CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: noni

Persatuan Dan Kesatuan..

[Copy link]
Post time 24-8-2004 07:50 PM | Show all posts
Originally posted by Baiduri Othman at 24-8-2004 06:42 PM:
Whatever it's Seph, I don't care at all what you got to say. You can go ahead & mumbling blah blah blah blah Solok Ikan".
"S ...



boleh bagi respi solok ikan??? solok ikan itu apa??? ikan macam mana??? banyak tulah???


p/s : ari itu kata vegetrian.....dah tukar menu pula:stp:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


noni This user has been deleted
 Author| Post time 2-9-2004 02:58 AM | Show all posts
Kita begitu bersangka buruk terhadap sesuatu yg tidak kita gemari. Kita lekas melebelkan sesuatu perkara padahal kita jahil/bodoh mengenainya. Menyangka buruk itu tanda kejahilan kita. Walhal tidak ada satu perkarapun yg tidak memberi kebaikan kpd kita. Di sana terhimpun hikmah hikmah..

Apabila kita berpecah belah, apakah itu petanda perancang itu tidak cukup baik?  Apakah perpecahan menjadi hal yg berat? Kita melihat pecah belah satu hal yg berat krn kita melihatnya dari kekeliruan kita sendiri.

Kita diberi emosi, akal dan sbgnya untuk memilih yg baik atau memimpin yg buruk. Jln manakah yg baik jika tidak ada petunjuk yg buruk? Siapakah yg kita pimpin jika tidak ada yg jahat?

Atau, anda lebih gemar menjadi batu yang kaku. Tanpa hati dan cinta, tanpa keinginan? Atau, jadilah sepertimana air yg mengalir. Dgn itu anda tidak lagi perlu kesedaran yg berkembang dan akal yg panjang. Cukup dgn alur yg perlu anda diikuti, satu arah satu tujuan.  

Jika sebahagian atau kesemua org ingin menjadi ketua itu krn keinginannya begitu. Kita harus tahu, keinginan menjadi tukang masak adalah satu peranan, boss sebagai boss satu peranan malahan tukang sapu ingin menjadi boss juga satu peranan. Jika kita menngaggap itu satu ilusi, bukan bermakna ilusi itu tidak ada, tetapi tanda kita yg kurang faham.

Jika kita menilai sana baik ini buruk, samalah kita sepertimana senario polis penyamun dan emaknya. Kita turut bergelumang dlm lakonan itu tadi hingga menyangkakan satu perkara itu baik, tetapi buruk bagi org lain. Kita menyangka buruk padahal itu baik bagi org lain. Satu hal yg agak melucukan lagi, kita mengatakan org lain buruk padahal kita melakukan hal yg sama, malah lebih lagi..

Anda mengatakan baik buruk hanya menurut masyarakat, tetapi anda tidak mampu keluar dari masyarakat itu sendiri. Layangkan kefahaman sedikit ke atas dan lihatlah keindahan pola pola masyarakat. Jika anda menyalahkan kenyataan ini bermakna anda tidak mampu melihatnya dari atas. Kemudian mencari alasan utk menyanggahnya. Pun begitu, kami faham apa yg anda kelirukan itu..

Salam..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2004 08:23 AM | Show all posts
by noni

Kita diberi emosi, akal dan sbgnya untuk memilih yg baik atau memimpin yg buruk. Jln manakah yg baik jika tidak ada petunjuk yg buruk? Siapakah yg kita pimpin jika tidak ada yg jahat?

Bagi seorang pengikut, pemimpin dia tak pernah salah walaupun dia tahu perbuatan dia adalah salah.

Bagi seorang pengikut, apa yg dia tahu adalah benar dan apa yg orang lain kata, terutamanya yg bercanggah dgnnya adalah tidak benar. Apa gunanya tahu betul atau salah kalau diri sendiri tidak mahu mengubah apa2?

