CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1141|Reply: 5

[Dunia] Coronavirus baharu akan muncul dalam tempoh sedekad

  [Copy link]
Post time 7-7-2020 06:07 PM | Show all posts |Read mode


Kelawar adalah antara haiwan yang berupaya menjadi ejen penyebar coronavirus. - Foto AFP








Coronavirus baharu akan muncul dalam tempoh sedekad





SINGAPURA: COVID-19 adalah virus ketiga berupaya berjangkit daripada haiwan kepada manusia dan ia bukan yang terakhir, malah mungkin akan ada virus baharu dalam tempoh sedekad ini.

Amaran itu diberi oleh Pengarah Program Penyakit Berjangkit Baharu di Sekolah Perubatan Duke-National University of Singapore (NUS), Prof Wang Linfa, yang sebelum ini meramalkan kemunculan COVID-19 seawal Disember 2013.

Beliau membuat ramalan akan ada virus yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia dalam tempoh sedekad selepas Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) dikesan di Arab Saudi dan ia terbukti benar dengan kemunculan COVID-19.

"Virus pertama ialah Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang meragut hampir 650 nyawa di Tanah Besar China dan Hong Kong pada 2002 hingga 2003

"Akan ada virus terbaru dalam tempoh sedekad ini, namun persoalannya bila dan bagaimana kesannya," katanya pada sidang video bertajuk COVID-19: Pandangan Bioperubatan Mengenai Wabak yang Berkembang anjuran NUS.

Jelas beliau, MERS tidak mudah merebak, tetapi kadar kematian tinggi iaitu pada nisbah satu kepada tiga dan kadar kematian SARS pula sekitar 10 peratus, manakala bagi COVID-19, kadar kematian adalah antara satu hingga 10 peratus.

Selain itu, kata Prof Wang, saintis turut bimbang bahawa SARS-CoV-2 iaitu virus yang menyebabkan COVID-19, akan mengalami mutasi berupaya berjangkit daripada manusia kepada haiwan dan kemudian menjangkiti manusia semula.

"Kelawar ada di mana-mana saja, malah banyak di hutan Amazon. Jika tidak bernasib baik, virus itu akan menjangkiti kelawar dan ia akan membawa virus itu tanpa simptom.

"Dari semasa ke semasa, ia akan merebak serta menjangkiti haiwan lain dan kemudian manusia.

"Terkini, saintis berusaha menyelidik risiko sama ada kelawar berupaya menjadi ejen penyebar virus," katanya.

Sementara itu, Naib Dekan Penyelidikan di Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock NUS, Prof Madya Alex Cook, berkata jumlah sebenar jangkitan COVID-19 di seluruh dunia mungkin lebih 10 kali ganda berbanding jumlah yang dilaporkan.

"Bagaimana kita dapat ketahui berapa banyak orang dijangkiti sedangkan mereka tidak menunjukkan gejala? Hanya ujian serologi dapat tentukan dengan mengesan siapa memiliki antibodi menentang COVID-19," katanya. - AGENSI













Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2020 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg.lebih drpd y dilaporkan...nak2 negara y tak cakna akan bab ni..y tak ambil berat psl covid ni,masih berjimba di mana2 walaupun tgh teruk
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa je. It will be around mcm viruses lain. Chill. Live with it.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Yelah... Selagi kau tak makan makanan yg bukan pada tempatnya
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
covid-29 pulak gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 07:54 AM | Show all posts
coronavirus ini ciptaan manusia...sekejap lagi ada versi baru yg pandai pilih mangsa, tahan lasak & maki...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.097136 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list