CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33537|Reply: 203

Selagi boleh usaha, Lan A To Z takkan meminta-minta

  [Copy link]
Post time 28-6-2020 03:16 PM | Show all posts |Read mode
"TIGA tahun saya cari rezeki menyara keluarga dengan tawarkan khidmat penyewaan sistem bunyi.
"Namun, apabila pandemik Covid-19 melanda negara, satu persatu tawaran yang ada dibatalkan sekali gus buat saya panik," kata anggota trio A To Z, Norazlan Abd Aziz atau Lan mengenangkan keperitan yang ditempuhinya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.
Lan, 51, tidak bersikap meminta-minta, namun sebaliknya berusaha mencari jalan menampung kehidupan.

"Alhamdulillah, tiba-tiba tercetus ilham mencari buluh lemang untuk dijual. Kebetulan kita sambut puasa dan hari raya Aidilfitri.
"Saya berusaha masuk hutan cari buluh dan berurusan dengan orang asal untuk dapatkan bekalan.
"Syukur saya berjaya jual buluh  lemang dengan jumlah keseluruhan 6,000 batang. Keuntungan bukan besar kerana saya jual RM2, manakala kos untuk bayar orang asal pula RM1. Apapun saya bersyukur kerana ada rezeki untuk keluarga," katanya.
Penyanyi lagu popular Itik Gembo-Gembo dan Darjat ini berkata, dia bersyukur kerana rakan-rakan artis serta peminat memberi semangat dan sokongan terhadap karier barunya itu.
"Saya tak perlu rasa segan (malu) dalam mencari rezeki. Selagi tangan dan kaki boleh bergerak untuk cari makan, saya akan terus berusaha.
"Pada usia ini saya bersyukur Allah masih anugerahkan kekuatan untuk mencari rezeki tanpa perlu meminta-minta kepada orang lain.
"Dalam masa sama, kawan-kawan artis pun tak pinggirkan saya dengan sering menghubungi untuk beri kata semangat. Peminat pula sokong dengan beli buluh yang dijual," katanya.
Lan yang berkahwin kepada Siti Nur Ain Daut dan mempunyai dua anak iaitu Putera Muhammad Darwish dan Puteri Nur Darwisya mengakui lega apabila kerajaan mula membenarkan penganjuran acara dengan prosedur operasi standard (SOP) tertentu.
"Ia sesuatu yang menggembirakan. Perlahan-lahan, saya buat hebahan untuk penyewaan sistem bunyi saya di Facebook dan Alhamdulillah sambutannya mula ada walaupun masih perlahan.
"Bagaimanapun saya masih jual buluh lemang memandangkan orang makan lemang tanpa bermusim dan bukan hanya pada sambutan perayaan.
"Lagipun selepas ini kita akan sambut hari raya Aidiladha dan buluh lemang masih diperlukan," katanya yang menetap di Felda Sungai Buaya, Rawang.
Dalam pada itu, dia juga mengusahakan pokok buluh madu dan memasarkan rebung madu serta kuih tiram kepada mereka yang berminat.
#kw Lan A to Z
#loc Rawang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-6-2020 03:19 PM | Show all posts
Lan nih dulu boleh tahan rembess...dulu lah..sekarang ermmm


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Beza artis lama berakal dgn artis baru yg meminta minta
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa cite la anak2 dia yg 3 org dgn ex wife dulu.. ex wife bawak tinggal kat oversea kn..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga usaha Lan berjaya

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 03:42 PM | Show all posts
Edited by tagas at 28-6-2020 03:43 PM

punya la lawa wife nya dulu

marcela org brunei
begitulah kehidupan ibarat roda

dulu di atas skang di bwh

moga baik baik aja pengakhiran nya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2020 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 28-6-2020 03:40 PM
Apa cite la anak2 dia yg 3 org dgn ex wife dulu.. ex wife bawak tinggal kat oversea kn..

Tengok kat ig lifestyle anak2nya menyeramkan.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
tagas replied at 28-6-2020 03:42 PM
punya la lawa wife nya dulu

marcela org brunei

Harap2 dah tua2 ni heshe insaf. Anak2 dgn bini baru pun kecik lagi, so ko kena la keja keras lan oiii
Jgn di ulang dah perangai setan gondol kaki pompuan bewak idop zaman ko dgn marcella tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2020 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 28-6-2020 03:40 PM
Apa cite la anak2 dia yg 3 org dgn ex wife dulu.. ex wife bawak tinggal kat oversea kn..

Ank he yg no 2 mmg haus trs.. asyik nk separa bogel jeh.. dgn tatoonye.. mmg xde gaya islam dh.. cella pon mcm happy je tgk ank2 gitu mngkin terlalu mnyesal pilih lan akhirnya hdup ssh
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 04:03 PM | Show all posts
Kesian dia ni. How his life turns 360 degree . Daripada jadi famous kegilaan remaja, hidup mewah dan dapat kawin perempuan mix lawa gila. Lama2 populariti merundum, ekonomi merosot, ex wife dia nampak try hard to stay dgn dia sampai masa tu ex wife dia jual anak tudung utk cari income. lama2 lepas tu ex wife dia tinggalkan dia balik Italy bawa anak2. Sebab cerai sebenar x pasti la kenapa.

Dan sampai now lan nampak struggle utk survive dan dia byk usaha. All the best lah Lan.
Meols dulu kaki beli majalah URTV, media Hiburan 4 x sebulan so mmg membesar di zaman Lan popular dulu. Tapi meols peminat KRU hahah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 28-6-2020 03:59 PM
Ank he yg no 2 mmg haus trs.. asyik nk separa bogel jeh.. dgn tatoonye.. mmg xde gaya islam dh.. c ...

marcella tu muallaf ke kahwin ngn Lan dulu? Ke keturunan melayu liberal? Sian anak2 jd cmtu kan.. dh la 3-3 perempuan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Lan ni kan lelaki melayu terakhir yg dpt bergambar berdua dgan tokti utk majalah di zaman sheols masih anak dara ? Ke zarul umbrella ? Iols lupa dah
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aper ig marcella
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ex wife dia kan yg jd pro poker player tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam pernah baca pasal ex wife dia ni tapi ingat lupa... ada benang pasal tu kat sini kan? Boleh retrieve balik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 28-6-2020 04:10 PM
marcella tu muallaf ke kahwin ngn Lan dulu? Ke keturunan melayu liberal? Sian anak2 jd cmtu kan..  ...

ayah bruneian mak minah saleh uk kot. dulu2 pun lifestyle sama je mcm skrg. cuma skrg diangkutnye skali 3 org anak follow dia. lgpun silap lan jugak dulu membewak sgt mcm mana nak support anak2 tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2020 04:48 PM | Show all posts
sukacactus replied at 28-6-2020 04:27 PM
Ex wife dia kan yg jd pro poker player tu



ni ke marcella
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang asal tu orang asli ke? So dapat RM6000 jelaa kan.
Oklah drpd takda.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 28-6-2020 03:59 PM
Ank he yg no 2 mmg haus trs.. asyik nk separa bogel jeh.. dgn tatoonye.. mmg xde gaya islam dh.. c ...

Mohon chuols share IG akaun itew..untuk kajian ilmiah bersama
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
jahcomel replied at 28-6-2020 04:48 PM
ni ke marcella


ya lar tembun dah

lips sedap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.126056 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list