View: 7309|Reply: 112
|
[Tempatan]
Cikgu ambik SPM, subjek Matematik sebanyak 18 kali (14 kali A+ dan 4 kali A). Ad
[Copy link]
|
|
Cikgu ikuti peperiksaan SPM, subjek Matematik 18 kali
myMetro>utama
Redzuan Muharam
DEMI menguji keberkesanan formula matematik diciptanya, Zulkifli Md Pungut sanggup menjadi calon dan mengikuti peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk subjek Matematik setiap tahun sejak 2011.
Zulkifli, 50, yang juga guru Penolong Kanan Petang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Abdul Rahman Andak, Simpang Renggam, Johor, menduduki dua sesi peperiksaan bagi subjek Matematik pada Julai serta November setiap tahun sepanjang tempoh itu dan sudah mengikuti 18 peperiksaan.
Sepanjang mengambil SPM bagi subjek itu, 14 daripada keputusan peperiksaan berkenaan, Zulkifli memperoleh gred A+, manakala empat lagi dia memperoleh keputusan gred A.
Meskipun memiliki kelebihan pernah mengajar subjek Matematik hampir 20 tahun, Zulkifli tidak mengambil mudah setiap peperiksaan yang diikutinya, sebaliknya tetap membuat persediaan sebelum menduduki peperiksaan.
"Saya sering memperkenalkan formula kepada pelajar bagi memudahkan mereka memahami sesuatu topik dan membantu mereka menjawab soalan ketika peperiksaan.
"Namun, saya ada keinginan untuk mengetahui sama ada formula itu benar-benar membantu pelajar serta menepati piawaian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
"Disebabkan itu, saya jadikan diri testimoni dengan mendaftar sebagai calon untuk menimba pengalaman sama seperti yang dirasai pelajar," kata Zulkifli ketika dihubungi Harian Metro.
Bercerita lanjut pengalamannya, Zulkifli berkata, peluang menjadi calon peperiksaan juga membolehkannya menganalisa soalan yang keluar setiap tahun seterusnya merangka formula yang memudahkan pelajar.
"Segelintir pelajar menyifatkan Matematik sebagai subjek yang susah jadi menjadi tanggungjawab saya untuk menarik minat mereka sekali gus membuang persepsi itu.
"Salah satu caranya adalah dengan menduduki peperiksaan dan berdasarkan pengalaman, soalan untuk setiap sesi peperiksaan adalah berbeza.
"Daripada situ, saya dapat melihatnya dan berkongsi dengan pelajar jenis soalan serta topik yang perlu diberi perhatian," katanya yang digelar guru pakar dan sering diundang sebagai penceramah serta tutor peribadi di seluruh negara.
Zulkifli yang juga bapa kepada dua anak itu berkata, inisiatifnya menjadi calon peperiksaan bukan saja mendapat sokongan keluarga tetapi pengurusan sekolah.
"Alhamdulillah, semua pihak memberi sokongan malah pelajar turut teruja setiap kali saya bersama menduduki peperiksaan di dalam dewan dengan mereka.
"Walaupun seorang guru, tiada layanan istimewa diberikan kerana tetap perlu mengikut peraturan sama seperti calon lain," katanya yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pentadbiran Awam lulusan, Universiti Malaya (UM).
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Julai 2020 @ 9:00 PM
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Respect la cikgu, cemerlang sangat! Salute! |
|
|
|
|
|
|
|
Lol. Cikgu pun xleh dpt strike A+ . Flip hair iolsss hurkeh math spm A+ .
Imo, math spm kacang buncess sgat. Logik akal dan sedikit kefahaman formula n kena tahu cara buat dan baca graf. Itu jah. |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat cikgu.. Satu formula add maths pun susah nak ingat apatah lagi belas2 |
|
|
|
|
|
|
|
matematik moden spm senang
yg susah math olympiad dan math A stpm |
|
|
|
|
|
|
|
Add Maths memang killer. Sesiapa yang dapat A+ Add Maths memang genius. Salute cikgu tu sebab menguji sendiri teknik pengajarannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 3-7-2020 11:01 PM
Lol. Cikgu pun xleh dpt strike A+ . Flip hair iolsss hurkeh math spm A+ .
Imo, math spm kacang bu ...
U brp kali ambil paper math yg you dpt dpt A+ tu? Baca tak dari 18 kali, 14 kali tu dia score A+? Boleh jadi yg dia score A shj tu sebab soalan tahun tu mencabar. And yg you berjaya score A+ tu plk sebab soalan tahun tu agak senang.. try la ambil 18x, tgk dari 18x tu brp yg you score A+ |
|
|
|
|
|
|
|
Add math zaman belajar dulu , mujur lulus.
