CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1123|Reply: 6

[Tempatan] Airlines tak turunkan harga tiket bila kapasiti penuh, dilonggarkan penjarakan s

[Copy link]
Post time 3-7-2020 10:24 PM | Show all posts |Read mode
Penumpang penuh... harga tiket penerbangan perlu kembali kepada asal sebelum PKP, tegas Ismail Sabri
Jumaat, 03 Julai 2020 2:55 PM
Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB


HARGA tiket penerbangan perlu kembali kepada asal kerana kerajaan telah membenarkan jumlah penumpang berkapasiti penuh. tegas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kanan (Keselamatan) itu memberitahu, pihaknya mengambil maklum mengenai rungutan orang ramai berhubung harga tiket penerbangan yang tinggi terutama bagi penerbangan domestik antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

"Di peringkat awal itu, kita memahami harga tinggi kerana arahan yang dikeluarkan adalah mereka (syarikat penerbangan) tidak boleh mengambil penumpang dengan kapasiti penuh kerana penjarakkan sosial di dalam pesawat, iaitu 66 peratus sahaja.

"Tetapi kita akhirnya kita telah membenarkan syarikat penerbangan mengambil penumpang kapasiti penuh, tiada lagi penjarakkan sosial.

"Oleh itu, mesyuarat berpendapat bahawa harga tiket perlu kembali kepada asal sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dilaksanakan. Tak ada alasan lagi mereka kurang kapasiti penumpang kerana kita telah membenarkan kapasiti penuh," katanya pada sidang media, petang Jumaat.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia diminta untuk berbincang dengan syarikat-syarikat penerbangan supaya mengembalikan harga tiket kepada asal.

"Kita juga meminta supaya Suruhanjaya Penerbangan berbincang dengan syarikat penerbangan untuk memberi harga tiket yang istimewa kepada pelajar dan guru sekolah, dan juga pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi kerana sekolah akan dibuka, dah pun dibuka.

"Malah kita difahamkan institusi pengajian tinggi juga akan dibuka. Jadi, tentu saja melibatkan ramai pelajar, sama ada pelajar dari Sabah, Sarawak untuk belajar di universiti-universiti di Semenanjung, begitu juga pelajar di Semenanjung akan ke Sabah dan Sarawak.

"Oleh itu, satu harga istimewa akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang akan memulakan pengajian mereka nanti," katanya.

Beliau turut memberitahu, Kementerian Pengangkutan diminta untuk mengadakan sesi libat urus bersama syarikat penerbangan bagi mencari jalan penyelesaian tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2020 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus bila menteri tegas mcm ni & harap berterusan.. Besar kepala sangat company2 ni semua, suka hati tekan rakyat.. Sebijik perangai PH
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau naik harga lajuuu jer, suruh turun harga terkial2
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hurmm..masing2 nak kaut untung selepas 3bulan tk dpt penumpang.
Harap2 kerajaan amik tindakan tegas
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 12:08 AM | Show all posts
Edited by Jonathan55 at 4-7-2020 10:38 PM

Yes, you are true about the government. subway gift card balance
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 01:49 PM | Show all posts
Susah la, sebab penumpang dah xramai mcm dulu. Dalam dunia ni 20 airlines je yang konsisten buat profit, tu pun dah strect xtau nak jimat kos katne lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2020 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 3-7-2020 11:57 PM
Hurmm..masing2 nak kaut untung selepas 3bulan tk dpt penumpang.
Harap2 kerajaan amik tindakan tegas ...

Ingat dia sorang je takde untung time pkp
Abis org juai goreng pisang tuh buat duit kerrrr time pkp
Dasar orka tak sadar diri yihhhhh

Gittewwww komen emo acik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.060040 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list