CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1371|Reply: 5

[Tempatan] YouTuber Sugu Pavithra tergamam disapa PM

  [Copy link]
Post time 10-7-2020 03:53 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 9-7-2020 12:03 PM



Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beramah mesra bersama Youtuber Masakan, S Pavithra (dua dari kanan) bersama suaminya M Sugu (kanan) pada Majlis Pelancaran Rukun Negara ke-50 di Putrajaya hari ini. - Foto BERNAMA

YouTuber Sugu Pavithra tergamam disapa PM



KUALA LUMPUR: 'Pavithra, tak masak ke?' tanya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada pasangan YouTuber sensasi, Sugu Pavithra, namun sapaan yang begitu mudah kelihatan amat sukar sekali untuk dibalas kerana terlalu gugup.

S Pavithra yang pertama kali bertemu dengan Perdana Menteri, berkata beliau berasa amat gementar sehingga kehilangan kata-kata.

"Tadi beliau juga tanya saya tak makan ke? Saya terlalu gementar sehingga saya hanya kata ah, ah ya.."

"Perkataan saya tersekat sikit," kata suri rumah berusia 28 tahun itu kepada media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Rukun Negara ke-50 di Putrajaya hari ini.

Menetap di Sungai Siput, Perak, Sugu Pavithra sebelum ini pernah menarik perhatian Perdana Menteri yang turut menghadiahkan mereka tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik serta barangan memasak.


Pasangan YouTuber suami isteri yang menggunakan nama 'Sugu Pavithra' gembira menunjukkan tripod yang diterima dari Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini. - NSTP/Shahrul Hafiz Zam

S Pavithra (kanan) bersama suaminya terkenal dengan video masakan dan kepetahan bertutur dalam bahasa kebangsaan. - Foto BERNAMA

Pavithra anggun berpakaian punjabi hijau dan suaminya, M Sugu berbaju serba hitam menerima jemputan khas menghadiri majlis itu, dilihat melafazkan Rukun Negara dengan penuh semangat ketika ia dibacakan oleh Perdana Menteri.

Pasangan suami isteri itu berkata, Rukun Negara adalah dasar yang mengeratkan perpaduan negara.

Mereka yang terkenal dengan video masakan dan kepetahan bertutur dalam bahasa kebangsaan itu turut berazam untuk menanam semangat Rukun Negara kepada anak-anak yang masih kecil.

"Anak-anak juga belajar ini di sekolah namun di rumah saya cuba menerapkan prinsip itu supaya lebih kuat dalam diri mereka," kata Pavitra. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/709109/youtuber-sugu-pavithra-tergamam-disapa-pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2020 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
nasi biryani kambing pm mintak haritu dah masakkan ke belum?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 02:58 PM | Show all posts
bagi aku dorang ni beruntung.. tak kisah la atas dasar politik ke apa.
yg penting jgn lupa diri dan berdisiplin dgn jalan yg dorang pilih skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahhaa kang ade la yg tu dengki dgn dia dtg nk kutuk netizen....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 06:44 PM | Show all posts
Mesti dia gembira sebab dah dapat jumpa berdepan cantik warna baju punjabinya tu kena dengan warna face mask.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai gak haters dia, Yindia paling ramai tapi melayu pun ada, mungkin diorang failed youtubers.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.057730 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list