Walaupun rasa macam susah giler.
Matematik moden , maintain A+.
Masuk u, macam2 subjek math kena belajar.
Hahahha.
Kalau tak strong asas math masa sekolah, susah nanti nak carry subjek math kt U.
Kudus utk cikgu tu.
Iols cukup2 la sekali tu je amik add math.
|
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 3-7-2020 11:10 PM
matematik moden spm senang
yg susah math olympiad dan math A stpm
Yer betul, Maths Olympiad memang susah, and I salute 2 orang students Malaysia yang cemerlang Maths Olympiad TIMO di Thailand hari tu. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa aku blajar addmaths masa kat sekolah..alahai struggle giler nak score..
tapi masuk U balajar balik..eh cam senang pulak...tak ler senang sgt..
ke kegeniusan aku bermula bila umur 18 tahun...hahahaha... |
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 3-7-2020 11:02 PM
Hebat cikgu.. Satu formula add maths pun susah nak ingat apatah lagi belas2
Dia amik math moden kot bukan add math.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nazzse at 3-7-2020 03:32 PM
Nes3in1 replied at 3-7-2020 03:25 PM
Dia amik math moden kot bukan add math.
Silap.. Papepun math mod pun susah untuk i yg tak minat math ni... Rosak sijil SPM sbb dua2 paper math walaupun lulus. Meols trauma dgn math |
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 3-7-2020 11:29 PM
Silap.. Papepun math mod pun susah untuk i yg tak minat math ni... Rosak sijil SPM sbb dua2 paper ...
Dapat lulus pun ok dah dek. Bak kata pujangga "semua rumus tu tak digunakan masa kerja" |
|
|
|
|
|
|
|
Nes3in1 replied at 3-7-2020 03:31 PM
Dapat lulus pun ok dah dek. Bak kata pujangga "semua rumus tu tak digunakan masa kerja"
Masa U sengaja pilih course takda math langsung, malangnya ada 1 paper chempath kira2, struggle oii nak lulus.. Dah la tiap2 sem ada. Degree tukar course, tak jumpa math.. Kerja jumpa math lagi, stress balik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Math moden ok lagi, ramai boleh score. Add math memang struggle. Rasa tak cukup masa nak check balik jawapan. Pape pun cikgu ni memang |
|
|
|
|
|
|
|
Atata replied at 3-7-2020 11:12 PM
U brp kali ambil paper math yg you dpt dpt A+ tu? Baca tak dari 18 kali, 14 kali tu dia score A+? ...
Eh hello. Iols bukan cikgu hurkeh dan waktu iols amek spm umur iols ms tu bru 17 tahun compare siap ada pressure utk lg 8 subjek yg lain kena study dgan umur cikgu ni masa dia amek spm umur dia dh berapa dan hanya ambil paper math jah dah la byak pengalaman mengajar math dia hadap math sajok hari2 mengajar pun ada time dia x dpt A+ .... Lagi 1 kau nk ckap soalan mencabar LIKE HELLO... kau tahu tak spm punya gred A B C ikut bell graph ? So kalau soalan tu mencabar sekalipun kalau dia dpt markah 60-70 pun masih boleh dikira A+ kalau bell shape nya mendatar di lingkungan 60-70. Kau igt gred spm ikut gred peperiksaan bulanan sekolah ke ? So, kalau dah dia sendiri pun x dpt A+ utk math aiyoh.... belum add math lg.. belum kena calculus lagi... see my level ? |
|
|
|
|
|
|
|
I dapat A1 add math tahun 2001 |
|
|
|
|
|
|
|
putericahaya999 replied at 4-7-2020 12:10 AM
I dapat A1 add math tahun 2001
#seemylevel |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 4-7-2020 12:19 AM
#seemylevel
Hagitchew
Tapi skrg lupo hbs dah |
|
|
|
|
|
|
|
yuki812 replied at 3-7-2020 11:19 PM
kenapa aku blajar addmaths masa kat sekolah..alahai struggle giler nak score..
tapi masuk U balajar ...
Sama lh kite...msa skolah mcm apa pn x blajar...elok msuk matrik yg 2 sem tu boleh je catch up...smpai lh ke dgree 2 sem pertama tu...xlah dpt A tp dpt B+ tu kira bangga lh sbb dlu2 fail mnjang kn |
|
|
|
|
|
|
| |
|