CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2189|Reply: 18

[Tempatan] Rumah sewa dibiarkan berulat, bersepah sejak PKP. Malang dapat rakan serumah spe

[Copy link]
Post time 12-7-2020 11:40 PM | Show all posts |Read mode
Rakan penyewa tinggal rumah berulat, bersepah
    myMetro>utama
Rosyahaida Abdullah




"SAYA tidak berniat mengaibkan sesiapa tetapi tindakannya meninggalkan rumah dalam keadaan berulat dengan bau busuk umpama bangkai membuatkan kami sangat marah," kata Norazirah Buang, 29.

Dia menceritakan insiden rumah sewa yang ditinggalkannya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu dipenuhi ulat dan tikus sebaik dia kembali ke rumah itu minggu lalu.

Menurutnya, semuanya berpunca daripada seorang daripada teman serumahnya yang dipercayai tidak menguruskan rumah dengan baik termasuk membiarkan baki makanan tidak dibuang hinggakan keadaan rumah menjadi sangat teruk.

Katanya, penuntut tahun akhir Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pendidikan Psikologi di sebuah universiti, bilik yang didiami penyewa terbabit juga bersepah dengan barangan mekap terpakai bertaburan di lantai serta bawah katil.

"Susulan PKP berakhir dan pihak universiti juga mula beroperasi secara berperingkat, saya putuskan untuk pulang semula ke rumah sewa di Serdang dan maklumkan pada penyewa terbabit menerusi WhatsApp.

"Rupa-rupanya, sebelum saya pulang, dia terus maklumkan pada pemilik rumah sewa kami yang dia ingin keluar rumah serta-merta, mungkin dia bimbang terserempak dengan saya.

"Pemilik terus mencari pengganti dan sehari sebelum saya pulang, pengganti itu beritahu dia menunggu saya pulang untuk kemas rumah bersama-sama," katanya.

Norazirah berkata, dia tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka kemas rumah yang dimaksudkan pengganti penyewa itu sekadar untuk pindah masuk rumah seperti kebiasaan.

Bagaimanapun, katanya, apabila pintu rumah dibuka sebaik tiba dari kampung di Melaka, bau busuk mula menusuk ke hidung dengan ulat sudah boleh dilihat secara jelas khususnya di dapur.

"Allah saja yang tahu betapa busuknya rumah kami ketika itu. Selain peti sejuk dipenuhi ulat, terdapat juga tikus.

"Bukan itu saja, almari dapur dan dan pintu bilik juga dirosakkan tikus. Bukan pintu bilik dia saja tetapi pintu bilik saya dan seorang lagi penyewa.

"Mungkin disebabkan tergesa-gesa, barang yang ditinggalkannya sangat banyak. Mungkin juga dia sendiri geli untuk ambil barangnya.

"Ketika itu barulah saya faham kenapa penyewa baru yang menggantikannya menunggu saya pulang untuk berpindah masuk, mujur juga dia masih sudi masuk dalam keadaan rumah sebegitu," katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi hari ini.

Menurut Norazirah lagi, susulan perkongsiannya di media sosial tular beberapa hari lalu, dia mengakui meminta ihsan warganet untuk membantunya membeli barang dan perkakasan yang sudah rosak di rumah itu.

Katanya, ia hanyalah bertujuan membantu pemilik rumah sewa yang terlalu baik baginya dalam menyediakan semua keperluan terbabit buat penyewa.

"Sejujurnya, kami cuma membayar sewa kami RM450 sebulan sedangkan rata-rata rumah lain di kawasan ini mengenakan sewa RM800 malah ada yang lebih lagi.

"Pemilik rumah sewa kami adalah seorang warga emas. Dia sanggup sewakan pada kadar serendah itu kerana dia cuma mahukan duit sewa yang cukup untuk dirinya dan pada masa sama tidak membebankan penyewa.

"Saya berasa cukup bersalah apabila pada usianya 70 tahun, dia turut membantu kami menurunkan 10 plastik sampah dipenuhi barangan penyewa lama itu ke bawah untuk dibuang.

"Di manalah hati dan fikiran penyewa lama sehingga tergamak lepas tangan begini. Kalaupun dia sudah merosakkan seluruh rumah seperti ini, bertanggungjawablah. Kemas dulu sebelum tinggalkan rumah," katanya.

Dia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kata-kata positif malah sudi menghulurkan wang ringgit untuk membolehkannya menggantikan barangan yang sudah rosak di rumah itu.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada individu yang menyumbangkan cat malah ada seorang doktor pakar di Hospital Serdang memberi periuk nasi, pengisar, pemanas air dan dapur gas untuk kami," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2020 @ 9:55 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2020 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusia pemalas mcm ni.. Hailahhhhh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2020 11:45 PM | Show all posts
sarah82 replied at 12-7-2020 11:43 PM
Manusia pemalas mcm ni.. Hailahhhhh..

kesimpulannya sarah
ko kena cari rakan serumah yg ngam ketika ko keluar rumah uruskan atok-atok sekalian


Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 12-7-2020 11:45 PM
kesimpulannya sarah
ko kena cari rakan serumah yg ngam ketika ko keluar rumah uruskan atok-atok s ...

