CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4082|Reply: 24

[Politik] Mahkamah arah anak Najib bayar RM37.6 juta kepada LHDN

[Copy link]
Post time 6-7-2020 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi penghakiman terus dalam kes saman cukai bernilai RM37.6 juta terhadap Datuk Mohd Nazifuddin.

Nazifuddin merupakan anak lelaki bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

LHDN sebelum ini telah memohon penghakiman ringkas yang membolehkan mahkamah memilih untuk memutuskan keputusan kes tanpa mendengar keterangan saksi.

Ketika membacakan keputusan, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan untuk Nazifuddin membayar LHDN sebanyak RM37.6 juta walaupun pada masa sedang menunggu rayuan.

Jelas Ahmad Zaidi, LHDN sebenarnya telah berjaya mengemukakan kes yang begitu terang dan jelas manakala Nazifuddin selaku defendan pula telah gagal membangkitkan kes dengan merit.

“Saya telah teliti hujah kedua-dua belah pihak malah saya juga telah mempertimbangkan semua aspek menggunakan undang-undang sedia ada.

“Saya berpendapat undang-undang cukup jelas dalam perlembagaan yang mana defenden perlu membayar selama menanti rayuan.

“Defendan tidak dilarang mencabar notis penilaian kemudian terhadap Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan, seperti yang diperuntukkan oleh prosedur undang-undang,” katanya ketika prosiding hari ini.

Sementara itu, peguambela mewakili Nazifuddin, Muhammad Farhan Muhammad Shafee ketika ditemui media berkata, pihaknya akan membuat rayuan sejurus selepas bercakap dengan anak guamnya secepat mungkin.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2020 05:58 PM | Show all posts
PM sblom abah dan sblom atok pernah berkata.....
yg culas bayar cukai ni pengkianat......

http://www.astroawani.com/berita ... ra-kata-najib-25903
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepasni mesti macai kata anak atok pun x bayar cukai
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Datang maner duit banyak2 tuh
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Najib dah explain... bukan mahkamah arah anak dia bayar cukai 8 tahun tu.. Mahkamah arah lhdn proceed buat tuntutan kalau rasa ada kes. Dan lhdn masa tu di bawah kuasa kementerian kewangan under lim guan Eng... So masa lhdn bawak kes Najib n family tuntutan cukai tu masa tu under PH lah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa PH semua pekerja kerajaan yg xbersalah dibuang begitu shj.PH jahat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2020 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
bungarose replied at 6-7-2020 06:22 PM
Datang maner duit banyak2 tuh

https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157186665615952/?d=n
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 08:59 PM | Show all posts
Orix replied at 6-7-2020 06:07 PM
Lepasni mesti macai kata anak atok pun x bayar cukai

anak2 dan kroni2 atuk lagi hebat lari tax.
apa barang simpan, labur duit local.. bawa pegi belize ke, samoa ke, europe, india, hk.. khennn



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2020 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
underground replied at 6-7-2020 08:59 PM
anak2 dan kroni2 atuk lagi hebat lari tax.
apa barang simpan, labur duit local.. bawa pegi belize ...


Dahtu tggu apa lgii? Pegi la buat report...... atok dh xde kuasa
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
underground replied at 6-7-2020 08:59 PM
anak2 dan kroni2 atuk lagi hebat lari tax.
apa barang simpan, labur duit local.. bawa pegi belize ...

sila repot lhdn laaa...sembang kt sini buat kena hencap jer...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
MisXoXo replied at 6-7-2020 07:51 PM
Masa PH semua pekerja kerajaan yg xbersalah dibuang begitu shj.PH jahat

bila tuh? nak tahu gak...jgn spekulasi jer...mohon berbukti ....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 09:29 PM | Show all posts
cik_chili replied at 6-7-2020 09:27 PM
sila repot lhdn laaa...sembang kt sini buat kena hencap jer...

dah harta kat offshore, LHDN ada kuasa ke?

kang aku cakap bodoh, marah
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
underground replied at 6-7-2020 09:29 PM
dah harta kat offshore, LHDN ada kuasa ke?

kang aku cakap bodoh, marah

ko laa bodo ckp xde bukti ...main hentam kromo..takkan satu reta pun xde kt mesia ,rasanya anak beranak tun smua kt sini,company smua ada sini,bukak laa fail,cekkkk...bodo lg najib and co. cenggitu sbb letak reta kt msia...bajet selamanya menjadi royalti kt sini...skali ....tersungkur tgh jln ...

ckp ko bodo kan marah plak ....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 6-7-2020 06:58 PM
Najib dah explain... bukan mahkamah arah anak dia bayar cukai 8 tahun tu.. Mahkamah arah lhdn procee ...

