CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28317|Reply: 172

"Orang tak tahu cerita kami" - Anak To'ki

  [Copy link]
Post time 4-7-2020 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by safriehalim at 4-7-2020 02:29 PM

Anak To'ki, Noor Hidayah mendakwa kali terakhir bertemu penyanyi era 1990-an itu ketika beliau menjadi wali nikahnya, empat tahun lalu.

Anak kedua daripada lima beradik itu memberitahu, sejak ayah dan ibu berpisah, kira-kira 16 tahun lalu, itulah kali pertama dia menatap wajah To'ki, sehinggalah dia dan adik-beradik membaca kisah penyanyi lagu Seni Berzaman itu yang tular, sejak beberapa hari lalu.

"Ketika ibu dan ayah bercerai, saya berusia 11 tahun. Selepas berpisah, ayah menghilangkan diri daripada kami. Sehinggalah empat tahun lalu, ayah datang pada hari pernikahan saya selepas dibawa keluarganya.

"Selama ini, kami memang tidak pernah berhubung, kecuali abang yang ada berinteraksi dengan ayah beberapa kali di Facebook (FB)... Itu sahaja, telefon atau mesej memang tiada," katanya kepada BH Online.

BH Online menjejaki Noor Hidayah, 27, yang mesra disapa Yaya selepas entri yang dimuat naiknya, tular, mendakwa To'ki tidak menunaikan tanggungjawab sebagai bapa selepas meninggalkan ibu, dirinya dan empat beradik lain.

Kisah kehidupan To'ki, 53, dan isterinya, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, yang tinggal dalam pondok di Batu 12, Gombak, tular, sejak beberapa hari lalu.

Noor Hidayah berkata, dia dan adik-beradik yang lain terkejut mendapat tahu keadaan To'ki dan kehidupannya di pondok melalui laporan media.

"Sejujurnya, saya dan adik-beradik yang lain baru dapat tahu keadaan ayah selepas berita disiarkan... Barulah kami tahu ayah sudah berkahwin lain.

"Memang terkejut sebab tidak sangka ayah hidup dalam keadaan begitu. Sebelum ini, saya ada tengok ayah buat lintas langsung di FB, tetapi tidak sangka begitu keadaan tempat tinggalnya," katanya.

Noor Hidayah berkata, selepas ditinggalkan, mereka tidak pernah berhubung dengan To'ki sehinggalah berjumpa sekejap pada hari pernikahannya.

Mengenai perkongsiannya di laman sosial berhubung kisah To'ki, Noor Hidayah berkata, entri itu bukan untuk meraih simpati, sebaliknya bertujuan mempertahankan dirinya dan adik-beradik lain.

"Pada awalnya, kami mahu berdiam tetapi ramai yang membuat tanggapan negatif. Disebabkan itu, adik beradik mewakilkan saya untuk bersuara.

"Orang cakap kami tidak ingat ayah dan lupa diri selepas hidup senang. Tetapi mereka tidak tahu apa yang kami lalui sebelum ini.

"Saya harap apa yang saya luahkan dapat memberi penjelasan kepada orang ramai bahawa kami bukanlah seperti yang dianggap," katanya.

Noor Hidayah berkata, dia tidak berniat memburukkan bapa kandung, sebaliknya merasakan langkah itu perlu demi kepentingan ibu dan adik-beradik.

Namun, Noor Hidayah tidak menyimpan dendam dan mendoakan yang terbaik buat ayah.

"Sudah tentu saya sedih melihat keadaan ayah, tapi itu jalan yang dia pilih. Mungkin itu juga dugaan atas apa yang dilakukan ke atas kami.

"Kami doakan yang terbaik buat ayah. Kami mahu ayah mendapat kehidupan yang lebih baik. Sebenarnya, kami semua selalu ingat pada ayah. Buruk macam mana pun, ayah tetap ayah kami," katanya.

Sementara itu, To'ki berbangga semua permata hatinya berjaya dalam hidup.

Keberatan bercerita kisah peribadi, To'ki berkata, biar apapun yang berlaku, dia mengambil tahu perkembangan anak-anak.

"Anak-anak saya semuanya berjaya dalam bidang masing-masing dan berpelajaran tinggi. Tuduhan mendakwa saya tidak menghiraukan mereka adalah tidak benar.

"Mereka hidup selesa dengan bekas isteri. Saya memohon orang di luar janganlah menulis yang bukan-bukan dan menimbulkan cerita yang tidak benar," katanya mengulas persoalan dibangkitkan netizen mengenai anak-anak.

To'ki akur tatkala diri mendapat perhatian ramai, isu seumpama itu datang menerjah.

Tidak keberatan berkongsi, To'ki berkata dia memiliki lima cahaya mata hasil daripada perkahwinan pertama.

To'ki berkata, anak sulungnya berusia 28 tahun iaitu Mohd Hafizi; diikuti Noor Hidayah, 27, Noor Husna, 22; Noor Aishah, 21 dan Mohd Hairi Hanis, 18.

Enggan mengambil endah tanggapan netizen, To'ki percaya ada hikmah di sebalik ujian dihadapi.

To'ki berkata, bakatnya mula dihargai apabila video yang dimuat di laman Facebook (FB) mencatatkan tontonan tinggi.

Tambahnya, ada hikmah di sebalik penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac lalu.

"Nama saya menjadi sebutan ramai sejak PKP. Dulu, apabila saya buat siaran langsung di FB, tontonan hanya tiga atau empat orang. Sekarang mencecah ribuan penonton.

To'ki berkata, dia tidak menyesal memilih untuk menetap di pondoknya itu.

"Sebelum ini, pondok ini hanyalah tempat persinggahan saya. Saya hanya di sini beberapa malam untuk mencari inspirasi.

