CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3902|Reply: 36

[Jenayah] Lagi kes acik gomen 'dikebas' RM112,000 oleh 'kekasih' Amerika dan pesara (gomen

  [Copy link]
Post time 11-7-2020 02:09 PM | Show all posts |Read mode
Kekasih dari Amerika Syarikat 'kebas' RM112,000
MyMetro Mutakhir


GAMBAR hiasan

Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my


WANITA berusia 37 tahun yang dijanjikan untuk berkahwin dengan tentera Amerika Syarikat terpaksa berputih mata selepas kerugian RM112,000 kerana diperdaya sindiket Love Scam.

Mangsa yang juga kakitangan kerajaan itu dilapor berkenalan dengan 'kekasih gelapnya' sejak Mei lalu dan wang berkenaan diserahkannya kepada suspek untuk urusan pernikahan mereka.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa berkenalan dengan lelaki terbabit di aplikasi Telegram awal bulan Mei lalu.

Katanya, hubungan mangsa dengan suspek yang mendakwa dirinya sebagai seorang tentera di Amerika Syarikat itu semakin intim dan mereka merancang mahu berkahwin.

"Mangsa bercinta dengan suspek tanpa mengesyaki apa-apa dan teruja apabila kekasihnya memberitahu mahu ke Malaysia dan mengahwininya.

"Suspek bagaimanapun meminta wang daripada mangsa sebanyak RM65,000 sebagai perbelanjaan perjalanan dari Amerika Syarikat ke Malaysia dan juga sebagai wang persediaan perkahwinan mereka.

"Mangsa memasukkan wang itu ke dalam akaun yang diberi namun suspek memberitahu bahawa perjalanan pada musim Covid-19 memerlukannya perlindungan insurans.

"Wanita itu kemudiannya membuat pinjaman peribadi sebanyak RM47,000 dan apabila lulus, dia memberi kepada suspek," katanya.

Katanya, didapati sebanyak 17 transaksi pindahan wang dilakukan mangsa ke dalam akaun bank berjumlah RM112,000 kepada suspek.

Noorzainy berkata, mangsa yang kemudian menyedari sudah ditipu dia membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dalam perkembangan lain, pesara kerajaan di Kepala Batas kerugian RM21,985 dipercayai terpedaya dengan sindiket penipuan 'Phone Scam', semalam.

Lelaki berusia 63 tahun itu dikatakan menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki mendakwa dari Bank Negara Malaysia.

"Suspek mendakwa terdapat penggunaan kad kredit milik mangsa sebelum mengarahkan dia (mangsa) memberi nombor TAC yang diterima bagi tujuan semakan pihak bank.

"Curiga dengan suspek, mangsa kemudian membuat semakan dengan bank dan mendapati kad kredit miliknya dicaj sebanyak RM21,985 yang dipindahkan ke akaun Big Pay (e-wallet)," katanya.

Menyedari ditipu, Noorzainy berkata, mangsa tampil membuat laporan di balai polis dan kes berkenaan juga disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2020 @ 1:04 PM


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2020 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Mei tahun lalu ke mei tahun ni berkenalan tu? Banyak tul duit smpi ratus2 ribu

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 03:32 PM | Show all posts
Seminggu sekali atau hampir setiap hari mesti ada kes orang kena scam
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian.
Kesunyian sgt ni. Nk kawen ngan mat saleh.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian, desperate nak kawen sampai kena tipu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 05:01 PM | Show all posts
banyak betul duit dia...
btw jangan risau... mamasab kan ada...
jadi la dropship dulu lepastu bila sales dah cecah berbillion insyaallah boleh dapat duit yang hilang tu... takde customer? jangan risau! agen beli sesama agen

trust the process... mamasab warrior the best
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2020 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
orang gomen kena tipu tak apa kot..
pencen kan ada..
kata pencen berganda dari gaji pokok
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 05:31 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 11-7-2020 05:01 PM
banyak betul duit dia...
btw jangan risau... mamasab kan ada...
jadi la dropship dulu lepastu bila ...

Sedap ke kek mamasab tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2020 05:32 PM | Show all posts
Byk gila kes mcm ni. X pernah jumpa pun berani nk transfer duit byk2.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 05:33 PM | Show all posts

iols ada review kek ni... tak sedap soo sorry ya jangan founder saman iolsss kerana berkata benar
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 05:39 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 11-7-2020 05:33 PM
iols ada review kek ni... tak sedap  soo sorry ya jangan founder saman iolsss kerana berkata ben ...

Overrated la. Nyaris nk beli. Tp mcm x nk beli. Rupanya x sedap yooooo.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk pulak kes kena tipu dgn scammer ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
X paham la aku, knp org puan plak nak kena keluar duit bila nak menikah, tanggung ticket kapaiterbang? Jadah... Tpt lap kaki ja

Sendiri x reti jaga diri, sendiri memurahkan diri, Ms bcinta msti rs bangga yakmat, nak dpt laki matsalih keja army lg kan... Mendapat lah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaflh tp knp mcm bodoh sgt je..sng2 tertipu ni acik2......
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
bedahdavas replied at 11-7-2020 05:31 PM
Sedap ke kek mamasab tu?

Tak sedap haha
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Siap pulak buat personal loan 47k. Astagaa mesti meluat akak ni nk baya loan nti ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2020 06:31 PM | Show all posts
korg ada tau x... mamat yg nama Hazman Halid or Double H.. yg ckp diri dia mangsa makian sbb geng scammer guna muka dia.. iolsss tgok muka dia... urghhhh myampah. dah laa braggin about his lifestyles & then suka cyberbullying org dlm FB Double H tu.. org tak sentuh hal dia pon boleh dia viral... perangai gay sgt
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 11-7-2020 05:01 PM
banyak betul duit dia...
btw jangan risau... mamasab kan ada...
jadi la dropship dulu lepastu bila ...

Hahaha kaka duda ni hebat bongkar rasia kekayaan mamasab.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 11-7-2020 03:03 PM
Mei tahun lalu ke mei tahun ni berkenalan tu? Banyak tul duit smpi ratus2 ribu

Buat loan bank rakyat huda  .....jap je approved...acik keja gomen kannn
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 11-7-2020 05:55 PM
X paham la aku, knp org puan plak nak kena keluar duit bila nak menikah, tanggung ticket kapaiterban ...

Acik tu dah bygkn, kwin dgn omputeh....mesti bangga nya ....kpd kekwn yg masih andartu, dia flip hair & kata...kau hado?.......
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.143140 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list