Mmg bidangkuasa LHDN utk buat tuntutan terhdp mana2 pihak yg tak bayar cukai, tak kiralah politician ke, anak poltician ke.. kat Mahkamah tu pegawai LHDN hari2 ada di Mahkamah bwk fail bertimbun kes tak bayar cukai. Yang kena saman orang biasa yg berhutang setakat ribu2 je.  Baguslah kalau baru ada keberanian nak tuntut hutang yg berjuta ringgit pulak. Satu kejayaan LHDN yg patut disokong oleh semua rakyat. Bab tak bayar cukai tak perlu dipolitikkan pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2020 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya jelaskan tentang keputusan mahkamah hari ini bahawa anak saya Nazifuddin "diarahkan" bayar tuntutan cukai sebanyak RM37.6 juta bagi tahun 2011 hingga 2017 (8 tahun).

Sebenarnya, dia bukan diarahkan hakim untuk membayar cukai tetapi hakim memberi penghakiman terus (summary judgement) kepada LHDN untuk teruskan tuntutan mereka terhadap anak saya.

"Saman RM37.6j: Mahkamah benarkan permohonan penghakiman terus LHDN"
https://www.malaysiakini.com/news/533208

(Media-media lain yang tajuk beritanya ialah "diarahkan" sudah salah melapor)

LHDN adalah di bawah Kementerian Kewangan.

Pada masa tuntutan cukai ke atas saya dan keluarga saya dikenakan juga merupakan masa Tony Pua dan Guan Eng bermaharajalela dan banyak menyalah gunakan kuasa (saman saya jika berani) untuk mengenakan saya dan orang BN.

Di bawah undang-undang cukai Malaysia, seksyen 106 jelas menunjukkan bahawa LHDN ada kuasa untuk mengenakan sebarang cukai tambahan dan penalti ke atas mana-mana orang dan seksyen 106 (3) juga mengatakan bahawa mahkamah tiada kuasa untuk mengurangkan atau membatalkan tuntutan cukai LHDN biarpun tuntutan cukai itu disalah kira, tak adil atau tak patut.

Akta Cukai Pendapatan 1967:

"Section 106 (3): In any proceedings under this section the court shall not entertain any plea that the amount of tax sought to be recovered is excessive, incorrectly assessed, under appeal or incorrectly increased."

Ini bermaksud, jika LHDN kenakan tuntutan serta penalti cukai RM37.6 juta, makhamah perlu arahkan defendan untuk bayar RM37.6 juta.

Jika LHDN tuntut cukai RM3.76 Trilion pun, mahkamah perlu arahkan dfendan bayar RM3.76 Trilion.

Bayar dulu. Lepas bayar, baru boleh membuat rayuan di panel rayuan LHDN untuk mendapat kembali bayaran yang tak patut.

Sebab itu, kerajaan PH dahulu boleh kenakan tuntutan dan penalti cukai sebanyak RM1.7 bilion ke atas saya untuk wang yang disebut RM2.6 bilion walaupun ianya jelas wang tersebut telah dikembalikan kepada penghantar 4 bulan selepas ianya diterima.

Dalam kes anak saya Nazifuddin pula, kerja dia ialah sebagai pakar pelaburan yang mengumpulkan dana dari pelabur-pelabur untuk melabur bersama.

Dia mulakan kerjayanya di UBS Wealth Management Hong Kong dan selepas dia pulang ke Malaysia, dia teruskan menjadi pakar pelaburan dalam pasaran saham Malaysia.

Di dalam tempoh 8 tahun yang LHDN tuduh dia hutang cukai, ada beberapa kali di mana pelabur-pelabur pihak ketiga memasukkan wang kepada akaun dia untuk dia melaburr.  Ini pula dikira HASIL oleh LHDN.

Lalu, pelaburan-pelaburan pihak ketiga dipulangkan tetapi LHDN pula mengiranya sebagai PERBELANJAAN peribadi dia - bukan pemulangan.

Sebab itu, cukai dan penalti cukai dituntut LHDN dari dia untuk tempoh 8 tahun itu adalah sebanyak RM37.6 juta (RM4.7 juta setahun).

Bukti pemulangan serta fakta-fakta ini ada dalam kenyataan pembelaan dia dalam mahkamah.

Tetapi di bawah undang-undang yang saya sebut tadi, mahkamah tak ada kuasa untuk pertikaikan tuntutan cukai LHDN.

Ramai yang mungkin lupa dia adalah pakar pelaburan.

Tanpa pengetahuan saya pada tahun 2011, dia pernah diajak seorang ahli peniaga untuk membeli 4 juta saham dengan harga 8 sen sesaham (RM320,000) dalam syarikat tersenarai Harvest Court (kini ditukar nama menjadi Anzo Holdings.

Lalu ahli peniaga itu melantik dia sebagai pengarah.

Selepas pengumuman dia menjadi pengarah terkeluar, harga saham syarikat mencecah RM2.14 kira-kira jam empat petang tadi, atau lebih 2,575 peratus daripada 8 sen sebelum dia diumumkan pengarah kerana ramai fikir saya seperti PM4 dan syarikat di mana anak saya akan terlibat diberi banyak kontrak-kontrak kerajaan.

