CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2253|Reply: 11

[Tempatan] Ummah salahkan PH kempen BMF dapat respon negatif. What do you think?

[Copy link]
Post time 4-7-2020 01:54 PM | Show all posts |Read mode
Ummah salahkan PH kempen BMF dapat respon negatif
Diterbitkan Hari ini 12:10 pm



Gerakan Pembela Ummah menyalahkan Pakatan Harapan (PH) kerana memberikan respons negatif terhadap kempen BMF (Buy Muslim First) yang dijuarai mereka selama 22 bulan gabungan itu menjadi kerajaan pusat dan negeri.

Susulan daripada itu, Pengerusi Ummah, Mohd Zai Mustafa, berkata pertubuhan berkenaan kini akan meneruskan kempen tersebut sempena pasca Covid-19.

“Kempen BMF ini dahulunya telah mendapat respons yang negatif daripada kerajaan pusat dan negeri yang diterajui oleh PH yang memerintah selama 22 bulan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menganggap BMF sebagai kempen yang tiada noktah, Mohd Zai berkata mereka akan memulakan kembali gerakan itu pada Okt ini. Tempat yang dipilih ialah di negeri Pantai Timur.

"Kempen ini tidak ada noktah berhenti kerana ia adalah kunci kepada kekayaan perniagaan umat Islam yang akan memberikan sumbangan dalam bentuk zakat kepada pembangunan masyarakat Muslim di Malaysia.

"Justeru Ummah akan meneruskan siri kempen BMF pascawabak Covid-19 yang akan bermula di negeri-negeri Pantai Timur dengan kerjasama agensi kutipan zakat dan majlis agama Islam negeri bermula Oktober 2020," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Asalnya BMF merupakan kempen yang mengajak orang ramai mengutamakan produk Melayu namun bertukar menjadi Muslim selepas mendapat kritikan beberapa pihak.

Agar ekonomi dapat diperkasakan

Ia dilihat mempunyai agenda tersembunyi kerana sebahagian daripada individu yang menggerakkan kempen itu juga merupakan pemimpin pembangkang pada waktu berkenaan.

Misalnya Kamaruzaman Mohamad - yang kini berkhidmat sebagai ketua penerangan PAS serta pengerusi Majlis Pensijilan Kayu Malaysia - adalah timbalan pengerusi Ummah.

Sepanjang tempoh 22 bulan menjadi kerajaan PH banyak berdepan dengan kritikan yang mendakwa gabungan itu mengancam Melayu dan Islam.



Untuk rekod, sepanjang tempoh itu juga negeri di kawasan Timur ditadbir sama ada PAS atau Umno.

Sejak kerajaan Perikatan Nasional - yang turut disertai PAS - dibentuk beberapa pihak membangkitkan persoalan mengapa kempen BMF tidak lagi digiatkan seperti sebelum ini.

Menurut Mohd Zai Ummah berterima kasih kepada semua pihak sama ada pertubuhan, agensi-agensi kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang menyokong usaha ini.

“Kempen BMF ini adalah agenda yang merentasi sempadan kaum, bangsa, parti politik, NGO dan kerajaan kerana ia adalah agenda memperkasa ekonomi umat Islam di negara ini,” katanya.

Justeru Mohd Zai menyeru supaya semua pihak meneruskan kempen itu agar ekonomi umat Islam di negara ini diperkasakan.

Betulkah kegagalan BMF merupakan kesalahan Pakatan Harapan?

Single Polls, Total 12 Users voted
16.67% (2)
58.33% (7)
25.00% (3)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2020 01:59 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Terangkan berbuih2 pun TT nak cuba faham?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 02:12 PM | Show all posts
ingat kan ummah manusia rupanya nama organisasi yang diterajui beliau.

kempen2 yang ada bau2 ikan perkauman ni ofkos lah tak dapat official sanction

guna kuasa viral dah cukup sebar the awareness. selebihnya people will decide what's best for them.

Tak perlu lah kot semua benda nak salahkan kerajaan tak kira lah kerajaan mana.

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 02:23 PM | Show all posts
Hmmmm....kalau dah setad setazah sendiri pun dok kilik lv, gucci kat merata alam.....
Agak2 dorang tu org PH kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2020 02:28 PM | Show all posts
Demi jaga hati MCA, senyap terus kempen BMF, kata NGO Islam
July 2, 2020 7:08 pm



Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) kecewa terhadap pemerintah sekarang yang kembali melaungkan slogan ‘Buy Malaysian’ berbanding kempen Beli Produk Muslim (BMF).

Naib Pengerusi PEMBELA, Cikgu Izzat Johari mendakwa, lebih mengecewakan apabila tindakan itu diambil semata-mata demi menjaga hati rakan politik dari bangsa lain.

“… malah ada di kalangan mereka kembali seperti ketika PH (Pakatan Harapan) memerintah dengan melaungkan ‘Buy Malaysian’ dek nak menjaga hati parti komponen yang minoriti iaitu MCA.

“Malah, ada pimpinan parti ini membeli di kedai bukan Islam ketika musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan telah pun saya tegur secara terbuka,” katanya lapor Isma Web.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2020 02:31 PM | Show all posts
teruknya propaganda TT ni. Dia nak instigate pemecahan tu, triggers everything.

this is the sign of DAP being overconfident.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Nahnukutu replied at 4-7-2020 02:12 PM
ingat kan ummah manusia rupanya nama organisasi yang diterajui beliau.

kempen2 yang ada bau2 ikan ...

Sepatutnya kerajaan bukan bersikap pilih kasih, ini kempen NGO.

Sama mcm isu jawi, kerajaan sanggup turun padang. Tolak tulisan asal Tanah Melayu. Walaupun kes ini lebih rasis

Kes Tanglung, sampai bala menteri turun. Tolak sensitiviti kaum Islam. Walaupun kes ini lebih rasis.

Kenapa nak label kempen ini sebagai rasis? Buy Muslim First. Jelas setiap ayat. Bukan kempen boikot produk Israel, Bukan kempen halau Rohingya. Bukan kempen mansuhkan sekolah Venekular. Tiada sejarah tonasi negative pun dalam kempen ini.

Kalau xdiputar belitkan kenyataan tu, bukanlah dia menyalahkan kerajaan sebab kempen x berjaya. Dia menyalahkan kerajaan sebab beri nada negatif dalam kempen ini. Seolah2 kempen ini bersifat negatif.

Apa yg susah nak faham?

Apa beza kempen ini dengan kempen beli barangan Tiong Hua? Atau iklan, mandarin is a must?

Apa yg susah nak faham?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2020 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Lps tgk ustod ustajah gigih pki jenama yahudi.. Ai dh malas nk bmf.. Janji murah, kualiti ngam ai beli jah.. Globalization effect gittuh
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 08:10 PM | Show all posts

Alah sama jer game dia, dulu yg salah 1MDB...now mendapatlah....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Respon negatif di kalangan nons sahaja

tidak pada muslim

semoga bermanfaat
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Wakaka.. Belitnya tajuk banding dengan penceritaan.  Sudah2 la wakaaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.062187 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list