CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2172|Reply: 20

[Tempatan] Bulan lepas sokong TDM sebagai PM9. Bulan ni Pakatan 100 PLUS sokong DSAI sebaga

  [Copy link]
Post time 6-7-2020 06:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 6-7-2020 06:20 PM

Isu calon PM: Anwar akan berbincang dengan Shafie Apdal
Firdaus Azil, Astro Awani | Diterbitkan pada Julai 06, 2020 14:31 +08

KUALA LUMPUR: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak, termasuk Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengenai usaha pengembalian mandat rakyat.

Dalam satu kenyataan hari ini, Majlis Presiden Pakatan Harapan berkata, mandat telah diberikan kepada Anwar untuk mendapatkan sokongan semua pihak, termasuk Presiden Parti Warisan Sabah itu.
Menurut kenyataan yang ditandatangani Anwar, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng itu lagi, Majlis Presiden masih komited dengan pendirian asal bahawa Anwar kekal sebagai calon Perdana Menteri.

“Majlis Presiden telah membincangkan usaha-usaha mengembalikan mandat rakyat dan Pakatan Harapan sebagai Kerajaan Persekutuan. Pakatan Harapan komited dengan pendirian asal YB DS Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri, dan mesyuarat juga turut membincangkan cadangan pencalonan YB DS Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri.
“Majlis Presiden berpendirian semua usaha ke arah pengembalian mandat rakyat perlu dijalankan dan memerlukan sokongan semua pihak. Oleh yang demikian, Majlis Presiden memberikan mandat penuh kepada YB DS Anwar Ibrahim untuk meneruskan perbincangan dengan semua pihak termasuk YB DS Shafie Apdal bagi menyempurnakan pengembalian mandat tersebut,” kata Majlis Presiden lagi.

Sebelum ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan telah bersetuju agar Mohd Shafie dinamakan sebagai calon Perdana Menteri, dengan Anwar dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir masing-masing sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2.

Tetapi, DAP dan Amanah kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan itu harus dibincangkan di peringkat kepimpinan parti masing-masing, sebelum dimuktamadkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Mohd Shafie kemudian berkata beliau akan memikirkan dahulu soal pencalonan itu, dan pada masa yang sama ingin menumpukan kepada isu rakyat Sabah.

Dalam pada itu, Majlis Presiden berkata, mereka sebulat suara menolak usul Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menamatkan perkhidmatan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, dan Timbalannya Nga Kor Ming.

Selain itu, mereka berkata, jika Pilihan Raya Umum tergempar bakal berlaku, maka kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan wajar diteruskan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2020 06:21 PM | Show all posts
PH says it will back Anwar as PM candidate
Nicholas Chung
4 hrs ago


PETALING JAYA: Pakatan Harapan will support PKR president Anwar Ibrahim as its prime minister candidate, its presidential council announced today.

In a joint statement, Anwar, Amanah president Mohamad Sabu and DAP secretary-general Lim Guan Eng said PH was committed in its original stand to name Anwar as its prime minister president, in the event it wins back power.

They added that the council also discussed the proposal for Warisan president Shafie Apdal to be nominated for the top post.

“We believe that all efforts towards returning the people’s mandate need to be carried out and require the support of all parties.

“Hence, the presidential council gives Anwar the full mandate to continue discussions with all parties, including Shafie, to complete the returning of the mandate,” they said.

Previously, former prime minister Dr Mahathir Mohamad had proposed Anwar and former PPBM deputy president Mukhriz Mahathir to be appointed deputy prime ministers if Shafie became the prime minister.

Mahathir said the nominations had been agreed upon at an informal meeting on June 25 attended by him, Shafie, Mukhriz, Mohamad Sabu, Lim and others from the DAP.

Anwar and PKR were not named among those present.

Last month, DAP and Amanah told PKR to return to PH’s consensus to back Mahathir as the ninth prime minister, as Anwar was not expected to achieve majority support in parliament.

Their statement did not sit well with some quarters in PKR, with one leader from Selangor urging the party to ditch DAP and Amanah.

Today, the three leaders also said that in the event of a snap election, the PH-led state governments should be maintained and not dissolved.

They maintained that they were aligned with the federal and state governments’ focus to help the people overcome the effects of the Covid-19 pandemic.

The party leaders also said they opposed the motion by Prime Minister Muhyiddin Yassin to remove the Dewan Rakyat Speaker Mohamad Ariff Md Yusof and his deputy Nga Kor Ming.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by PristineOne at 6-7-2020 06:37 PM

Pilih pilih calon PM 9..

Sila sila

PN - TS Muhyidin @ Abah
PKR- Anwar Ibrahim @ Bang Non
Amanah+ DAP+Takda Parti - Shafei Afdal @ Tok Piee Sempornak

Baru masuk gelanggang..
Parti Putra - Ibrahim Ali @ Pok Heng
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 6-7-2020 06:35 PM
Pilih pilih calon PM 9..

Sila sila

awat Mat Sabu xde dlm senarai???
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 6-7-2020 06:37 PM
awat Mat Sabu xde dlm senarai???

Partai dier pun ikut cakap Atuk ...calonkan Sapeei Afdal
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
DAP adalah Partai Komunis Malaya versi 2020. Parti yg menyambung semangat komunis  dan DAP juga adalah parti yg simpati pada pertubuhan pengganas antarabangsa.

