View: 8083|Reply: 108
|
[Tempatan]
KEMUNGKINAN penjawat awam akan terus kerja dari rumah. Cadangan elaun khas sebab
[Copy link]
|
|
Edited by R2D2 at 12-7-2020 11:02 PM
CUEPACS cadang kerajaan beri elaun khas
KUALA LUMPUR: CUEPACS mencadangkan supaya kerajaan memberi elaun khas kepada penjawat awam bagi menanggung sebahagian daripada kos utiliti kediaman mereka jika pelaksanaan mod bekerja dari rumah diteruskan.
Presidennya, Adnan Mat berkata, pelaksanaan konsep bekerja dari rumah membolehkan kerajaan menjimatkan kos utiliti kerana kehadiran penjawat awam di pejabat berkurangan.
"CUEPACS menyokong penuh jika kerajaan berhasrat meneruskan pelaksanaan bekerja dari rumah kerana ia satu perkembangan yang baik dalam meningkatkan mutu perkhidmatan awam di Malaysia.
"Dalam hal ini, perkhidmatan awam di Malaysia bertuah kerana berjaya mengaplikasikan konsep ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu," katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Beliau berkata, walaupun ada kelemahan dalam pelaksanaan konsep berkenaan, ia boleh ditambah baik pada masa akan datang.
"Bekerja dari rumah adalah normal baharu yang boleh diamalkan dalam sektor pekerjaan termasuk swasta. Bukan sahaja dari sudut keselamatan dan kebajikan pekerja, malah memberi kebaikan kepada majikan sendiri," katanya.
Adnan bagaimanapun menegaskan, pelaksanaan bekerja dari rumah tidak boleh dilakukan tergesa-gesa bagi mengelakkannya memberi impak dan persepsi negatif kepada penjawat awam serta perkhidmatan kerajaan.
Kerajaan, katanya, perlu menentukan atau mengkaji terlebih dahulu kesesuaian sektor yang boleh melaksanakan konsep bekerja seperti itu sebelum diperluaskan ke sektor lain dalam perkhidmatan awam.
"Sebagai contoh, kerja yang sesuai dilaksanakan dari rumah mestilah perkhidmatan yang tidak memerlukan kakitangan berhadapan dengan pelanggan. Jika jabatan terbabit memerlukan kakitangan berurusan dengan pelanggan secara langsung, maka konsep ini tidak sesuai.
"Implikasi lain yang perlu diberi perhatian adalah integriti penjawat awam. Jika tugas itu membabitkan maklumat rahsia kerajaan atau perolehan kewangan, sudah tentu ia berisiko untuk dilaksanakan jika bekerja dari rumah," katanya.
Adnan turut mengingatkan ketua jabatan supaya akur dan memainkan peranan dalam menguruskan sumber manusia jika pelaksanaan konsep bekerja dari rumah diteruskan selepas ini.
"Sekiranya konsep bekerja dari rumah dilaksanakan kelak, ketua jabatan perlu bersedia untuk menerimanya dengan sebaik mungkin.
"Jika kakitangan bekerja dari rumah, jangan pula ada ketua jabatan mengeluarkan arahan meminta kakitangan terbabit hadir ke pejabat hanya untuk mereka menunjukkan kehadiran semata-mata," katanya. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Menangguk di air keruh sungguh no kupek ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Stupid lah cuepacs. Punyalah byk yg wfh ni boleh save duit, duit minyak xde dah. Silap boleh buat biz dari rumah. Bodoh forever. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang kat opis pun kerja sambil mengunyah. ..kat rumah boleh kerja sambil baring atas katil ...kerja 5 minit...tidur 30 minit. ..hamponnn. ..
Kang ada kata aku dengki.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tu ajelah kejanya..
Lepas ni bonus penjawat awam yg wfh..beza dgn keja pejabat plak.
Elaun lain..skop keja lain...dll.
