CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1165|Reply: 11

[Tempatan] Beza cara kerajaan PN vs kabinet fake degree pulihkan ekonomi. Tempahan hotel mu

  [Copy link]
Post time 9-7-2020 12:56 AM | Show all posts |Read mode
Tempahan hotel mula melonjak


KUALA LUMPUR: Sektor pelancongan kini kembali melonjak dengan tempahan hotel di seluruh negara menunjukkan peningkatan sehingga 30.74 peratus, setakat bulan lalu.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata hotel mula dipenuhi pelancong domestik, sekali gus membantu memulihkan ekonomi negara yang dilanda pandemik COVID-19.

"Kadar tempahan hotel pada Mac lalu ialah 18.29 peratus, dan kemudiannya menurun pada April kerana kemuncak (COVID-19 di Malaysia) 8.86 peratus manakala Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Mei pula 9.63 peratus.

"Tetapi sehingga 30 Jun, (tempahan) melonjak kepada 30.74 peratus. Ini menandakan rakyat kita berani keluar kerana keadaan di negara agak selamat," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pihak kementerian sentiasa bekerjasama dengan pemain industri dalam sektor pelancongan bagi menangani kesan COVID-19.

"Kami sentiasa mengadakan sesi libat urus, berbincang dengan penggiat industri pelancongan dan mereka memberi idea, dan kita guna juga sebagai maklum balas untuk kita serahkan kepada kerajaan," katanya.

Sementara itu, ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi, beliau memaklumkan kementeriannya akan mendapatkan panduan daripada Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar bagi membantu mengenal pasti zon hijau di negara luar yang boleh dilaksanakan langkah gelembung perjalanan.

"Sebagai contoh, kita tidak merujuk negara Australia secara menyeluruh, mungkin Perth sahaja," katanya.

Konsep 'Green Bubble' atau 'laluan hijau' membabitkan pelonggaran sekatan perjalanan antara dua atau lebih negara yang mana jangkitan dan kes tempatan COVID-19 adalah rendah.

Nancy juga berkata, kementeriannya juga akan berbincang dengan syarikat penerbangan bagi tujuan itu. – BERNAMA

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2020 08:42 AM | Show all posts
Alhamdulillah.. banyak perubahan positif..

dulu asal Menteri Kewangan keluar
kat tv takdak lain yang diratibnya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
better pilih kabinet dapur la dr kabinet fake degree ni haa
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 09:26 AM | Show all posts
dah lama duk rumah,sbb tu ramai yg nk kuar bercuti,boleh la tampung balik kerugian mase pkp sebelum ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah...smg ekonomi malaysia dapat recovered balik....slow2 kayuh.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 09:33 AM | Show all posts
Harga hotel pun dah start naik macam normal, dah xada bg promotion macam masa PKP
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2020 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat yakin nk berbelanja
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 9-7-2020 08:42 AM
Alhamdulillah.. banyak perubahan positif..

dulu asal Menteri Kewangan keluar

Padanlah dah ikut sgt style politik dendam Atok....org pilih utk buat perubahan dok ratib pasal hutang, najib, 1mdb, bangkrap....padan muka Atok sendiri yg bagi jatuh.....

Now still nk membontot Atok gak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2020 06:50 PM | Show all posts
Dah boleh rentas negeri sekolah pulak dah nak mula tak lama lagi ramai ambil kesempatan untuk cuti cuti Malaysia bantu industry pelancongan tempatan
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
bvsf06 replied at 9-7-2020 09:33 AM
Harga hotel pun dah start naik macam normal, dah xada bg promotion macam masa PKP

Ye betul...sedih sbb mahal2...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 10:15 PM | Show all posts
mejaputih replied at 9-7-2020 06:52 PM
Ye betul...sedih sbb mahal2...

kannn...
koser la aku nak sapot...
setakat tax rebate seciput tu...
kalau covid msia mcm kat US lom tentu ko boleh meniaga lagi..
dasar tamak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 11-7-2020 10:15 PM
kannn...
koser la aku nak sapot...
setakat tax rebate seciput tu...

Masa pkp ari tu pakat meratib sayu sbb tajde pelancong luar dtg...kita pun support la kan sbb induatri tempatan and seronok tgk harga tawaran ketika itu..bila rakyat tempatan start support mula la back to harga normal..tak koser kia nk support lg...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.121051 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list