View: 7602|Reply: 51
|
[Dunia]
Burung gergasi sambar ikan besar di pantai AS
[Copy link]
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 4-7-2020 01:01 PM
Burung gergasi sambar ikan besar di pantai AS
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | | 4 Julai 2020
Seekor burung gergasi menjadikan seekor ikan besar sebagai mangsa haiwan itu di Pantai Myrtle, Caroline Selatan pada 22 Jun lalu. - Foto Twitter/MailOnline
COLUMBIA - Para pengunjung di Pantai Myrtle, Carolina Selatan, Amerika Syarikat (AS) terkejut apabila melihat seekor burung gergasi terbang membawa seekor ikan besar yang dicengkam mengunakan kedua-dua kakinya, lapor portal berita MailOnline pada 2 Julai lalu.
Seorang penduduk Tennessee, Asley White melakukan rakaman video tentang kejadian itu dari tingkat 17 sebuah bangunan apartmen pada 22 Jun lalu.
Video itu kemudian dikongsi pihak Tracking Sharks di Twitter yang kemudian mencetuskan perdebatan ramai orang tentang jenis burung tersebut dan sama ada haiwan tersebut menyambar seekor ikan jerung atau tidak.
Ramai pengguna yang berhujah bahawa burung itu adalah dari jenis helang tiram manakala ada yang bergurau menyatakan ia ialah burung purba pterodactyl.
Seorang pengguna media sosial berkata: "Pastinya seekor burung helang tiram. Ia menggunakan banyak tenaga untuk menyambar ikan yang besar keluar dari air. Cara yang burung itu lakukan sangat mengagumkan."
Terdapat juga perdebatan berhubung apakah jenis ikan yang disambar burung tersebut dan sama ada ia ialah seekor ikan jerung.
Orang ramai sedang bermain air laut ketika seekor burung gergasi membawa seekor ikan di Pantai Myrtle, Caroline Selatan pada 22 Jun lalu.
Sebahagian pengguna laman sosial menyatakan ia ialah dogfish iaitu spesies ikan jerung kecil.
Beberapa pengguna lain menyatakan ikan itu ialah tuna, bandang atau bluefish.
Sebahagian pengguna lagi berkata, ikan itu dipercayai daripada jenis kembung berbanding seekor ikan jerung berdasarkan bentuk ekornya.
Bagaimanapun, seorang ketua meteorologi dengan syarikat media WPDE, Ed Piotrowski turut berkongsi rakaman video White menerusi laman Facebooknya dan berhujah ia ialah burung helang tiram menyambar seekor ikan kembung Sepanyol yang besar.
Menurut akhbar New York Post, pakar-pakar burung kemudian berkata, ikan tersebut bukannya jerung tetapi ia ialah ikan bandang yang panjangnya boleh mencecah 91 sentimeter dan mempunyai gigi tajam.
Menurut Jabatan Sumber Alam Carolina Selatan, helang tiram juga dikenali sebagai helang ikan. - Agensi
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -besar-di-pantai-AS
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Fuh... nasib dia sambar ikan...menakutkan klu dia sambar bebudak yg berjemur kat situ... |
|
|
|
|
|
|
|
Burung dekat US ni jangan ingat harmless ya. Kucing pun dia sambar.
Few months back, I let my cats out and suddenly they all cakar cakar pintu nak masuk. Rupa rupanya ada burung herring perhatikan je diorang. First time I berdepan dengan burung herring - besar rupanya! Berderau darah I, nasih baik I alert dengar kucing I bising nak masuk. Kalau tak menangis hilang kucing. |
|
|
|
|
|
|
|
Sdp pulak ost klip ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sukacactus at 5-7-2020 08:06 AM
Kembung sepanyol ye, dialih bahasa dari spanish mackerel kah3
Tenggiri la wei! Suka2 ati je translate entah apa2
Eh merasa ikan tu terbang tinggi....jadi la sblm kiok |
|
|
|
|
|
|
|
last week baru nampak sekumpulan gagak serang sekor kelawar ni. agaknya kelawar tu tengah tido kat pokok, gagak tu ramai-ramai serang nak baham dia. sampai jatuh ke tanag kelawar tu. |
|
|
|
|
|
|
|
MissyMolly replied at 5-7-2020 07:46 AM
Sdp pulak ost klip ni
Kan haha tak puas dengar |
|
|
|
|
|
|
|
tgk minit2 terakhir bideo tu, ikan tu mcm masih hidup lagi
mesti dia berdebor2 siap berzikir,sambil teringat dosa2 nan lalu sbb tahu sat lagi ajal dia bakalan sampai sbb bakal jd lauk utk burung
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 5-7-2020 01:12 PM
tgk minit2 terakhir bideo tu, ikan tu mcm masih hidup lagi
mesti dia berdebor2 siap berzikir,sambil ...
Or dia menikmati pemandangan alam dan merasa bahagia boleh terbang diakhir hayat nya? |
|
|
|
|
|
|
|
cikrosienona replied at 5-7-2020 07:26 AM
Burung dekat US ni jangan ingat harmless ya. Kucing pun dia sambar.
Few months back, I let my cat ...
Ugh scary!!! |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 5-7-2020 01:12 PM
tgk minit2 terakhir bideo tu, ikan tu mcm masih hidup lagi
mesti dia berdebor2 siap berzikir,sambil ...
Haha.. adoi |
|
|
|
|
|
|
|
Memang ada kes helang sambar budak. Dah selamat budak tuh jadi santapan helang. Kes ni pernah jadi kat Iran tahun 80-an tak silap. Keluarga budak tu pergi berkelah kat kawasan pergunungan kat Iran, tak semena2 datang sekor helang gi sambar anak diorang yg tengah merangkak. Mak bapak budak tu tak sempat buat apa2 tengok jer lah helang tuh bawak anak diorang terbang.
Pasukan penyelamat pun tak tahu nak cari kat mana sbb kawasan tu luas banyak gunung ganang. Last2 mak bapak budak tu redha jerlah anggap anak diorang dah mati.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cantik bergaya burung tu terbang. |
|
|
|
|
|
|
|
Fieza-mira replied at 5-7-2020 01:35 PM
Memang ada kes helang sambar budak. Dah selamat budak tuh jadi santapan helang. Kes ni pernah jadi ...
Takutnyaaaa jd mcm tu... helang oversea besar2 agaknya...
Kesian baby yg kena sambar tu.... xdpt nak bayang.. |
|
|
|
|
|
|
|
pandai lagu latar tu ....
wow, i mean Allah is showing how graceful HIS ART is ....you know just sooo nice seeing :
THE VERY FISHY & GRACEFUL RENDEZVOUS of the ....OSPREY ( helang tiram )
|
|
|
|
|
|
|
| |
|