"14 Nov 2011: Anak Najib jadi pengarah, harga saham melonjak"
https://www.malaysiakini.com/news/181340

Melihat ini, saya suruh anak saya untuk letak jawatan kerana saya bimbang nama saya dan anak saya mungkin dipergunakan ahli-ahli perniagaan yang mengejar keuntungan cepat dalam pasaran saham.

Dan dia pun letak jawatan seminggu selepas dia dilantik pengarah.

"22 Nov 2011: Anak Najib berundur sebagai pengarah Harvest Court"
https://www.malaysiakini.com/news/182017

Untuk rekod, syarikat itu tak pernah diberi apa-apa kontrak kerajaan.

Bukan itu sahaja. Tiada seorang dari anak-anak saya pernah mendapat sebarang kontrak kerajaan sepanjang masa saya PM (walaupun ada seorang dua pernah minta saya dan marah pada saya apabila saya kata tidak boleh).

"I get no special attention or favours, says Mohd Nazifuddin"
https://themalaysianreserve.com/2017/03/31/i-get-no-special-attention-or-favours-says-mohd-nazifuddin/

Tapi apalah nasib kita jika kuasa di bawah undang-undang cukai negara disalahguna oleh Guan Eng dan gengnya untuk mengenakan kita supaya mereka boleh memainkan propaganda untuk menipu mereka yang kurang faham akta cukai?

Kebenaran akan dibuktikan akhirnya apabila dia menghadapi panel rayuan cukai hari nanti.

FB : Najib Razak
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
safriehalim replied at 6-7-2020 09:53 PM
Saya jelaskan tentang keputusan mahkamah hari ini bahawa anak saya Nazifuddin "diarahkan" bayar tunt ...

Recovery by suit
106. (1) Tax due and payable may be recovered by the
Government by civil proceedings as a debt due to the Government.
(2) The Director General and all authorized officers shall be deemed to be public officers authorized by the Minister under subsection 25(1) of the Government Proceedings Act 1956 [Act 359], in respect of all proceedings under this section.
(3) In any proceedings under this section the court shall not entertain any plea that the amount of tax sought to be recovered is excessive, incorrectly assessed, under appeal or incorrectly increased under subsection 103(3), (4), (5), (6), (7) or (8).
-saya letak keseluruhan peruntukan S.106 untuk rujukan dan penilaian.  Tak perlu pun nak putar belit ckp akhbar salah lapor. Mahkamah telah memberi suatu penghakiman terus. Penghakiman terus ini diberi di bawah Aturan 14 Kaedah2 Mahkamah 2012 yg biasa disebut sbg ”Perintah untuk Penghakiman Terus”. Apa yg tak betulnya kalau dilaporkan Mahkamah memerintahkan (ordered by the Court). Mmg itulah realitinya. Tuntutan LHDN tu di bwh S.106 (1) mesti dibuktikan dulu dgn angka2 bkn sebut kesalahan terus dpt perintah penghakiman. Cukup utk dia beritahu anak dia akan merayu kerana LHDN terlebih tuntut dan sbgnya bkn putar belit hal2 remeh seolah2 teraniaya. LHDN pun takkan nak menjwb balik tunjuk segala bukti dan pengiraan tunggakan cukai bertahun2 tu kat public.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2020 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
sicvitaest replied at 6-7-2020 09:51 PM
Mmg bidangkuasa LHDN utk buat tuntutan terhdp mana2 pihak yg tak bayar cukai, tak kiralah politici ...

Ye tapi masalah nye dah di politik kan pun bila PH jadi kerajaan. Undang2 kata bayar dulu LHDN kira dan pulang kan balik kemudian. Tak adil lah pada yang orang kena tuduh tu. Sebab bukan income dia pun.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 6-7-2020 11:36 PM
Ye tapi masalah nye dah di politik kan pun bila PH jadi kerajaan. Undang2 kata bayar dulu LHDN kir ...

Politics aside. Pulang balik tu excess tax kalau dlm rayuan nanti anak dia boleh buktikan how much from the profits from investments  that has been paid by him to investors. Dia gambarkarkan mcm anak dia jadi agen pelaburan secara percuma, nothing that he had gained subject to tax.. agak2 la. I don’t buy it and I don’t see any injustice. Kita2 ni pun biasa sgt bayar tax lebih. Adakala x dpt refund pun. Di bwh S. 106 tu juga LHDN boleh tuntut bayaran even after death. Sebab tu org ckp LHDN akan cari kita sampai ke lubang cacing kalau x bayar..Lol
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
* how much profits from investments (grammatical error x npk while typing. Sori..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 12:22 AM | Show all posts
kalau dah cukai pon byk tu, mesti income anak jibby ni  berbilior2
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.073116 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list