View: 1385|Reply: 18
|
[Tempatan]
PN gagal menguruskan ekonomi dengan baik, harus digantikan dengan kadar segera
[Copy link]
|
|
PH pilihan terbaik ganti PN gagal urus ekonomi
Posted on July 4, 20200
PAKATAN Harapan merupakan pilihan terbaik untuk menggantikan Perikatan Nasional yang didakwa telah gagal menguruskan ekonomi dengan baik.
Menurut Ketua Setiausaha Pengelola Parti Keadilan Rakyat Nik Nazmi Nik Ahmad, PH juga merupakan pilihan terutama ketika rakyat berhadapan dengan pandemik Covid-19.
“Ramai rakyat yang telah kehilangan kerja dan terpaksa menutup perniagaan yang menyebabkan mereka kehilangan sumber pendapatan.
“Malangnya, Perikatan Nasional hanya fokus memberikan jawatan-jawatan Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan kepada Ahli Parlimen mereka, dan merosakkan institusi negara,” kata Ahli Parlimen Setiawangsa itu.
Menurutnya, untuk memastikan dan mempertingkatkan keberkesanan ahli Parlimen PKR, pejabat presiden dan whip PKR telah melantik jurucakap Parlimen.
Jurucakap tersebut membayangi menteri Perikatan Nasional mengikut portfolio yang ada.
Nik Nazmi berkata, barisan Jurucakap Parlimen yang telah dipilih menonjolkan kekuatan PKR sebagai parti politik berbilang kaum yang inklusif dan berjaya dalam sejarah Malaysia.
“Barisan ini menawarkan tokoh muda, wanita, mereka yang berpengalaman di peringkat Kerajaan Persekutuan dan negeri, pernah bekerja di pihak korporat, berkhidmat di kesatuan sekerja dan juga aktivis-aktivis masyarakat.
“Dengan kewujudan Jurucakap Parlimen PKR ini, setiap keputusan Kabinet Perikatan Nasional akan disemak imbang dengan lebih efektif, dan ia akan memastikan kecekapan dan keberkesanan ahli Parlimen PKR akan dipertingkatkan,” kata Nik Nazmi.
PKR semalam mengumumkan pelantikan jurucakap Parlimen yang mempunyai portofolio “bayangan” kepada menteri-menteri Perikatan Nasional.
Tiga puluh enam daripada 38 ahli parlimen PKR mempunyai kedudukan dalam pasukan berkenaan, dengan 19 ahli parlimen sebagai jurucakap, dan 17 lagi MP menjadi timbalan.
Pengecualian ialah Presiden PKR Anwar Ibrahim yang merupakan ketua pembangkang dan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengerusi majlis penasihat parti.
Menurut Nik Nazmi, PKR telahpun memaklumkan kepada rakan-rakan Pakatan Harapan mengenai penubuhan jurucakap Parlimen PKR.- |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lawak la ang knights
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah la dalam kehancingan,
syok sendiri pula |
|
|
|
|
|
|
|
"Malangnya, Perikatan Nasional HANYA FOKUS memberikan jawatan-jawatan Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan kepada Ahli Parlimen mereka, dan merosakkan institusi negara,” kata Ahli Parlimen Setiawangsa itu."
Hehehehe.. Jauh aih kona.. Divert sikit2 sudah.. Malangnya, PH pula daripada dapat mandat menjadi kerajaan, sampai punah, hancoq, runtuh kerajaan, masih juga HANYA FOKUS pada persoalan, siapakah patut jadi Perdana Menteri, dan memperbodohkan rakyat kononnya coronapalatau, membiarkan sahaja isu covid19.
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahhahahaha.....anggap aje lah kandungan posting ni , dari akhbar PLUTO DAILY, JUPITER FINANCIAL TIMES... gittew |
|
|
|
|
|
|
|
Kasihan tt, jangan sampai gila ye...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
najib888 replied at 5-7-2020 02:16 PM
"Malangnya, Perikatan Nasional HANYA FOKUS memberikan jawatan-jawatan Syarikat-Syarikat Berkaitan Ke ...
Masa zaman ph ntah sape2 jadik pegawai khas. Sijil pun takde tp demand nk gaji belas2 ribu mcm keje swasta dulu. Tak pasal2 hari tu ada org hantar surat kt paper claim gaji ptd rm12k |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyya salah titik perpuluhan lorr... |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahha. Dasar claim puak2 hancing nih.
Time jd gomen duk meratib negara bangkrup, dh x jdi gomen duk meratib di orang handle ekonomi lgy better dri PN.
Hakikat nye, sibuk gadoh sape nk jd PM. Bahlol |
|
|
|
|
|
|
|
konek ni ngan @I.am.PH lama2 jadik giler isim |
|
|
|
|
|
|
|
tgh mabuk ketum ke mcmne? mmg la lebeh baik kan..baik utk ekonomi poket korang la mase tu kan |
|
|
|
|
|
|
|
Dia bagi bola tanggung lagi..........
|
|
|
|
|
|
|
|
PRK pun takut bertanding, ada hati nak jadi gomen |
|
|
|
|
|
|
| |
|