CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8232|Reply: 81

[Tempatan] Safiey Illias buat rawatan kosmetik RM1 juta hingga RM2 juta sambil berpesan JAN

  [Copy link]
Post time 8-7-2020 08:58 PM | Show all posts |Read mode
Safiey Illias buat rawatan kosmetik RM1 juta hingga RM2 juta
MyMetro Rap


SAFIEY Illias

Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my

USAHAWAN kosmetik dan selebriti, Safiey Illias mendedahkan dia menjalani proses pembedahan kosmetik pada wajah, payudara dan punggung dengan kos mencecah RM1 juta hingga RM2 juta.

Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Illias berkata, pada bahagian wajah saja dia sudah membelanjakan hampir RM300,000 bersamaan dengan harga sebuah kereta mewah jenis Ford Mustang.

"Kenapa banyak dan mahal begitu? Saya buat naikkan kening dengan tebuk di bahagian atas dahi dengan kos sebanyak RM30,000. Saya buat hidung di Korea Selatan menggunakan tulang rusuk dengan kos RM45,000. Untuk hidung saya buat 11 kali yang mana 10 kali sebelum itu dilakukan di Thailand dengan kos RM2,000 hingga RM4,000 untuk sekali menggunakan silikon.

"Namun, saya tak nak ambil risiko. Itu yang buat normal dengan tukar tulang rusuk sendiri. Lubang hidung pun potong dengan kos dalam RM10,000. Dulu buat silikon di pipi, tapi saya buang dengan menggunakan kaedah 'liposuction'. Saya buat empat kali dengan kos RM16,000.

"Untuk dagu, pernah buat silikon. Untuk masukkan silikon kosnya adalah RM3,000 hingga RM4,000 dan saya buat empat kali. Sekarang saya buat rawaran pemindahan lemak di pipi, muka dan dahi dengan kos keseluruhan RM30,000," katanya.

Menerusi pendedahan yang dibuat di saluran YouTube miliknya, Syinta Gila semalam, Safiey yang pernah menghasilkan lagu Syinta Gila pada 2018 berkata, dia turut membuat rawatan suntikan botox di bahagian rahang.

"Saya juga buat rawatan tarik benang pada wajah dengan kos RM18,000 yang mana kena buat enam bulan sekali. Rawatan suntikan botox di bahagian rahang untuk kecilkan rahang dengan kos dalam RM2,000 dan kena ulang dalam empat atau enam bulan sekali.

"Ramai salah anggap pipi kembung dan bibir terjuruih disebabkan botox, itu semua bodoh. Tapi, itu disebabkan 'filler'. Botox itu membekukan rahang otot dan akan kecut disebabkan satu bakteria yang ada pada botox. Jadi, jangan caci maki. Itu semua bukan sebab botox itu kerana filler. Botox berfungsi membekukan otot. Apabila sudah beku, lemak akan kecil dan hasilnya nampaklah tirus.

"Saya buat banyak pembedahan plastik iaitu proses menukar bentuk tengkorak lelaki kepada perempuan. Sebab itu bentuk muka saya macam perempuan. Rahang saya pun kecil dan macam perempuan.

"Begitu juga dagu yang kecil. Saya lakukan 'Facial Feminization Surgery' dengan memasukkan skru yang dikerat dengan kos dalam RM30,000. Buang tulang rahang, kos dalam RM30,000. Itu bahagian muka saja dengan keseluruhan RM300,000. Jadi muka saya saja, boleh beli Ford Mustang," katanya.

Safiey juga mendedahkan dia menjalani proses menyedut lemak di bahagian lengan dengan anggaran kos RM16,000.


SAFIEY menjalani rawatan mengecilkan pipi.

"Saya buat juga rawatan laser, wajah dan buang parut berlubang dalam RM20,000. Buat pembedahan dengan sedut lemak di lengan sebanyak empat kali dengan kos RM16,000. Saya buat botox untuk kecilkan otot, kena banyak dos. Mata tak buat, sebab sudah cantik.

"Perut pun sedut lemak dengan kos sedut RM16,000. Buat punggung dengan suntikan silikon RM30,000, tapi betis saya tak buat. Payudara pula masukkan silikon implan dengan kos RM40,000," katanya.

Pun begitu, Safiey sempat menitipkan nasihat kepada penonton supaya tidak mengikut jejak langkahnya.

"Kepada semua, kalau ada hasrat nak buat pembedahan plastik, fikir banyak kali. Jangan tiru saya. Saya cuma memberikan informasi saja. Terpulang kepada anda.

"Apa yang penting, saya sudah lepas tugas untuk berikan maklumat. Nak buat, buat, tak nak buat, tak kisah, hargai saja apa yang ada," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2020 @ 6:43 PM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2020 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemain jota2, tapi muka tara tu ja

Sedehhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kira kes x puas hati dengan tuhan la  ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 09:12 PM | Show all posts
sakitnya modify atas bawah
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Syinta gila tak nak insuran ke muka jota2 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenuh la nanti nak jawab Allah tanya belanja kan wang ke mana....ayyooo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2020 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian... Jota pun still huduh

Sis seduit x penah buat Plastik surgeri, ubah itu ini, hnya embrace apa yg tuhan bagi jur, still hari2 org kata titew lawa comel hiks...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Hasilnya biasa2 ja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2020 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bru 26 umur dh mcm2 modified tp tetap rupa ‘gtuuu’ jugak... hbs beratus ribu pn tetap x lawa

Lemak kt lengan pn nk sedut?dasar pemalas sgt usahalh buat workout ke bg x berlemak lengan tu... muka parut berlubang? Bkn tokey produk nk bg cantik ke? Pn berparut berlubang jugak ke..so sedeyhhh dh tu kna laser bagai nk bg hlg

Ok done kutuk.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 09:29 PM | Show all posts
kos potong anu berappa pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
tak terkutok iols mengenangkan jota2 habis.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah macam lombu dah, digergaji muko tu, adoiiiaiii
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bambam macam rina sosilawati pulak pipinya.

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke habis jota2?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang dia pehhh.. main belasah je sebut juta2. Kalau juta2 muka kau dah boleh lawan KimK kot
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Urmphh itu je hasilnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2020 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedut lemak buang parut kos puluh2 ribu.pastu claim flawless sbb produk dia.hampeh
Bisnes xberkat menipu!sebabtu kaya tp xtenteram
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
ko kea scam ni sapie oii tapi aku pulak rasa ngilu baca tebuk potong skru sedut sumbat
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ubahla mcm mana pun, tetap tkleh jd perempuan asli.
Makin lama makin buruk rupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
tetap tak nampak perempuan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.245841 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list