nape aku rasa kelako part yang ni haha |
|
|
|
|
|
|
| |
|