CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5453|Reply: 60

[Tempatan] Hukuman penjara, sebatan tentera rogol isteri rakan kekal [ada throwback berita

[Copy link]
Post time 8-7-2020 06:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Nahnukutu at 9-7-2020 03:16 PM

Hukuman penjara, sebatan tentera rogol isteri rakan kekal
| | 8 Julai 2020

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 13 tahun dan enam sebatan dihadapi seorang anggota tentera yang disabitkan kesalahan merogol isteri rakannya semasa bermalam di rumah pasangan itu empat tahun lepas. - Gambar hiasan


PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 13 tahun dan enam sebatan dihadapi seorang anggota tentera yang disabitkan kesalahan merogol isteri rakannya semasa bermalam di rumah pasangan itu empat tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said dalam keputusan sebulat suara menolak rayuan terakhir Koperal Mohd Zulkarnain Abdul Razak selepas mendapati rayuannya tidak mempunyai merit.

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan P Ravinthran dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin mengekalkan keputusan dibuat Mahkamah Sesyen Ampang dan Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Sesyen Ampang pada 2017 mendapati Mohd Zulkarnain bersalah terhadap pertuduhan merogol wanita itu ketika itu berusia 25 tahun di dalam bilik tidur apartmentnya di Ampang, Selangor pada jam 3.30 pagi, 12 Julai 2016.

Mohd Zulkarnain, 40, dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan enam sebatan dengan rotan oleh Mahkamah Sesyen itu.

Mohd Zulkarnain gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas mahkamah itu pada 13 Februari tahun lepas menolak rayuannya mendorongnya mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.

Menurut fakta kes, mangsa sedang tidur dengan anaknya apabila Mohd Zulkarnain masuk ke dalam bilik dan merogolnya dalam keadaan gelap. Suami mangsa tiada di rumah ketika itu.

Mohd Zulkarnain dalam pembelaannya tidak menafikan yang dia bermalam di rumah mangsa tetapi menafikan dia merogol wanita itu.

Peguam Noor Svetlana Mohd Noor Nordin mewakili Mohd Zulkarnain manakala Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zain Ibrahim mewakili pihak pendakwaan. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -isteri-rakan-kekal
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2020 06:28 PM | Show all posts
kuat sangat bau ikan kes ni

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 06:30 PM | Show all posts
Akak percaya dia teraniaya. Tentera malisia naif belaka
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
X fhm....xkn xde DNA blh disabit kesalahan gitu je??
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
X faham mcmana dis blh tido rumah kwn dia masa kwn dia tak de di rumah....

Mcmana bini dia blh tido tak kunci bilik...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpaham la..

Mcm mane boleh bermalam kat umah pompuan tu masa suaminya xde?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-7-2020 06:50 PM | Show all posts
Mohd Zulkarnain dalam pembelaannya tidak menafikan yang dia bermalam di rumah mangsa tetapi menafikan dia merogol wanita itu.


dia nafi merogol tapi dia tak kata tiada penetrasi. jeng jeng jeng...

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 07:04 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 8-7-2020 06:44 PM
X faham mcmana dis blh tido rumah kwn dia masa kwn dia tak de di rumah....

Mcmana bini dia blh ti ...

ahkak pon nk tanye soklan yg sama ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2020 07:31 PM | Show all posts
peliknya kes ni. suami xde,kwn laki bole tumpng tido.  pastu charge rape. aku terlebih naifkah?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 07:34 PM | Show all posts
ker bini dia scandal ngan si mamat ni...
alih2 terasa bersalah selepas bermain jongkang jongket....terus di charge rogol hehehhee
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols kenal semua kwn2 my man..tapi sbnrnya ada yg jenis..ermmm..ntahla.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 8-7-2020 10:44 AM
X faham mcmana dis blh tido rumah kwn dia masa kwn dia tak de di rumah....

Mcmana bini dia blh ti ...

i ada kawan jenis gini. dah kahwin. ajak jemput i datang rumah makan lepak apa semua. i tak selesa sebab bini dia ada. bini dia i total x kenal langsung.tapi mmg tolong kawan i tu termasuk jadi guarantor kereta dia.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti kwn suami  tu datang bermalam masa suami dia duty malam....
Ckp la suka sama suka...
Dah rasa tak syedap sngt..ko charge dia rogol kau....
Dasar dot dot dot
Ehhh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2020 08:39 PM | Show all posts
aku salahkan defence lawyer mamat ni.

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Mati2 ingat laki dia jual bini
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
macam cite bolly section 375..tp yg tu laki org yg nak putuskan hub dgn skandal.skandal tak nak. balas dendam report rape.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2020 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
pelik lah kes ni. Ke reporter buat report x abeh?

knp dia bermalam kat umah tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Cumikucingku replied at 8-7-2020 06:46 PM
Xpaham la..

Mcm mane boleh bermalam kat umah pompuan tu masa suaminya xde?

My question too...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 8-7-2020 10:01 PM
My question too...

Sakit hati kan baca berita yg tergantung mcm ni....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak faham..macam mna suami takda, kau slumber badak bagi laki lain tdo dalam rumah. Kawan rapat ke.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.069914 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list