Penyanyi tersohor dan bintang ‘BBNU’ popular tanah air bakal hibur malam hujung minggu dalam program terbaharu terbitan Astro Ria mulai Jun ini.
Program ‘Stage 104’ ialah sebuah program hiburan berkonsepkan konsert eksklusif hujung minggu bersama barisan artis jemputan solo dan berkumpulan yang terdiri daripada penyanyi ‘otai’ tersohor dan bintang ‘BBNU’ popular tanah air iaitu Datuk Awie, Spider, Ruffedge, Aisyah, Ramlah Ram, May, Lah Ahmad, Liza Hanim, Floor 88, De Fam, Naim Daniel, Aina Abdul dan Ismail Izzani.
Sepanjang lapan minggu, konsert mingguan ‘Stage 104’ bakal dikendalikan sepenuhnya oleh Zizan Razak selaku hos program yang akan mencungkil rahsia peribadi atau cerita-cerita ‘panas’ dan sensasi barisan artis jemputan yang mungkin tidak pernah dikongsikan sebelum ini.
Zizan juga turut mengimbau semula perjalanan pahit manis mereka sepanjang bergelar anak seni.
Uniknya lagi tentang program ini, para penonton juga boleh mendapatkan paparan lirik lagu di skrin televisyen sewaktu artis jemputan sedang membuat persembahan dengan hanya menekan butang kemudahan sarikata di dekoder Astro.
Jangan lupa saksikan Stage 104, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria!
iols harap astro jemput alleycats pleaseeee
ramlah ram dgn aisyah patut deserve 1 slot masing2 kot...
artis bbnu jadi jemputan/selingan nyanyi satu lagu je dahla
meols ada tengok yang ka melah ngan kak ecah jumaat lepas...walaupun kak melah meneran tapi tetap letops vokal sheols...level acik2 lah kan. Kak ecah macam menyeringai dan bingit tapi sedap jualah bagi meols...
iolls dah tgk time Ruffedge dtg.. kurus dah Cat..
yg kak melah & kak aishah baru tgk separuh
apa2 pon iolls terganggu dgn kehadiran pengacara tu.. cukup la artis dah di-interbiu di blkg tabir