CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2042|Reply: 26

[Tempatan] Sindiket Macau Scam perdaya warga emas, 90 tahun. Rugi RM3.83 juta. Tahniah! PD

[Copy link]
Post time 9-7-2020 04:38 PM | Show all posts |Read mode
Sindiket Macau Scam perdaya warga emas 90 tahun tumpas
MUHAMMAD AFHAM RAMLI | | 9 Julai 2020


PETALING JAYA - Kegiatan sekumpulan penjenayah Macau Scam yang menyamar sebagai kakitangan pejabat pos dan polis tumpas selepas lapan lelaki tempatan berusia antara 30 hingga 43 tahun diberkas dalam operasi di sekitar Lembah Klang pada 1 dan 2 Julai lalu.

Kumpulan berkenaan dikatakan memperdaya seorang wanita warga emas berusia 90 tahun hingga mengalami kerugian mencecah RM3.83 juta.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, siasatan mendapati tiga daripada mereka ialah pemilik akaun.

Beliau berkata, polis percaya modus operandi sindiket berkenaan tertumpu kepada golongan warga emas atau individu yang kurang pendedahan mengenai maklumat terkini jenayah siber.

"Siasatan masih dijalankan untuk mengesan penglibatan suspek lain yang masih bebas," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini.

Nik Ezanee berkata, kesemua suspek telah ditahan reman untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Justeru, orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada supaya tidak mudah panik jika menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa sebagai pihak berkuasa.

Terdahulu, pada 30 Jun lalu, Sinar Harian melaporkan mangsa seorang pesara telah menerima panggilan pada 13 April daripada individu tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai kakitangan pejabat pos Malaysia.

Suspek mendakwa terdapat bungkusan yang dihantar dari Ipoh, Perak ke Sabah mengandungi kad pengenalan dan kad ATM mangsa namun mangsa menafikan dakwaan terbabit.

Suspek kemudian telah 'memindahkan' panggilan tersebut kepada seorang lagi suspek yang kononnya pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan mendakwa mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram.

Disebabkan takut, mangsa telah membuat pemindahan wang berjumlah RM3.83 juta ke atas tujuh akaun syarikat berbeza sebelum menyedari dirinya tertipu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2020 04:45 PM | Show all posts
mana muka suspek tu... aku nak hina
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 04:48 PM | Show all posts
senangnya hidup.. aku nak join jadi scammer gak la
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 04:50 PM | Show all posts
sekejapan dapat jota2...  sebab tu ramai nak jadi scammer...  nak2 kat malaysia yang law implementation out sikit...

tapi aku harap lepas ni pihak berkuasa semakin tegas dan tangkas...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Insp Syafikah belum dapàt tangkap lagi ka?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Hrp slh sorg yg scam adik ipar aku tu kena tgkp.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2020 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ha baru nak bertindak..tp better late than never..sng kot polis nk trace no akaun tu..pastu boleh je dptkan rakaman perbualan dari syarikat telekomunikasi kalau kes2 mcm ni..ke skrg dah takde rekod perbualan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana scammer ni boleh tau kekayaan mangsa? Ni mesti ada kaki dlm bank yg bocorkan data ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2020 05:52 PM | Show all posts
kena tangkap

so ade kekosongan jawatan bg sape yg berminat
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 06:52 PM | Show all posts
Baguslah ada juga yang tertangkap akhirnya syabas buat pihak berkuasa
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 07:25 PM | Show all posts
agaknya dah bape juta dorang makan
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat tempatan rupanya. .kenapa tak.tayang muka dan detail peribadi mereka besar besaran. ....biar satu Malaysia tahu
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 07:43 PM | Show all posts
Semoga ditunjuk muka scammer2 ni.. dan disebat sebelum humban dalam penjara.

Walaupun tak pernah kena scam, tapi bila dengar seriau jer.. Sepatutnya boleh jer detect scammer ni bila no. akaun ada nama pemegang akaun tersebut. Adakah bank tak bagi kerjasama/ privacy issue?
Dah kena yg million2 baru dapat tangkap. Yg kena ni millionaire la kan,  vip kah?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo ore luar yg xde rekod msk Msia..yg buat..bg jer ngn rimau kat zoo sinun.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 07:55 PM | Show all posts
Scammer nie semua baik tembak mati jer. Harap2 mak bapak mereka sendiri kena
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 9-7-2020 05:50 PM
Macam mana scammer ni boleh tau kekayaan mangsa? Ni mesti ada kaki dlm bank yg bocorkan data ni.

