CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1382|Reply: 12

[Tempatan] 3 rahsia kekal sihat Tun M.Antaranya berhenti mkn sblm kenyang.Tapi 95 dah bila

  [Copy link]
Post time 12-7-2020 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 12-7-2020 11:46 AM

Genap 95 tahun usia bekas Perdana Menteri Malaysia dan juga negarawan ulung negara, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Walaupun Tun Dr Mahathir atau kini mesra disapa dengan panggilan Tun M sudah berusia 95 tahun, namun beliau dilihat masih lagi kekal aktif dan mempunyai daya fikir dan ingatan yang tajam. Penulis sendiri yang umur belum mencecah 40-an pun kadang kalanya simpan barang pun boleh lupa.

Letak tempat lain cari tempat lain, ini kan pula nak ingat semua perkara yang berlaku dalam dunia apatah lagi setiap perincian berkenaan negara. Hebat Tun M bukan?

Agaknya apa petua dan rahsia yang diamalkan beliau sehingga ke hari ini?

Amalan Tun M kekal sihat menurutnya, rahsia yang diamalkan ialah harus sentiasa mengamalkan cara hidup sihat dengan :-

Tidak menghisap rokok
Tidak minum arak
Tidak makan terlalu banyak

“Tiga amalan TIDAK ini yang saya amalkan.

“Dalam soal penjagaan makanan perlu juga dititikberatkan seperti pastikan berhenti sebelum kenyang kerana jika tidak beringat maka perut pun mudah jadi besar,” katanya ketika ditemu bual wartawan Sinar Harian.

Tun M juga turut nasihati orang ramai supaya menjaga jantung masing-masing kerana ia merupakan organ penting dalam tubuh badan.

“Jantung bekerja sepanjang masa, dari dalam rahim lagi hingga akhir hayat kita, jadi ingat-ingatlah sikit dan janganlah bagi ia kerja banyak.

“Bila badan kecil, jantung berupaya bekerja dengan mudah untuk mengepam darah ke seluruh tubuh, tapi bila badan besar, organ tersebut perlu bekerja dengan lebih kuat lagi,” katanya.

Tun M juga turut berkongsi petua yang diberikan oleh ibunya satu ketika dahulu.

“Ibu saya kata, ketika tengah seronok makan, berhenti. Apabila kita biasakan diri dengan tabiat ini, ia akan menjadi lebih mudah.

“Sebab itu, seluar yang saya beli 40 tahun dahulu masih lagi muat,” tambahnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2020 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Mukriz..Mirzan...Mohkzani...dan Datin Paduka dah cukup bekalan harta dan duit untuk cucu mereka nanti jua cicit Tun.

Dah lah Tun....cari la bekal untuk alam sana..

Bersara la dengan tenang....Tun dah buat apa yg terbaik buat negara.... yang terakhir jasa Tun adalah tidak membiarkan Anwar Ibrahim menjadi PM. Tun telah elakkan negara dari jatuh dan runtuh jika Anwar dan Parti DAP ( parti Komunis Malaya versi 2020) memerintah.

Bersara la Tun.....biarkan Tan Sri aman aman mentadbir negara dan mengasuh pelapis baru untuk mentadbir negara di masa depan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 12-7-2020 12:24 PM
Mukriz..Mirzan...Mohkzani...dan Datin Paduka dah cukup bekalan harta dan duit untuk cucu mereka nant ...

Good one, bro! I can't agree more
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Berhenti mkn sblm kenyang??kalau selain makanan ade bhenti gak ke sblm "kenyang"??
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuma atok fossil puaka tak 'kenyang'2 lagi gila kuasa nak jadi PM dan mengkayakan anak cucu cicit...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Serius... ni kenyataan paling lawak aku baca hari ni. Orang tua yang tak reti2 'kenyang' ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2020 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sebab mengapa raja raja monarki (mana-mana negara) akan memerintah sampai akhir hayat mereka. Sekali mereka merasai betapa nikmatnya kuasa, mereka nak berkuasa sampai bila-bila.

Sebab itulah bila raja-raja ni turun takhta dan serah pada anaknya, mereka akan duduk berasingan daripada dunia luar serta tak nak bercampur dengan pemerintahan lagi. Mereka tak nak terpengaruh dengan nikmat kuasa lagi. Kalau tak, mereka akan kritik pemerintah baru dan buat penggulingan kuasa untuk memerintah semula.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
“Bila badan kecil, jantung berupaya bekerja dengan mudah untuk mengepam darah ke seluruh tubuh, tapi bila badan besar, organ tersebut perlu bekerja dengan lebih kuat lagi,” katanya."


Jadinya marilah kita semua mengecilkan badan ......

Alah Tun ni...ajal maut tu tiada siapa boleh kontrol. ..kita cuma boleh kontrol kesihatan kita dengan cara hidup dan cara makan kita. ...boleh ke kita ubah tarikh kematian kita. ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2020 04:51 PM | Show all posts
Cita cita untuk menjadi PM9 tu yang membuatkan dia maaih sihat dan cergas di 95!
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 12-7-2020 04:41 PM
“Bila badan kecil, jantung berupaya bekerja dengan mudah untuk mengepam darah ke seluruh tubuh, tap ...

Ada ke tun kata itu petua dia pjg umur / lambat mati ? Sah2 dia kata itu petua sihat. Org sihat pun boleh mati eksiden mati terbakar etc. Apooo ko merepek
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
fff_cat replied at 12-7-2020 01:40 PM
Serius... ni kenyataan paling lawak aku baca hari ni. Orang tua yang tak reti2 'kenyang' ni

Celah mana yg lawak ?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 09:50 PM | Show all posts
perhaps another tips of cara hidup sihat is ..

it's always someone else's fault..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 12-7-2020 12:24 PM
Mukriz..Mirzan...Mohkzani...dan Datin Paduka dah cukup bekalan harta dan duit untuk cucu mereka nant ...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.069522 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list