"Tetapi, sejak lebih setahun lalu, saya memutuskan untuk menetap di sini kerana saya mahu menyediakan kandungan yang baik untuk pengikut laman sosial.

"Seiring dengan perniagaan industri muzik sekarang, saya juga mahu mewujudkan saluran YouTube sendiri," katanya ditemui di pondoknya di Gombak, dekat sini, semalam.

Selain aktif di laman sosial, To'ki banyak memenuhi undangan nyanyian di ibu negara.

"Sebelum PKP, saya banyak mendapat undangan nyanyian di Johor, Kedah dan Pulau Pinang.

"Saya ada dua persembahan tetap iaitu di I'Dahlia Corner, Persiaran Stonor dan Pak Tam Sri Corner, Batu Caves pada setiap hujung minggu," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2020 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
bagus anak dia ni
better ko senyap je dik
acik2 porem mmg dah pahammmmm sgt jantan spesis bapak ko nih
spesis jantan yg abaikan anak2 yg masih kecik lg
lps anak2 dh dewasa,berjaya, baru tehegeh2 ngaku anak
nak suruh anak bg duit belanja bulanan lettewwww
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
anak2 ko hidup selesa dan berjaya sbb usaha ex wife ko
bukan atas usaha ko.so takyah nak acah2 mintak simpati dr netizen
dah..gi sambunh duk kat pondok buruk ko tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 toki kerja apa

Harap ramai bapa2 di luar sana beringat dengan tanggung jawab. Satu hari nanti kita akan tua belum tentu jual kerepek pun laku. Nak buat review dan apa2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
jnis lpas cerai lntak kau la cmna nk besarkn anak sorg2..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku kesian kat anak2 dia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2020 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 4-7-2020 11:31 AM
anak2 ko hidup selesa dan berjaya sbb usaha ex wife ko
bukan atas usaha ko.so takyah nak acah2 mint ...

Khennnnz ko takde hak nak rasa bangga dgn anak2 ko, sepatutnya ko kena rasa malu la weiiii
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejenis x mbmngaku salah, ego nak mampus

Wei malu la sket, seduit x penah bg pastu claim x pernah abaikn anak

Makan dadah ka rentua ni?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2020 12:29 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 4-7-2020 11:30 AM
bagus anak dia ni
better ko senyap je dik
acik2 porem mmg dah pahammmmm sgt jantan spesis bapak ko ...

doa ayah makbul, katanya

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehhh kosssserrrr... bapak loser penagih menyusahkan anak. Netizen pun acah hero nak kecam anak dia.. meluattt
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Respek pd mak theyols boleh besarkan anak2 dgn cemerlang sekali..netizen tk yah la nk kaitkan anak2 dgn ayah depa lagi dah ayahnya pn lepas tgn lepas cerai.5 org kot mak depa nk tanggung
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Nafkah pun tah2 tak bg
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 4-7-2020 11:30 AM
bagus anak dia ni
better ko senyap je dik
acik2 porem mmg dah pahammmmm sgt jantan spesis bapak ko ...

Acik porum je paham ...acik fb tak faham...tu yg dia bersuara  ....


Cantik ank dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 4-7-2020 01:28 PM
cmf_premierleag replied at 4-7-2020 11:31 AM
anak2 ko hidup selesa dan berjaya sbb usaha ex wife ko
bukan atas usaha ko.so takyah nak acah2 mint ...


Tapi dia kata dia tsk pernah abaikan anak anak.....

Tapi anak dia dpt jumpa dia masa nikah je....

Hish...tak paham lak aku...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_premierleag at 4-7-2020 01:19 PM
jazaa100 replied at 4-7-2020 01:15 PM
Tapi dia kata dia tsk pernah abaikan anak anak.....

Tapi anak dia dot jumpa dia masa nikah je.. ...


khueeen
dia ingat netizen ni bodoh ke hapa
anak dia ckp parents dia cerai ms umur dia 11 thn
now dia dh 27
dia nikah 4 thn lalu ms umur 23
and jmpe ms nikah je...itupun dia ckp sbb family bapak dia (aku saspek makcik2 pakcik2 a.k.a adik beradik bapak dia la) yg heret toki tgk anak ko nak nikah dah skang ni
kalo takde sapa heret dia ke majlis nikah tu, aku rs takdenye dia nk datang or malu nak datang
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 4-7-2020 01:14 PM
Acik porum je paham ...acik fb tak faham...tu yg dia bersuara  ....



acik porem ramai yg memahami sbb dh biasa baca kisah2 bapak x guna ni kat bod CI,FD,Personal Problem
banyak dah sgt kisah smpi kdg2 aku rs mmg jejantan ni x guna ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2020 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dubuk replied at 4-7-2020 12:29 PM
doa ayah makbul, katanya

perasan sgt doa dia makbul kononnya
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 4-7-2020 01:21 PM
acik porem ramai yg memahami sbb dh biasa baca kisah2 bapak x guna ni kat bod CI,FD,Personal Probl ...

Iya....

Acik porum tak melahar membuta tuli.....acik forum guna itak sblm melahar
   acik fb pulak selalu mulut hangsuang...komen sikit dah bergegar fb dorang menyalak.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 4-7-2020 01:20 PM
Acik ingt jantan pikir ke tu semua.....

Mcm ex hb aku....bangga kulu kilir kata ank aku berja ...

Cash lah bekas laki chuols tuh
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 4-7-2020 01:20 PM
Acik ingt jantan pikir ke tu semua.....

Mcm ex hb aku....bangga kulu kilir kata ank aku berja ...

Jap.. kurang paham...

Maknanya ade anak yg jazaa jaga ada anak yg ex hb jaga...

Pastu yg jazaa jg menjadi ... yg dia jg xmenjadi?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.078606 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list