Atau, anda lebih gemar menjadi batu yang kaku. Tanpa hati dan cinta, tanpa keinginan? Atau, jadilah sepertimana air yg mengalir. Dgn itu anda tidak lagi perlu kesedaran yg berkembang dan akal yg panjang. Cukup dgn alur yg perlu anda diikuti, satu arah satu tujuan.   

Batu di tepi sungai dan laut pun, walaupun kaku tetapi masih akan berubah mengikut keadaan air. Tiada apa2 yg berubah walaupun kalau anda menjadi batu yg kaku.

Hati dan cinta itu menyusahkan dan menbebankan. Kalau mahu cinta, cintalah sesuatu yg lebih bermakna - Tuhan dan negara dr cintai wanita, keluarga dan harta.

"With this one sword, I will protect my community and people I care about" - Kenshin "Battusai" Himura. ;)

Jika sebahagian atau kesemua org ingin menjadi ketua itu krn keinginannya begitu. Kita harus tahu, keinginan menjadi tukang masak adalah satu peranan, boss sebagai boss satu peranan malahan tukang sapu ingin menjadi boss juga satu peranan. Jika kita menngaggap itu satu ilusi, bukan bermakna ilusi itu tidak ada, tetapi tanda kita yg kurang faham.  

Keinginan utk menjadi ketua tidak akan menberikan anda keyakinan serta kebolehan utk memimpin. Adakalanya, ianya akan menberikan anda ego. Bila seseorang tidak mengiktiraf anda sbg pemimpin, anda akan menjadi marah dan benci kpdnya.

Seorang pemimpin bukannya seorang yg tahu menberi arahan kpd orang bawahannya, tetapi seorang yg mampu menberi inspirasi kpd orang bawahannya utk melakukan sesuatu yg lebih baik dr apa yg dia telah lakukan.

Jika kita menilai sana baik ini buruk, samalah kita sepertimana senario polis penyamun dan emaknya. Kita turut bergelumang dlm lakonan itu tadi hingga menyangkakan satu perkara itu baik, tetapi buruk bagi org lain. Kita menyangka buruk padahal itu baik bagi org lain. Satu hal yg agak melucukan lagi, kita mengatakan org lain buruk padahal kita melakukan hal yg sama, malah lebih lagi..

Mungkin ... :hmm:

Anda mengatakan baik buruk hanya menurut masyarakat, tetapi anda tidak mampu keluar dari masyarakat itu sendiri. Layangkan kefahaman sedikit ke atas dan lihatlah keindahan pola pola masyarakat. Jika anda menyalahkan kenyataan ini bermakna anda tidak mampu melihatnya dari atas. Kemudian mencari alasan utk menyanggahnya. Pun begitu, kami faham apa yg anda kelirukan itu..

Hmph ... kita memang mampu keluar dr masyarakat tersebut, malah saya sendiri menjalani kehidupan yg berlainan dr masyarakat setempat.

Masyarakat mengharapkan seseorang berumahtangga, menpunyai pekerjaan dimana dia cuba menjahanamkan orang lain utk menjadi pemimpin dan menpunyai anak dan keluarga. Ini semua norma kehidupan masyarakat yg biasa.

Kehidupan saya adalah tidak berkeluarga (kecuali Tuhan), dan saya tidak menjahanamkan sesiapa demi utk kepentingan diri sendiri. Saya tak menpunyai keinginan utk berkeluarga dan berkasih-kasihan dgn wanita mahupun lelaki di atas katil.

Apasal? Kerana saya inginkan kehidupan yg lebih bermakna dr apa yg diberikan oleh masyarakat. Bagi ku, norma kehidupan saya lebih bermakna dr apa yg diberikan oleh masyarakat dan saya mengubah diri sendiri.

