CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27031|Reply: 207

[Tempatan] Ditinggalkan suami terkontang kanting bersama 6 anak, wanita hamil 7 bulan gigih

  [Copy link]
Post time 6-7-2020 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
RAWANG - "Nak menangis tengok kakak ipar saya, ibu tunggal kepada 6 orang anak, kini mengandung, berpenat lelah cari duit untuk tampung kos rawatan bersalin, tolong ulang kongsi Twitter agar warga Rawang dapat lihat," demikian luahan Nuruk Munirah Maiden, 21.

Nuruk Munirah yang tinggal di Serendah Rawang berkongsi perasaan itu di Twitter dan memberitahu, kakak iparnya, Nurul Shahzamul Hidayah, 29, sedang hamil anak ketujuh dan usia kandungan mencecah tujuh bulan.


Katanya, berikutan mengalami masalah kewangan, Nurul Shahzamul terpaksa melakukan dua pekerjaan iaitu menjual jagung manis dan nasi lemak berharga RM1 di sekitar Rawang sejak dua bulan lalu bagi menampung perbelanjaan harian.

"Berbekalkan kudrat yang ada, kakak ipar menjual jagung di hadapan stesen minyak Shell berdekatan NSK Rawang dan nasi lemak di hadapan bank Maybank Rawang.

"Saya bangga melihat kesungguhan kakak yang tidak pernah berputus asa mencari rezeki demi anak-anak. Apa yang boleh saya bantu dengan promosikan perniagaan di Twitter," katanya kepada Sinar Harian

Menurutnya, selepas perkongsian itu perniagaan kakak iparnya tular di laman sosial dan mendapat sambutan menggalakkan.

"Alhamdulillah masih ramai orang baik di luar sana. Hari ini lebih 300 bungkus nasi lemak diedarkan secara percuma kerana ramai yang menderma.

"Saya berharap lebih ramai akan terus membeli nasi lemak yang dijual dari jam 7 pagi manakala jualan jagung pula bermula 11 pagi setiap hari," katanya.

Sementara itu, difahamkan ibu tunggal yang mempunyai cahaya mata berusia antara setahun hingga sepuluh tahun berkenaan ialah penerima bantuan zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Melalui perkongsian tersebut, rata-rata netizen bersimpati dan tidak kurang juga membantu membeli jagung dan nasi lemaknya.

Netizen yang dikenali @latipah turut mendoakan kesejahteraan ibu tunggal itu dan moga terus dilimpahi rezeki.

https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/91006

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2020 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Jagung.. Sedapnya buat cucuq jagung
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mati dah kot..
Ke nnt tunggu anak anak dh besor..umah besor..
Bapak.terhincut hincut datang mintak.simpati
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
29 tahun, anak nak masuk 7
Semoga dipermudahkan segala lah
Speechless nak komen lebih2
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum 30 anak dah masuk 7
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti ada tak yg akn komen suruh dia jahit puk* jgn beranak byk....


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2020 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakak ipar dia....

Bermakna abg dia le laki taguna tu?.....
Atau kakak kpd laki dia......
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
29 tahun, anak ketujuh? harap janganla kawen lagi. Besarkan je anak anak tu. Muga dipermudahkan, and si bapa semoga di langgar lori baja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2020 11:45 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 6-7-2020 11:20 PM
Kakak ipar dia....

Bermakna abg dia le laki taguna tu?.....

Ya, abang si pencerita. dah menghilang 7 bulan katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
mudanya lagi... tabahnya dia dgn anak2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 11:48 PM | Show all posts
suami hilang? xbuat report polis ker
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Senangnya bekas2 suami di malaysia lepas tangan lari dari tanggungjawab menyediakan nafkah pada anak tanpa sebarang consequences. Sistem syariah malaysia dan orang2 di pejabat agama buat apa? Di barat walaupun mereka kadang2 keterlaluan memperjuangkan hak asasi manusia tapi paling kurang hak wanita dan anak2 mereka terbela selepas bercerai. Di malaysia bersepah ibu tunggal terkontang kanting membela anak2 seorang diri sementara bekas suami mereka aman2 kahwin lain. Sungguh menyedihkan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 11:51 PM | Show all posts
semoga dimurahkan rezeki anak beranak nih, dan ai doakan anak2 akan jd manusia yg berjaya. Esok2 bapak dah tua kerepot datang mengaku anak, korang buang jah kat bus stop.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
rezeki banyak pun susah juga ye..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 6-7-2020 11:51 PM
semoga dimurahkan rezeki anak beranak nih, dan ai doakan anak2 akan jd manusia yg berjaya. Esok2 bap ...

Hahaha...betul sangat ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Aerhys replied at 6-7-2020 03:48 PM
Senangnya bekas2 suami di malaysia lepas tangan lari dari tanggungjawab menyediakan nafkah pada anak ...

Bila anak dah besar,  berjaya cepat2 claim anak2 tak ambik tahu, kena buang keluarga..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2020 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku yg jd stress baca cite gini...

Jika anak dah 2 tp laki ko nampak macam tak guna sgt... bole x ko bertegas dgn dia ko xnak beranak lg....ko rajin sgt beranak dia hargai ke ko n anak2 tu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 6-7-2020 11:51 PM
rezeki banyak pun susah juga ye..

tu la.aku pun x paham
ummah meleis slalu kata anak ramai ni murah rejeki
yg kapel takde anak lak, aku tgk bahagia je lakibini.siap bleh pi hiking sesama lagi ms weekend, pi travel sana sini sambil JJCM and staycation kat hotel sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 7-7-2020 12:07 AM
Bila anak dah besar,  berjaya cepat2 claim anak2 tak ambik tahu, kena buang keluarga..

Itulah skrip drama realiti di Malaysia. Bila ada berita bapa atau atuk "dibuang" anak cucu faham2 sajalah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Nsb baik adik ipar mmbantu jugak....

Pandai buat anak je,jaganye tidak....kalau betul2 suami yg brslh mohon mereput je la.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.115476 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list