Ramai pemimpin DAP rapat dengan pengganas Harimau Tamil Eelam Sri Lanka.

Juga pemimpin dan kader kader DAP menghadiri majlis memperingati perjuangan kejam komunis atas nama Majlis majlis Malam Persahabatan untuk mengingati dan menyanjung anggota anggota komunis yg sudah tua.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2020 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa jadi government flip flop, u turn.
Dah jadi pembangkang pun tak ubah2 style.
Banggang je yg sokong hancing ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai AJM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2020 07:35 PM | Show all posts
bulan depan mat sabun

bulan depan lagi mat pit  
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 09:12 PM | Show all posts
sampai atuk mampos = SAM.
sampai anwar mampos = SAM.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang macam apa.. Macam dah konpom boleh menang PRU..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols hunuszon ajer let
Iols pun opening..kojap bang non, kojap tok pie, kojap atok
Xper la..iols sokong abah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2020 10:03 PM | Show all posts
Pilihan 'Shafie sebagai PM' harus tetap terbuka - DAP Sabah
Diterbitkan Hari ini 9:28 pm

DAP Sabah meminta Pakatan Harapan (PH) tidak menolak kemungkinan Presiden Warisan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri setelah gabungan itu hari ini mengulangi pendirian agar Presiden PKR, Anwar Ibrahim menyandang jawatan itu sekiranya PH menguasai kerajaan persekutuan.

"Kami menghormati keputusan majlis presiden PH untuk menegaskan kembali komitmen gabungan itu agar Anwar menjadi perdana menteri Malaysia.

"Namun, kami juga ingin memperingatkan para pemimpin gabungan kami untuk tidak sepenuhnya menolak individu dari Malaysia Timur daripada tampil untuk memimpin negara ini," kata mereka dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh wakil rakyat DAP Sabah, iaitu Frankie Poon Ming Fung (Tanjong Papat), Chan Foong Hin (Kota Kinabalu), Noorita Sual (Tenom), Jimmy Wong Sze Phin (Sri Tanjong), Phoong Jin Zhe (Luyang), Jannie Lasimbang (Kapayan), Vivian Wong Shir Yee (Sandakan), Tan Lee Fatt (Likas) dan Calvin Chong Ket Kiun  (Elopura).

Turut serta dalam kenyataan tersebut adalah calon dewan undangan negeri Ronnie Loh Ee Eng dan senator, Adrian Banie Lasimbang.

"Penting bagi pemimpin PH untuk sedar dan peka tentang siapa kawan dan siapa musuh.

"Sejak awal, Shafie dan partinya Warisan telah bersama PH dalam susah dan senang.

"Tidak ada gabungan politik tanpa sokongan rakyat Malaysia Timur yang dapat memerintah negara ini.

"Oleh itu, kami percaya bahawa pilihan untuk Shafie sebagai calon perdana menteri harus tetap terbuka selagi Sabah kekal sebagai sebahagian daripada Malaysia," kata mereka.

Menurut mereka, Shafie sebagai ketua menteri Sabah, telah berjaya menyatukan rakyat daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama.

Terdahulu Majlis Presiden PH hari ini memutuskan untuk komited dengan pendirian asal iaitu Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri gabungan itu.

Majlis Presiden juga berkata Anwar mempunyai mandat penuh untuk meneruskan perbincangan dengan semua pihak, termasuk Shafie bagi meneruskan usaha mengambil semula kerajaan persekutuan.

"Majlis Presiden berpendirian semua usaha ke arah pengembalian mandat rakyat perlu dijalankan dan memerlukan sokongan semua pihak.

"Oleh yang demikian, Majlis Presiden memberikan mandat penuh kepada Anwar untuk meneruskan perbincangan dengan semua pihak termasuk Shafie Apdal menyempurnakan pengembalian mandat tersebut," katanya.

Shafie sebelum ini dicadangkan sebagai calon alternatif berikutan kebuntuan untuk memilih calon perdana menteri antara Anwar dan pengerusi Bersatu yang dipertikaikan, Dr Mahathir Mohamad.

PKR sebelum ini secara rasmi menolak Mahathir sebagai calon perdana menteri.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa yg dok sokong depa ni lagi, taktau la tahap buta hati tu mcm mana. Sampai takleh fikir lansung ke depa ni terang terang huru hara, gila kuasa, tak fikir rakyat pun.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
underground replied at 6-7-2020 09:12 PM
sampai atuk mampos = SAM.
sampai anwar mampos = SAM.

Jgn diseru SAM.. Nanti lebai sam datang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 11:45 PM | Show all posts
tu pun ada org sokong lagi pakatan ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2020 11:51 PM | Show all posts
nuar weng lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 01:08 PM | Show all posts
Gilir-gilir kan senang.

bulan ni anwar pula.
bulan depan pie.
bulan satu lagi atok..

kan adil gitu....


tapi jawatan bakal pm je la yg digilirkan. jawatan pm kekal abah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2020 01:51 PM | Show all posts
lipans replied at 8-7-2020 01:08 PM
Gilir-gilir kan senang.

bulan ni anwar pula.

bagus idea ni
lega penyokong dgn idea ni

so kesimpulannnya
setiap 3 bulan ada nama akan rotate sebagai bakal PM


Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka hati koranglah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.084073 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list