CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 135505|Reply: 429

[DRAMA MELAYU] AKASIA : 7 HARI MENCINTAIKU 2 [SITI SALEHA, SHUKRI YAHAYA]

  [Copy link]
Post time 30-6-2020 08:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 30-6-2020 08:04 AM



7 Hari Mencintaiku 2 merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2020 dibintangi oleh Siti Saleha dan Shukri Yahaya. Diadaptasi daripada novel 2018 bertajuk sama karya Siti Rosmizah dan juga merupakan kesinambungan kepada drama 7 Hari Mencintaiku (2016), siri ini akan memulakan tayangan perdana di slot Akasia TV3 pada 2020 menggantikan Nasi Kerabu Untuk Che Abe.

(Sinopsis ini dipetik daripada novel asal disebabkan tiada sinopsis rasmi untuk drama setakat ini)
Mia Adriana (Siti Saleha) dan Khuzairi (Shukri Yahaya) melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.
“Kebahagiaan abang bila sayang dan anak-anak ada di sisi.”
Itulah kata-kata yang sering diucap Khuzairi pada isterinya. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati (Jasmin Hamid) dan Dato’ Johari (Shaharuddin Thamby) kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila (Faye Kusairi) tak kurang hebatnya.

“Dosa tu bukan datang dari mama! Dosa tu datang dari suami mak! Abah yang tergilakan mama! Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yang akan terpalit dalam rumah ni! Suami mak tu gatal!”
Hilang hormatnya pada Pak Samad (Kazar Saisi). Seorang lelaki yang dihormati selama ini. Mak Leha (Liza Abdullah) mula membenci Mia Adriana.

“Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dapat restu aku! Kau tinggalkan dia! Selagi kau masih jadi isteri dia! Sampai bila-bila dia tak akan dapat restu aku! Tanpa restu ibu Khuzairi tak akan bahagia!”
Nadia (Jaja Iliyes) putus tunang dengan Zaidi (Bil Azali). Helmi (Syazwan Zulkifly) bercerai dengan Sofi (Wan Sharmila) dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain (Wafariena Roslan) muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya.

“Mi nak mak tanya Nurul. Kalau abang long tu hanya kerja jaga kambing, dia nak tak? Lepas tu mak nilai, mana permata, mana batu jalan.”
Helmi cuba menyedarkan emaknya. Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.

“Pergi Mia! Pergi! Saya dah tak nak tengok muka awak! Pergi sejauh mana yang awak nak! Moga hidup awak akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi!”
Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya.

“Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pergi.”
Dia merenung suaminya buat terakhir kali. Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati bersama deraian air mata.

Pelakon utama
  • Siti Saleha sebagai Mia Adriana
  • Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
Pelakon pembantu
  • Faye Kusairi sebagai Syakila
  • Liza Abdullah sebagai Mak Leha
  • Syazwan Zulkifly sebagai Helmi
  • Wan Sharmila sebagai Sofi
  • Jaja Iliyes sebagai Nadia (Nad)
  • Bil Azali sebagai Zaidi
  • Kazar Saisi sebagai Pak Samad
  • Wafariena Roslan sebagai Nurul Ain
  • Sean Lee sebagai Adam
Pelakon sampingan
  • Jasmin Hamid sebagai Puan Hayati
  • Shaharuddin Thamby sebagai Dato' Johari
  • Idris Md Diah sebagai Pak Andak
  • Anne Abdullah sebagai Mak Andak
  • Syaffiq Sahli sebagai Jali
  • Razzuan Rosli sebagai Fariz
Pelakon kanak-kanak
  • Dhia Irdina sebagai Alisa Ariana
  • Puteri Rafasya sebagai Harlina (Kenit)



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2020 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
akan ada watak bingit cakap kuat gle macam nak terbang bumbung rumah....
then the narcissistic bimbo....wonder which one ....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan dah gadoh ke penulis dan penerbit? Macam mana nak buat baru?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 30-6-2020 09:05 AM
Bukan dah gadoh ke penulis dan penerbit? Macam mana nak buat baru?

