CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 842|Reply: 3

[Tempatan] 1.8 juta Proton Saga dijual dalam 35 tahun

  [Copy link]
Post time 8-7-2020 08:49 AM | Show all posts |Read mode
KIRA-KIRA 1.8 juta unit Proton Saga berjaya dijual dalam tempoh 35 tahun, sekali gus menjadikannya model paling popular bagi jenama automotif Malaysia.

Proton Holdings Bhd berkata, pihaknya yakin legasi model itu mampu bertahan sehingga 35 tahun lagi sejajar dengan rancangan penambahbaikan, komitmen kecemerlangan serta dedikasi syarikat automotif nasional berkenaan untuk memastikan model itu terus mendahului saingannya.

"Hari ini, Proton Saga mengekalkan kedudukannya sebagai tulang belakang rangkaian kenderaan ditawarkan Proton. Sejak pelancaran model Proton Saga yang dipertingkatkan pada 2019, jumlah tempahannya hampir menyamai model pertama dijual ketika pengguna berdepan pilihan terhad.

"Bagi tempoh bulan Mei lepas misalnya, ia kereta paling laris di Malaysia manakala Jun mencatat jumlah jualan bulanan tertinggi dalam tempoh 70 bulan.

"Selain dipercayai, berpatutan, selesa dan keseimbangan kendaliannya yang memaparkan kemahiran jurutera Proton, model itu mendapat pembaharuan besar-besaran Ogos lepas yang terbukti mendapat sambutan pelanggan," katanya.

Menurutnya, model pertama Proton Saga berasaskan platform kereta Mitsubishi susulan persetujuan pengeluar kereta Jepun itu menjalin usaha sama dengan HICOM bagi mengeluarkan kereta pertama Malaysia dan membolehkannya muncul sebagai kereta pilihan bagi pembeli kereta nasional.

Tarikh 9 Julai, 1985 menjadi detik bermakna bagi Malaysia apabila ia menyertai kelompok negara yang mampu mengeluarkan kereta sendiri.

Malah, pada tarikh sama, Proton Saga memulakan usaha pengeluarannya iaitu lebih dua tahun selepas Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) ditubuhkan.

"Bermula daripada perancangan di atas sehelai kertas, Proton hasil ilham bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengetengahkan idea sebagai pengeluar kereta nasional pada 1979 dalam usaha melonjakkan proses pengindustrian negara ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2020 @ 7:30 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2020 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Antara kereta baharu yang mampu milik, tahniah diucapkan
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 10:56 AM | Show all posts
sepatutnya preve diteruskan dan turunkan harga.  bagi saya ia kereta premium yang patut dirakyatkan.  dengan pelbagai ciri keselamatan dan selesa.  ada 5 star.  rugi je rnd sebanyak itu dilupuskan begitu saja.

tambahbaik je mana perlu dan sambung semula.  @Proton kena lihat semula ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 replied at 8-7-2020 02:56 AM
sepatutnya preve diteruskan dan turunkan harga.  bagi saya ia kereta premium yang patut dirakyatkan. ...

Cantik design preve tu... Tak tahu plak dah discontinue
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.987266 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list