Kalau saya boleh melakukannya, apa alasan anda supaya tidak melakukannya juga? Alasannya - kamu tak ingin ubah apa2 dan suka cara hidupan spt apa yg anda lihat di masyarakat anda.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2004 10:55 PM | Show all posts
pada pandangan saya,betul yang diperkatakan oleh Noni,memang Dia yang menyiapkan tempat syurga dan neraka,baik dan buruk.Masing-masing ada hikmah dan lengkap melengkapi,tanpa keduanya tiada keadilan.Ia mustahil kerana system berdiri atas dasar keadilan.

Namun,dimanakah kita?

yang mengisi syurga atau nereka itu kita,kita memasuki syurga dan wilayah kebaikan dengan petunjuk dan hidayah-Nya,dan meninggalkan kejahatan dengan pertolongan dan inayah-Nya,mengapa?,mungkin kerana kita ini berdiri atas keegoan dan ammarah,ujian bagi kita..
kita tidak menafikan sifat-sifat ini yang hadir dalam diri kita semenjak kita dilahirkan,namun didalamnya terkandung hikmah-hikmah dan pelajaran..

berkah-berkah untuk kita keluar dari lingkungan system itu sendiri,disini bukan tempat,mengapa harus keliru?dan kita terus dirundung kekeliruan..

hati kita,jiwa kita harus bebas melampaui dari apa dan segala apa,
kenapa?mungkin kerana bukan diciptakan untuk apa dan segala apa,kita diciptakan untuk Pemilik dari Segala apa..
lalu,kerana itulah Dia mengirimkan Cahaya-Nya,utusan-Nya utnk kita,memimpin kita melepasi dari 'system' tersebut,yang berperanan sebagai tempat pengajaran manusia,bukan pula matlamat yang hasil dari kekeliruan-kekeliruan manusia.

namun dari manakah puncanya kekeliruan-kekeliruan ini?
kekeliruan ini,pada pandangan saya hasil dari sifat bawaan manusia yang mencari kesempurnaan.Cinta ini adalah alat bagi manusia untuk mencari asal-usulnya,namun seringkali kita terkeliru..

kita terkeliru dengan kecantikan pada makhluk,keindahan,kekayaan,kekuasaan..walahal kita lupa ia bukan milik makhluk itu,ia adalah tanda..ia adalah tanda dari satu sisi kepada Penciptanya,kerana Dialah YAng Maha Cantik,Dialah Yang Maha Kuasa,dan Dialah Yang Maha Indah..ia terkumpul dalam diri kita bila kita menyebut dan mengingat-Nya..

dan segala puji-pujian itu milik Allah..yang tidak henti-henti untuk memanggil kita dari sisi atas dan bawah,kiri dan kanan,semalam atau besok,buruk atau baik..
agar kita bebas dan kembali kepada-Nya..

sahabat menuturkan,
"Anda mengatakan baik buruk hanya menurut masyarakat, tetapi anda tidak mampu keluar dari masyarakat itu sendiri. Layangkan kefahaman sedikit ke atas dan lihatlah keindahan pola pola masyarakat. Jika anda menyalahkan kenyataan ini bermakna anda tidak mampu melihatnya dari atas. Kemudian mencari alasan utk menyanggahnya. Pun begitu, kami faham apa yg anda kelirukan itu.."

peranan kita pula..
"Kita diberi emosi, akal dan sbgnya untuk memilih yg baik atau memimpin yg buruk. Jln manakah yg baik jika tidak ada petunjuk yg buruk? Siapakah yg kita pimpin jika tidak ada yg jahat?"(terima kasih noni..)

bukan untuk menjadi jahat..yang menjadi jahat itu kerana kita yang mengisi tempat kejahatan itu.Tempat kejahatan itu ujian bagi kita..tapi kita tidak harus memasukinya..

kita harus memilih untuk menjadi baik atau memanggil yang jahat untuk menjadi yang baik,mengikut bakat dan rezeki masing-masing..
..kerana kita ini pada asalnya adalah baik,dan segala puji-pujian bagi Allah.

namun neraka itu juga merupakan rahmat bagi orang-orang beriman,denganya mereka lari darinya dan tidak ingin membuat kesalahan..segala-galanya terkandung hikmah-hikmah..

apakah alat kita dalam menempuhi keburukan ini?
dengan kesabaran:
"Pada satu keadaan, kita gunakan ilmu untuk menyuburkan sikap sabar kita. Bila kita berhadapan dgn org yg sedikit mengusik kita, kita bersabar dgn peringatan yg kita ambil dari ilmu ilmu kita sabar kita terdahulu. Ilmu tersebut menjana peringatan untuk menjadikan kita bersikap sabar.