Penulis nyer production kali ni kalau x salah..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak Samad dah tukar kpd kaza.. Mama Mia pon da tukar ke Jasmin Hamid.. Watak Nurul pon da bukan yg lama tu.. pelakon baru kot.. Khuzairi da makin kurus..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2020 08:56 PM | Show all posts
lupa dah iter nih mcm mana dulu

patut2 tv3 ulang tayang no. 1 dulu...baru tayang yg nih
baru org ingt siapa2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2020 10:08 PM | Show all posts
drama terpaling fave i. yang no 1 i dok tengok ulang2. chuols mampooo?

hope kali nie pon best jugak mcm no 1. xsabar nak 4low uolsss.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 10:09 PM | Show all posts
MissVixen replied at 30-6-2020 09:05 AM
Bukan dah gadoh ke penulis dan penerbit? Macam mana nak buat baru?

siti rosmizah aka penulis buku yang produce kali nie chuols. uols mampoo?
hope sama best la mcm no 1 punya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2020 10:12 PM | Show all posts
eddlisa_uyuk replied at 2-7-2020 08:56 PM
lupa dah iter nih mcm mana dulu

patut2 tv3 ulang tayang no. 1 dulu...baru tayang yg nih

mohon tgk kt utube jahhh

meols ulang2 tgk yang no 1 kt utube. gegeh x?

time tu crush abes dengan abam syuk.

sekali kantoi berskandal dengan tino garit, terus turn off.   yuckkks
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 10:13 PM | Show all posts
alaaaa, OST tukar TOKTI la pulakk.  

dulu lagu dayang tu, dok la KASIHHHHHHH PABILA BERSAMA....  dok tergiang2 kt tinga. sampai anak pon hafal
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
luvly_snow8608 replied at 2-7-2020 10:09 PM
siti rosmizah aka penulis buku yang produce kali nie chuols. uols mampoo?
hope sama best la mc ...

Ye ke. Patutla tak best. Tengok tadi macam sendu je. Berhenti lepas 10 minit.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
babycc replied at 2-7-2020 06:24 PM
Pak Samad dah tukar kpd kaza.. Mama Mia pon da tukar ke Jasmin Hamid.. Watak Nurul pon da bukan yg l ...

Banyak betul tukar pelakon. Dah tak feel. Kalau tak mampu nak ambil pelakon sama, baik tak payah buat. Pak samad tu watak utama yang buat orang teringat kot. Gegar kamera bila dia marah bini. Laa ni kaza tu pulak...macam tak masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
luvly_snow8608 replied at 2-7-2020 10:08 PM
drama terpaling fave i. yang no 1 i dok tengok ulang2. chuols mampooo?

hope kali nie pon best  ...

Samalah.. 5 kali ulang tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm byk betul lagu kat 1st epi td.. cite mcm da best.. tp lagu mcm x kena gaya.. lagu opening pon x berapa menangkap mcm lagu dayang dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 03:50 PM | Show all posts
ye laa, i pon tengok jugak semalam, watak pak samad tu tak kena lah. hope tak sendu lah ye cite ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendula kali ni ..
Lagupun ntahpahapa.. ada ke pulak lagu intro hutang ..
Pastu dr satu scene ke satu scene mcm hanging .. tak kemas ... bole agak bukan production yg sblm ni buat ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2020 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
nuralisa replied at 3-7-2020 08:08 PM
Sendula kali ni ..
Lagupun ntahpahapa.. ada ke pulak lagu intro hutang ..
Pastu dr satu scene ke s ...

Aa.. mcm x kemas feel pon mcm x sampai.. syg sgt bkn production dulu yg buat.. lagu2 mmg sendu habis..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 02:25 PM | Show all posts
oo ni yg baru ekk
meols punyalah membebel.. apa tv3 tayang drama recycle lg..  
rupanya sambungan  

dah baca novel 2nd ni.. tp prefer novel 1st..
yg 2nd mcm terlalu detail sgt .. meols cepat bosan  

hrp2 adaptasi drama 2nd tidak mengecewakan
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
setakat nie iols tgok not bad wlpn ep 1 dah mcm2 konflik yalah takkn selamanya asyik bahagia ya dak..
Cuma a bit tak logik plak syakilla Tue ader adik kecik..lebih make sense kalau kenit Tue sebenarnya anak syakilla..budak Tue pun besar anak Mia jer..lgpun masa season 1 kan Ker syakilla ngandung Gak..

Nie tetiba anak syakilla meninggal and mak syakilla plak mengandung anak kecik..lol..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
nmi replied at 6-7-2020 02:58 PM
setakat nie iols tgok not bad wlpn ep 1 dah mcm2 konflik yalah takkn selamanya asyik bahagia ya dak. ...

Ha.. tu lah.. da knp syakilla lak yg ada anak kecik.. dulu2 x pnh tunjuk pon mcm die ada adik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.283764 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list