Betul tu sis
I syak pun org Dalam bank jgk
Sis pun hampir terkena sbb dlm akaun Ada kemasukkan duit tak sempat nak transfer ke akaun lain
Pantas aje scammer ni call
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2020 08:42 PM | Show all posts
8 ditahan tipu warga emas RM3.83 juta
    myMetromutakhir
BERNAMA

LAPAN lelaki dan seorang wanita yang disyaki terbabit sindiket Macau Scam, susulan aduan seorang wanita berumur 90 tahun kerugian mencecah RM3.83 juta Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kesemua suspek berumur 30 hingga 43 tahun itu ditahan sejak awal bulan ini, selepas polis menerima aduan mengenai kes berkenaan pada 28 Jun lalu.

"Sebanyak tujuh akaun syarikat di empat negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Sabah juga dibekukan dengan jumlah RM1.4 juta," katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, kes itu bermula apabila wanita berkenaan menerima panggilan telefon kononnya dari Pos Malaysia mengatakan ada menerima bungkusan mengandungi kad pengenalan dan kad bank miliknya pada April lalu.

"Panggilan berkenaan kemudiannya dipindahkan kepada seorang individu yang menyamar pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dan memberitahu kononnya wanita itu terlibat kes penggubahan wang haram dan akan ditahan," katanya.

Nik Ezanee berkata, wanita berkenaan yang risau dengan situasi itu, kemudian mengikut sahaja arahan suspek untuk membayar sejumlah wang tunai dengan membuat transaksi kepada tujuh akaun syarikat berbeza antara 20 April dan 15 Jun lepas bagi mengelak ditahan.

Beliau berkata, sindiket Macau Scam dilihat sering mensasarkan golongan warga emas atau mereka yang kurang pendedahan mengenai jenayah siber dan menurutnya kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sementara itu, polis menahan lima lelaki dan dua wanita, kesemuanya warga China berumur antara 16-39 tahun kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan judi dalam talian di dua unit kondominium di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, semalam.

Nik Ezanee berkata, siasatan awal mendapati sindiket itu menjalankan kegiatan mempromosi judi dalam talian yang berpusat di Malaysia melalui pautan laman sesawang ziji678.com dengan mensasarkan pelanggan dari China.

"Dalam serbuan pada jam 6 petang itu, polis turut menemui beberapa barangan disyaki digunakan dalam kegiatan judi dalam talian tanpa lesen itu, iaitu sejumlah 18 buah telefon bimbit, sembilan komputer riba, selain wang tunai bernilai RM650, yang dirampas," katanya dan menambah kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka dan Seksyen 6 (1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

Sementara itu Selasa lepas, 13 warganegara China dan seorang warga tempatan ditahan dalam serbuan di beberapa buah rumah di Tropicana Avenue di sini, kerana disyaki menjalankan kegiatan penipuan pelaburan dalam talian membabitkan mata wang kripto.

Menurut Nik Ezanee, kesemua suspek berusia antara 19-36 tahun direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2020 @ 7:11 PM
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
monsterwife replied at 9-7-2020 08:21 PM
Betul tu sis
I syak pun org Dalam bank jgk
Sis pun hampir terkena sbb dlm akaun Ada kemasukkan d ...

Sapa org bank yg buat jahat tu, semoga hidup dia punah ranah, takde nikmat apa pun dari Tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
I pun baru je dapat call dari scammer. Memula call tanya kenal tak nama si polan ni. I habaq tak kenai. Pastu dia bagitau I yang si polan ni buat loan dan guna nama I as emergency contact dia. I macam hah? Kenal pun tak cemana boleh buat emergency contact? I ckp elok2, letak phone.

Esok call lagi, org lain pulak yg call tapi still cakap pasal benda yg sama. Memang mendapat makian lah sapa suruh bodoh sangat nak scam org. I dok tunggu kalau dia call lagi I akan ugut nak saman sebab breach personal data.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak tengok muka scammer yang kacau mak aku tuh..tunjuk skit
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.220203 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list