CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1465|Reply: 18

[Tempatan] 3 polis trafik ditahan minta rasuah

[Copy link]
Post time 5-7-2020 11:10 PM | Show all posts |Read mode


AYOB Khan Mydin Pitchay.- Foto/NSTP








3 polis trafik ditahan minta rasuah

Oleh Mohamed Farid Noh
farid_noh@bh.com.my






JOHOR BAHRU: Tiga polis trafik berpangkat koperal ditahan selepas disyaki meminta rasuah RM4,000 daripada seorang pemandu lori dalam satu sekatan jalan raya, dekat sini, pada 4 Jun lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Khan, berkata ketiga-tiga anggota itu yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, Pasir Gudang, ditahan pada 9.30 pagi, 4 Jun lalu.

"Tiga anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) itu berusia antara 32 hingga 39 tahun ditahan polis berikutan disyaki terbabit dalam aktiviti pemerasan terhadap seorang pemandu sebuah lori perdagangan yang membawa muatan berlebihan.

"Namun, pemandu itu membuat aduan menyebabkan ketiga-tiga anggota berkenaan ditahan polis.

"Siasatan mendapati mereka meminta wang sebanyak RM4,000 daripada pemandu lori berkenaan. Itu baharu satu lori, bayangkan jika sudah minta RM4,000 daripada tiga pemandu lori lain sudah RM12,000," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin dan Ketua JSPT Johor, Superintendan M Kumarasan.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, ketiga-tiga anggota terbabit disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana membuat pemerasan.

Ditanya sama ada tiga anggota berkenaan terbabit dalam kes pemerasan lain, beliau berkata, perkara itu sedang disiasat.

Katanya, polis Johor tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pegawai atau anggota polis terbabit bersekongkol dengan aktiviti jenayah termasuk rasuah.

"Tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang yang ada atau diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut.

"Perkara ini sudah lama berlaku. Kita bukan ambil tindakan popular namun sebaliknya mahu membersihkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari sebarang aktiviti salah laku jenayah.

"Tiada lagi siasatan dalaman sebaliknya kertas siasatan akan disiapkan bagi pendakwaan sekiranya terdapat bukti kukuh pembabitan anggota dalam sebarang jenayah dan salah laku, " katanya.

Sementara itu, Ayob Khan berkata, Johor Bahru dan Batu Pahat dikenal pasti sebagai lokasi popular dijadikan 'litar lumba' oleh samseng jalanan atau Mat Rempit di negeri ini.

"Sejumlah 26 operasi Ops Samseng Jalanan dilancarkan sejak 1 Jun hingga 30 Jun lalu,dengan 60 tangkapan dilakukan.

"Semua 60 suspek yang ditahan membabitkan samseng jalanan berusia antara 15 hingga 26 tahun. Polis Johor akan meningkatkan operasi berterusan bagi mengekang samseng jalanan bermaharajalela di negeri ini, " katanya.










Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2020 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru depa berakalllllllllll..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2020 11:12 PM | Show all posts
Sebagusnya mana mana pesalah rasuah di bagi makan daging babi sahaja didalam penjara.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayub Khan ni ada pasang bodyguard tak?. Johor ni samseng dia ada degil sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 5-7-2020 03:11 PM
Baru depa berakalllllllllll..

i ingatkan kes kat kl. ssbab hari tu ada sebuah kereta pickup di tahan 3 polis. dua polis jaga kiri dan kanan kereta yang sorang  lagi macam usha usha line.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
star_karat replied at 5-7-2020 11:18 PM
Ayub Khan ni ada pasang bodyguard tak?. Johor ni samseng dia ada degil sikit.

Biasanya mmg ada team UTK dtg escort top brass polis..berani ke nk cari pasal dgn UTK...

Lebih2 lagi selepas berlakunya pembunuhan Ketua Polis Perak serta Ketua Polis Negara pada zaman Darurat Ke-2 pada masa pemberontakan komunis.

Mmg cari pasal la kalo ada yang cuba nk merapat untuk memberikan ancaman pada pegawai2 tinggi Polis pada zaman sekarang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2020 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 5-7-2020 11:53 PM
i ingatkan kes kat kl. ssbab hari tu ada sebuah kereta pickup di tahan 3 polis. dua polis jaga kir ...

Iols tengok gambar dah tau Johor.. Hahaha

Fyi.. Dato ayub orang Pendang.. Dan masa dia kat kedah.. Pak tuan iols bgtau dato ayub selalu pi insaniah ceramah tentang ISIS
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Psttt.. Datuk x nak tengok kat cameron ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2020 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nazzse at 5-7-2020 05:31 PM
star_karat replied at 5-7-2020 03:18 PM
Ayub Khan ni ada pasang bodyguard tak?. Johor ni samseng dia ada degil sikit.


Dia dah cakap dia tak takut.. Ada je terima ugutan..tapi dah tu tugas dia, kena amanah & takut kat Allah je katanya..
Pasal kes ni pun sama. Driver lori buat report, dieorg ingat nak diamkan je mcm selalu, sekali Ayub Khan ni tahu & inform bawah dia takda sapa pun boleh lepas..so kena la charge officer bawah dia pun.

Panas punggung polis-polis Johor sekarang

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 5-7-2020 05:15 PM
Psttt.. Datuk x nak tengok kat cameron ka?

Kena jadi KP Pahang dulu la klu gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 5-7-2020 05:10 PM
Iols tengok gambar dah tau Johor.. Hahaha

Fyi.. Dato ayub orang Pendang.. Dan masa dia kat keda ...

Dia dulu pernah jadi pengarah cawangan anti terorism B.Aman klu tak silap aku
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 6-7-2020 01:37 AM
Dia dulu pernah jadi pengarah cawangan anti terorism B.Aman klu tak silap aku

Betul.. Pak tuan aku ckp Dato ayub ni Bagus orgnya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 6-7-2020 01:30 AM
Kena jadi KP Pahang dulu la klu gitu..

Kalau kita doakan dia jadi KPN terus la.. Biar mati berdiri polis2 yg merosakkan PDRM ok tak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 04:13 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 5-7-2020 05:48 PM
Kalau kita doakan dia jadi KPN terus la.. Biar mati berdiri polis2 yg merosakkan PDRM ok tak?

Itu yang dok dengar2. He antara calon, tapi muda lagi,kena ikut senioriti & pangkat la.
Tapi memang akan balik ke Bukit Aman dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 04:14 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 5-7-2020 05:48 PM
Betul.. Pak tuan aku ckp Dato ayub ni Bagus orgnya.

Sejak dia gi Johor, hari2 polis Johor masuk berita utama.. Banyak kes besar terbongkar..
Naik balik imej polis tengok dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 6-7-2020 04:13 AM
Itu yang dok dengar2. He antara calon, tapi muda lagi,kena ikut senioriti & pangkat la.
Tapi mema ...

Senioriti maka lambat lagi dia nak naik jadi KPN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2020 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 6-7-2020 04:14 AM
Sejak dia gi Johor, hari2 polis Johor masuk berita utama.. Banyak kes besar terbongkar..
Naik bal ...

Betul.. Nampak makin wangi imej PDRM Johor..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga selamat la dr ancaman penjahat
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga Allah pelihara la datuk Ayob ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.085565 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list