Ermmm.... |
|
|
|
|
|
|
|
hmm pada i tak payahlah , sebab now dah ramai ke pejabat dan yg wfh tu pun dalam 5 days 2 hari depa pi pejabat
buat tambah keje la. so tak payah ah cuepacs. right now biar kerajaan guna wang ni untuk support yg terkesan. pada i lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya tidak perlu sampai pemberin elaun kerana jika kerja daripada rumah banyak masa terluang bersama keluarga and rasanya jam yang kita bekerja pun x sampai 12 jam |
|
|
|
|
|
|
|
Knowlee replied at 12-7-2020 04:24 PM
haaaa... memang pun...
Korang staf perempuan yang selalu mengunyah2, kan? Tu sebab keyboard pc korang penuh dengan serdak biskut, kerepek dll. Mouse korang pun dah berkilat dek dihakis minyak pada jari korang. Haha.... |
|
|
|
|
|
|
|
sorry sikit ye... meja i bersih, no food. nak makan baru beli. no kunyah kunyah. air kosong saja ada.
|
|
|
|
|
|
|
|
Knowlee replied at 12-7-2020 04:47 PM
sorry sikit ye... meja i bersih, no food. nak makan baru beli. no kunyah kunyah. air kosong saja a ...
Wahhh. Baguslah begitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ade lagi ke yg wfh? Ingatkan semua orang dah keje macam biase.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wfh mmg ptt dipraktikkan pon, kurg sikit jem kt jln. Tp smpai mintak elaun, melampau. Expenses minyak xguna tu guna la baya utility. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm tak perlu je elaun wfh. Ni nampak sgt ambil kesempatan.
Korang tak bersyukur ke kalau korang wfh korang dah jimat masa travel, duit minyak, duit toll, lunch kat kedai semua tu. Duit yg korang jimat tu buat la ganti untuk bayar letrik korang guna laptop / internet data utk buat kerja ofis. Actually tak byk pun penggunaan letrik even kalau korang on dari pagi sampai petang. Kalau kedekut sgt off la kejap switch tu bila bateri dah fully charge. Kalau aircond tu takyah ngengada sgt la nak on 24 jam sama mcm kat ofis. Tak pernah lagi dengar ada org mati kepanasan dlm rumah sebab takde aircond. Kipas angin pun dah cukup. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg dah kena pi opis pun.
Yg WFH ni kalau OKU, kena jaga anak 12 tahun ke bawah (masa time tak masuk sekolah lagi) dan beberapa kriteria lain yg dirasakan penjawat awam tu perlu WFH.
Tp bg aku, aku tak mau dah WFH.
Baik gi buat keja di opis.
Jimat skit duit bil api aku. Dulu WFH, buka aircon hampir 12jam setiap hari. Dah kena bayaq extra bil api pulak.
Di opis, bil api air semua ditanggung beres oleh raykat malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
|
biskutraya replied at 12-7-2020 05:02 PM
Ade lagi ke yg wfh? Ingatkan semua orang dah keje macam biase..
Ada je company yg allow staff dia wfh sampai hujung tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
Korang ni kenapaaaaalah.
Bawak2 la bersyukur, masih ada kerja.
Nak mintak itu, mintak ini. Apoooo.
Banyak songeh.
|
|
|
|
|
|
|
|
misc replied at 12-7-2020 05:17 PM
Ada je company yg allow staff dia wfh sampai hujung tahun.
Untunglah orang tu. Hihi..... |
|
|
|
|
|
|
|
Kopek. Bullshit punya cadangan |
|
|
|
|
|
|
|
insulin replied at 12-7-2020 04:42 PM
Korang staf perempuan yang selalu mengunyah2, kan? Tu sebab keyboard pc korang penuh dengan serdak ...
Pengotornya jenis makan sampai serdak2 masuk keyboard.
Mouse berkilat? Mesti lepas makan tak reti nak basuh tangan dulu pastu sambung kerja. |
|
|
|
|
|
|
| |
|