View: 7483|Reply: 26
|
[Politik]
Saksikan video DSAI: 'Orang fikiran lapuk, jumud tak boleh bersama PH'. Adakah a
[Copy link]
|
|
'Orang fikiran lapuk, jumud tak boleh bersama PH' - Anwar
Diterbitkan 4 Jul 2020, 10:56 pm
Tanpa menyebut nama, Pengerusi PH Anwar Ibrahim malam ini berkata sekiranya "ada orang yang berfikiran lapuk, jumud, fikiran lama, kepompong lama, orang itu tidak boleh bersama-sama dalam gerakan kita dalam Pakatan Harapan."
"Dan kalau kita terus bersekongkol kerana hanya hendak berpaut kepada kuasa, kita nampaknya telah meninggalkan prinsip dan landasan ini semata-mata kerana kita rasa tidak ada pilihan.
"Kita tidak akan hidup tanpa kuasa. Kita sudah hidup berjuang tanpa kuasa.
"Kita harus ada keyakinan. untuk pastikan program ekonomi yang lebih inkulisif," katanya pada siaran langsung di Facebook Pakatan Harapan.
Beliau sebelumnya menjelaskan mengenai dasar ekonomi PH dalam membasmi kemiskinan yang tidak berdasarkan kaum.
Yang miskin itu manusia
"Saya jelaskan bahawa kaum yang paling ramai miskin dan tersisih adalah Melayu, kalau golongan Bawah 40, 70 peratus adalah Melayu dan bumiputera. Tetapi apa salahnya kita gunakan pendekatan yang miskin itu miskin, yang miskin itu semua manusia.
"Kalau ada program membasmi kemiskinan, mengurangan kesenjangan manfaatnya tentunya kepada golongan majoriti Melayu bumiputera tetapi sedikitpun menunjuk sikap kita yang diskriminatif hina kaum dan agama
"Kerana ini bertentangan dengan hati nurani kita sebagai manusia dan saya sebagai seorang Islam tidak mengizinkan untuk menindas mana-mana kelompok," katanya lagi.
Anwar berkata PH perlu menjurus dasar ekonominya yang menjamin paras gaji minimum serta memikirkan pampasan kepada pekerja yang dibuang kerja.
Beliau juga bercakap mengenai jurang digital dalam perkembangan ekonomi yang semakin canggih dengan kemajuan teknologi.
"Mempastikan bahawa keupayaan, penguasaan penetration Internet itu menjalar ke seluruh daerah dan kawasan.
"Kalau tidak kita bercakap soal teknologi digital tetapi penetrasi internet itu sangat terbatas," jelasnya.
Adakah anda seorang berfikiran lapuk dan jumud?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
[fbvlink]https://www.facebook.com/pakatanharapan.my/videos/3502358216475230[/fbvlink]
Semoga bermanafaat
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by che-cikL at 5-7-2020 09:55 AM
.. kesenjangan appooo?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kesenjangan --> kesenjaan --> senja umur |
|
|
|
|
|
|
|
Perghhhhh.. Ngantuk betul la...........
|
|
|
|
|
|
|
|
sapa masih dengar lagi dakyah macam ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Saper yang gigih interview dia nih
Macam tak releven ajer dengan situasi semasa dan keperluan malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by I.am.PH at 5-7-2020 03:52 AM
Kepada warga forum yang mengantuk dalam thread ini dinasihatkan untuk mengamalkan cara hidup yang sihat, makan multivitamin jika perlu.
Tidak kurang juga untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Boleh jadi juga kerana jangkitan cacing dalam badan, oleh itu dinasihatkan untuk mengambil ubat anti cacing sekurang-kurangnya setahun sekali.
Didoakan semoga saudara saudari memperoleh kesihatan yang baik dan kembali segar bugar untuk mendengar pandangan seorang negarawan sejati dari Pakatan Harapan |
|
|
|
|
|
|
|
orang2 muda kot boleh relate dengan dia punya pemikiran. aliran black lives matter, justice for all gitu.
orang2 tua (40+) ni banyak masih dengan nostalgia hidup zaman pra merdeka walau lahir selepas merdeka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tolonglah bagi dia jawatan PM Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa suma bombastic, beating around the bush all the freaking time. Kata nak umum calon PM by Friday, apo? Dah Ahad kot? |
|
|
|
|
|
|
|
Your time is up... U hv given msia nothing but so many headache until we cant stand with you anymore
Please be realistic and stay at home ! |
|
|
|
|
|
|
|
100% tepat! Saya dan rakan-rakan sudah muak mendengar retorik politik nostalgia.
Kami lebih concern here, now and what next.
We respect the historical past but we more concern for the ever changing future.
Sudah penat mendengar naratif, "back in the old days..."
Orang tua merasa selesa dengan status quo dan racial partisan, orang muda yang lebih terdedah dengan perubahan global merasa risau jika model racial partisan dikekalkan, Malaysia sukar untuk maju ke hadapan.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Dan kalau kita terus bersekongkol kerana hanya hendak berpaut kepada kuasa, kita nampaknya telah meninggalkan prinsip dan landasan ini semata-mata kerana kita rasa tidak ada pilihan.
Ko pun buat benda yg sama kan? Prffff.... |
|
|
|
|
|
|
|
So, ade ke orang nk join? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by I.am.PH at 5-7-2020 04:43 AM
Alhamdulilah, ramai juga dari generasi millennial
|
|
|
|
|
|
|
|
Dan percayalah apabila generasi millennial menjadi populasi terbesar penduduk Malaysia, parti berasalkan perkauman sudah tidak relevan lagi. Old relic from the old world |
|
|
|
|
|
|
| |
|