View: 1522|Reply: 16
|
[Tempatan]
Banduan daftar sebagai pelajar baharu. Buat Sarjana pulak
[Copy link]
|
|
Edited by R2D2 at 9-7-2020 08:21 PM
Banduan lanjutkan pengajian ke peringkat sarjana
| | 9 Julai 2020
NIBONG TEBAL - Meskipun pertama kali 'terkurung' di balik tirai besi sejak tahun 2013 namun ia sudah cukup memberi seribu satu keinsafan buat seorang banduan yang ingin memperbaiki kehidupannya dan rakan senasib.
Seorang banduan berusia 30-an yang dikenali sebagai Epul berkata, mendapat peluang kedua dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana seolah-olah memberi sinaran dan lembaran baharu buat hidupnya.
"Apa yang membuatkan saya nekad melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana ialah tidak lain ingin membantu memulihkan diri sendiri dan juga golongan seperti saya agar menjadi anggota masyarakat yang berguna di masa hadapan," katanya.
Dia berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang akhbar ketika Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu di bawah Program Ijazah Sarjana Mod Penyelidikan Universiti Sains Malaysia (USM), di Penjara Seberang Perai di sini hari ini.
Epul yang berasal dari Kedah itu berkata, bertitik tolak daripada kursus Program Pembimbing Rakan Sebaya yang dihadirinya di Kajang tidak lama dahulu, telah menimbulkan minatnya untuk mengkaji dengan lebih mendalam mengenai kerja-kerja kemasyarakatan sehingga mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di bawah program Sarjana Sains Kemasyarakatan (Antropologi/Sosiologi) di USM.
"Semasa kursus tersebut, banyak input dan ilmu mengenai impak dadah (terhadap persekitaran sekeliling) diperoleh dan merasakan ia merupakan satu cabang ilmu yang perlu diterokai.
"Malah, saya turut memasang cita-cita ingin menjadi pekerja sosial terlatih di samping ingin membuka pusat pemulihan (dadah) sendiri," katanya yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Industri (Kimia), di salah sebuah universiti tempatan di selatan tanah air.
Menceritakan detik hitam hidupnya, ia bermula gara-gara terpengaruh dengan rakan sebaya selain menjadikan filem-filem Barat yang mengisarkan kisah pertembungan budaya dan penyalahgunaan dadah sebagai panduan.
"Sejak remaja saya sudah mula berjinak-jinak dengan penyalahgunaan ganja di mana ketika itu hanya sekadar ingin berseronok sahaja.
"Tidak sangka ia terbawa-bawa ke alam universiti sehinggalah ke alam pekerjaan seterusnya menyeret saya ke tirai besi apabila polis membuat serbuan di kediaman di Kuala Lumpur (awal tahun 2000)," katanya yang pernah bekerja sebagai eksekutif pemasaran di ibu kota tidak lama dahulu.
Epul berkata, dirinya positif dan optimis dalam mencorakkan masa hadapannya kelak agar tidak mengulangi sejarah kelamnya kerana peluang yang diperoleh itu tidak datang dua kali.
"Pihak penjara selama ini banyak memberi sokongan kepada saya malah saya berdoa agar peluang ini dapat saya manfaatkan sebaiknya demi masa depan yang lebih terjamin," katanya yang sudahpun berkeluarga.
Sementara itu, Timbalan Dekan Institut Pengajian Siswazah USM, Profesor Madya Dr Tay Guan Seng berkata, USM sentiasa mengalu-alukan kehadiran pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran tanpa mengira latar belakang seseorang.
"Apa yang penting ialah USM menilai dari segi kelayakan akademik dan seseorang banduan itu perlu mempunyai penyelia yang sesuai untuk program yang dipilih," katanya.
Turut hadir Pengarah Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-Ubatan USM, Profesor Dr B Vicknasingam yang juga selaku penyelia program Program Ijazah Sarjana Mod Penyelidikan USM. - Bernama
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
yeke umor 30an? serbuan awal 2000 time tu dah keje marketing exec. dah macam che ta pulak umor kekal tak bergerak |
|
|
|
|
|
|
|
Baru akak nak kagum, rupanya ko memang budak pandai. |
|
|
|
|
|
|
|
whatever lah dekk. rekod buruk kau tu tetap ada. fresh grad yang tiptop record clean pun payah nak dapat keja sekarang ni so?? |
|
|
|
|
|
|
|
Awal thn 2000 tu mungkin 2003 ke 2004..dah umo 30an tu mungkin 39 tahun.emm |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by makita at 10-7-2020 12:19 AM
Yuran mcmana dia byr? Fokus kt study je la kan |
|
|
|
|
|
|
|
wow i tabik ni
seriously sains kimia USM. bukan calang calang
tak pe , kalau org nak berhijrah , kita bagi second chance, it is good.
sometimes hikmah tersirat tu banyak.
good.
selamat maju jaya, semoga menjadi hamba ALLAH yg soleh dan melakukan amal kebajkan , mendatangkan manfaat. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah....jika ada hati utk ubah diri jd lebih baik..
Bukan senang tp boleh jika kau mahu..
Mungkin akn jd lebih baik dr diri kau yg sebelum ni..
Bravo |
|
|
|
|
|
|
|
glump replied at 9-7-2020 11:50 PM
Awal thn 2000 tu mungkin 2003 ke 2004..dah umo 30an tu mungkin 39 tahun.emm
tahniah sister lulus math |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 10-7-2020 12:22 AM
wow i tabik ni
seriously sains kimia USM. bukan calang calang
rasanya degree sains kimia dia dpt tu bkn dari usm...utm kot
dia nk further study dlm social science di usm |
|
|
|
|
|
|
|
Aminn moga berjaya ya dikk |
|
|
|
|
|
|
|
mesti geng2 fake degree terasa terancam
sana sini claim grad oversea
rupanya fake
sebab tak pandai mana pun
malu nak mengaku |
|
|
|
|
|
|
|
oh yesss...dia alumni UTM ye? okaylah positive vibes...good.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam penjara tak banyak issue nak difikirkan, memang ada banduan mengambil kesempatan sambung belajar atau belajar kemahiran. Nak belajar megaji pun ada ustad membimbing sampai boleh katam berkali-kali.
Ambil kesempatan ni untuk kebaikan/memajukan diri sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Modngengade replied at 10-7-2020 07:14 AM
tahniah sister lulus math
Nie.bukan math tapi bahasa hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus...banduan yg ada potensi boleh contohi dia ni..well done dik |
|
|
|
|
|
|
| |
|