CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 708|Reply: 2

[Tempatan] PENJELASAN. Tiada diskriminasi perangi Covid-19. Seramai 63,743 warga asing buat

[Copy link]
Post time 8-7-2020 11:05 PM | Show all posts |Read mode
Tiada diskriminasi perangi Covid-19
    myMetro>utama
BERNAMA

PADA saat kemuncak jangkitan Covid-19 dalam kalangan pendatang asing di negara ini, sejumlah 207 kes baharu pernah dicatatkan dalam tempoh 24 jam di Malaysia pada 4 Jun lalu.

Semua kes itu membabitkan pendatang asing tanpa izin (Pati) di Depot Tahanan Imigresen.

Dalam kata lain, mereka dijangkiti itu adalah pendatang haram yang masuk ke Malaysia secara tidak sah, namun situasi itu tidak bermakna kelompok ini didiskriminasi atau dilayan secara tidak adil.

Sebaliknya, bermula 25 Mei, kerajaan memutuskan semua Pati positif Covid-19 dihantar ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang yang berfungsi sebagai pusat kuarantin.

Di pusat kuarantin dengan 600 katil itu, mereka yang positif Covid-19 dirawat sehingga sembuh tanpa mengira status dan latar belakang.

Makan minum mereka terjamin, sekalipun kawasan pusat kuarantin dikelilingi kawat berduri bertujuan menghalang kelompok terbabit daripada melarikan diri, dan di sini, mereka adalah pesakit, bukannya tahanan.

Hakikatnya, pihak berkuasa tidak boleh menanggung risiko kelompok terbabit menularkan lagi wabak Covid-19 ke dalam masyarakat, apatah lagi mereka ini tiada dokumentasi dan sukar dikesan kelak.

Sebelum itu, di kawasan dikuat kuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) termasuk di Masjid India dan kawasan sekitar didominasi warga asing, kelompok terbabit dikehendaki menjalani ujian saringan Covid-19.

Seperti lokasi PKPD lain di seluruh negara pada waktu itu, semua pergerakan keluar dan masuk adalah dilarang dan pihak berkuasa polis serta tentera mengawal keadaan.

Bekalan makanan pula dihantar kepada mereka yang berada dalam kawasan PKPD.

"Mereka dilayan sebagai pesakit. Tiada beza layanan antara warganegara atau bukan warganegara," kata Koordinator Pasukan Tindakan dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET), Dr Ahmad Munawar Helmi Salim.

IMARET antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantu Kementerian Kesihatan (KKM) mengendalikan 'medical base' di kawasan Masjid India, termasuk Selangor Mansion dan Malayan Mansion, yang dikuatkuasakan PKPD dari 14 April hingga 4 Mei lalu.

Laporan dokumentari Al Jazeera bertajuk "Locked Up in Malaysia's Lockdown" berdurasi 20 minit 50 saat yang disiarkan 4 Julai lalu, mendakwa berlaku diskriminasi terhadap warga asing daripada segi layanan terhadap mereka ketika Malaysia mengendalikan langkah menangani pandemik Covid-19.

Hakikatnya selepas 29 April, risiko penularan wabak Covid-19 dalam kalangan warga asing amat membimbangkan Malaysia sekalipun jangkitan dalam kalangan warga tempatan semakin menurun.

Risiko penularan dalam kalangan warga asing adalah tinggi kerana kebanyakan kelompok itu menetap di kawasan sesak dan kotor, kata Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatistik) dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman yang dipetik media tempatan sebelum ini.

Perkara itu turut dibimbangi berlaku di Depot Tahanan Imigresen yang padat dengan Pati, sehingga menyaksikan pihak berkuasa mengambil keputusan memindahkan mereka yang positif Covid-19 ke pusat kuarantin MAEPS Serdang.

Sehingga hari ini, 2020, seramai 63,743 warga asing menjalani ujian saringan Covid-19 dengan 2,581 atau empat peratus disahkan positif.

Apa yang pasti, seperti mana ditegaskan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media Covid-19 hari ini, langkah menangani wabak itu dilakukan 'tanpa diskriminasi' tak kira dalam kalangan rakyat tempatan, warga asing atau Pati.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2020 @ 10:49 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2020 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
KAMJAD KANNNN.. Dah tanggung lepas tu menyalak kata ada rasis.. Anjing kita tolong pun ingat pertolongan kita

Tapi babi2 pati dan babi2 pengkhianat dari kalangan NGO dok burukkan malaysia..

DASAR HARAMJADAH.. done carutan

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu la... pasni suruh la kedutaan masing2 urus dorg balik tempat asal....

Dan rakyat malaysia.... jgn nak jd pengkhianat bawa dorg masuk lg...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.059588 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list