Rumah arwah tok aku menunggu dgn setia.. Hahaha.. Mampos.. 3-4 tahun x duduk.. Sah2 jin2 kamjad bermaharajalela kat rumah tu.

Aku pernah kena housemate mcm ni.. Stress.. Aku lap dapur bersih esk penuh balik..aku cuci dapur bersih.. Esk penuh balik.. Jadi aku biarkan dapur tu.. 1 tahun okey.. 1 tahun pinggan dan belanga tak basuh biar dlm sinki.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik xde experience housemate pengotor plus pemalas
Cuma paling teruk pun dpt housemt bdk baru grad br dpt kje, pastu kje nye simpan lebihan mknn dlm peti ais. Pastu sampai kesudah dia x tgk dah mknn tu. Kita plak kne buangkn mknn dia.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 06:44 AM | Show all posts
tu belum lg kes bela haiwan jadi tebusan dalam bilik...sekali buka pintu semerbak keluar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2020 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
I dulu masa bljr dpt hsemate yg hobinya sikit2 nak menyapu..sikit2 nak mengemop..
Pembersih ya hamat...naik runsing la pulak..
Nama nya Linda...tabiat dibawa sampai dah kawin...mesti laki dia plk runsing skrg ni..hahaha
Roommate pulak jenis jenis suka bergedup dlm gelap..
Langsir tu pantang I selak..
Haila manusia..mcm2 perangai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2020 07:04 AM | Show all posts
tu sebab ada sesetengah prefer sewa sorang shj
ada jugak prefer sewa apartment studio
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2020 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah je masa student dulu aku menyewa kat satu rumah ni, ada group ni suka memasak hari2. 2-3 minggu sekali mesti ada larva merayap2 kat lantai dapur. Sampai sekarang aku fobia dgn larva tu. Meremang tgk. Kejap je pastu aku menyewa rumah lain wpun jauh sikit dari u aku.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
babi punya lahanat. elok ko duduk dalam kandang babi je lah senang
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Time blaja, macam2 peel housemate..alangkah seronoknya kalau dulu dapat housemate yang best, hati pun senang nak belajar.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 08:11 AM | Show all posts
kalau dah dari muda macam ni
sampai tua lah jadi pemalas..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 08:25 AM | Show all posts
masa iols dok umah sewa letak kalendar kat dapur setiap selasa iols buat giliran mingguan  org buang sampah....bertugas dari selasa pagi bawa ke isnin petang sbb kalau smpi Ahad ada yg balik kampung laa tader rumah ler nanti smpah busuk camner..ada 4/5 org turn buang sampah jumpa sebulan sekali

so kalau ramai buat sampah /masak minggu tu wutever it is kalau dah turn ko buang ler maybe jadi beberapa kali dalam duration tu...kalau dah turn ko mmg kurang sampah pun buang untung ler....

bilik memasing kemas memasing, ruang tamu volunteer jer....then peti ais je iols geram sejenis nyumbat jer, ada sekali tu ada sorang nak niaga frozen food disumbatnya sebanyak2 benda smpi kita takleh letak barang masak dan air batu..aku sound kan ajer..kaalu nak niaga beli laa freezer sendiri pe hal ko guna freezer umah (masa tu peti ais aku) ....skang aku dah dok sorang malas dh melalui fasa zaman2 berhousemate sbb aku pun tak sempurna selalu tak puas hati dengan org dan mungkin org lain juga pada aku.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 08:31 AM | Show all posts
diasrama ada almari sorang satu
yg dia punya didalam tu  kucing  boleh beranak
baju dah pakai dia main campak je dlm almari dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 10:36 AM | Show all posts
senang budak zaman ni..
apa-apa minta derma..
dapat dah hidup selesa tak payah usaha..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 11:22 AM | Show all posts
betina hijabista mana ni??? aku pantang btl pengotor mcm nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2020 05:17 PM | Show all posts
jerukkedondong replied at 13-7-2020 06:52 AM
I dulu masa bljr dpt hsemate yg hobinya sikit2 nak menyapu..sikit2 nak mengemop..
Pembersih ya hama ...

Haa... yang terlebih rajin menyapu, mengemop tu suami Ngah.  Kita pulak naik rimas, kita dah hidang makanan dia masih nak menyapu, tak ke naik habuk.  Tengah makan, air tumpah pun sibuk nak mop, boleh aje lap pakai kain.  Kalau Ngah, biar aje sampai habis makan, baru lap semua.
Sabar ajelah dapat roommate macam tu.

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 05:30 PM | Show all posts
ikutkan tweet adik ni,

si jahanam pengotor tu seorang yang cantik bergaya, keluar selalu kemaskan diri...

malanglah sesiapa yang beristerikan betina macam ni..




Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 05:54 PM | Show all posts
~boolean replied at 13-7-2020 05:30 PM
ikutkan tweet adik ni,

si jahanam pengotor tu seorang yang cantik bergaya, keluar selalu kemaska ...

cerita biasa
hijabista tapi pengotor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.431592 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list