Pada satu keadaan lain, kesabaran itu memberi ilmu kepada kita. Kesabaran kita itu memberi jalan untuk kita memahami keadaan lawan kita. Dari jalan memahami itu tadi maka lahirlah lorong lorong ilmu. Kita tahu dimana letaknnya diri kita, kita tahu dimana letaknnya lawan kita. Kita faham faham pandangan kita dan kita faham arah mana ia memberi alasan. Kita faham mengapa ia mengeluarkan hujah hujah yg begitu. Dan sbgnya..

Jika kesabaran ini pernah sampai kepada anda, anda tidak pernah rugi walau sedikitpun dgn sikap anda itu. Bahkan sedikit..."


[ Last edited by irfani on 21-10-2004 at 11:00 PM ]
Reply

Use magic Report

noni This user has been deleted
 Author| Post time 22-10-2004 05:29 PM | Show all posts
Jika kita hendak membersihkan kolam, kita harus hentikan dulu aliran air yang mengalir dgn segala kekotoran ke dalam kolam tersebut, barulah kita cuci kolam tersebuat. Sepertimana kita mengasingkan diri dari segala hiruk pikuk masyarakat sekeliling. Tetapi jika kita lakukan hal yang demikian, kemudian kembali kepada masyarakat dengan sikap yang kotor- marah, prasangka dan sebagainya, maka dimana kewajarannya.

Kita bangga kerana menjalani pengasingan menurut kepercayaan masing masing tetapi sikap di sini seolah olah menunjukkan kita langsung tidak pernah melakukannya, jadi apa faedahnya???..   Kita melakukan satu satu perkara tetapi kita tak tahu tujuaannya.

Memang benar, marah itu satu sikap yang dicipta tuhan, tetapi sebagai seorang yang bijak kita tidak menempati sikap tersebut. Kerana sikap tersebut untuk ditempati oleh orang orang yang keliru.


"Keluar dari masyarakat" di sini bukan kita pergi ke hutan, ke gua yang jauh dari masyarakat tetapi kita melayangkan pemikiran kita sedikit ke atas, iaitu memisahkan bentuk pemikiran kita dari apa yang ada di sekeliling kita.

Dengan kebijaksanaan, kita perhatikan tingkah laku atau apa yang berlaku sekeliling kita. Kita perhatikan kenapa dia begitu marah, kita perhatikan mengapa siali begitu sedih, kita perhatikan mengapa siminah begitu gembira. Kita mengambil rumus dari senario sekeliling kita dengan jiwa yang bebas dari segala kecenderungan.

Semakin hari kita semakin tajam, semakin hari rumusan atau buah fikiran kita menjadi bersih, selama itu juga jiwa semakin terang.

[ Last edited by noni on 22-10-2004 at 05:38 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2004 02:17 PM | Show all posts
sahabat berkata..
"Jika kita satu kesamaran(gelap) ini kerana mata kita yg kelabui. Mulialah bg insan terpuji. Jika kita muliakan sesama kita, mulialah kita. Kadangkala kita tidak dpt melihat kemuliaan org lain kerana mata kita yg kabur..

..kerana hati kita yg keliru. Apabila anda melihat objek, anda sering terlupa di situ ada cahaya. Semakin terang cahaya, semakin jelaslah objek dan semakin kita lupa pada cahaya. Apabila kita berada di tempat gelap(tak cukup cahaya) baru kita sadar keperluan cahaya itu."
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.105866 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list