CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1214|Reply: 9

[Tempatan] Budak enam tahun terperangkap dalam MPV Grand Livina

[Copy link]
Post time 12-7-2020 11:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 13-7-2020 07:03 AM

Budak enam tahun terperangkap dalam kereta
ZULHISHAM ISAHAK | | 12 Julai 2020


JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak berusia enam tahun terperangkap dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) semasa ditinggalkan ibunya yang pergi ke rumah jirannya di Bandar Baru Uda di sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 6.21 petang, Mohd Adam Asyraf Mohd Hamizan ditinggalkan seorang diri dalam keadaan enjin MPV Toyota Grand Livina berkenaan masih hidup.

Apabila ibunya kembali mendapati kanak-kanak tersebut sedang tidur dan pintu MPV tersebut sudah berkunci secara automatik dari dalam.

Orang awam cuba membantu dengan mengetuk cermin kereta bagi menyedarkan mangsa namun tidak disedari sebelum menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin untuk bantuan.

Seramai 11 anggota dari BBP Larkin dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT), sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dikejarkan ke tempat kejadian.

Ketua Operasinya, Penguasa Bomba Kanan II Ahmad Nazran Omar berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira lima minit untuk membuka pintu dengan menggunakan peralatan khas.

"Kanak-kanak itu telah terperangkap selama kira-kira 30 minit. Kanak-kanak tersebut selamat dan operasi tamat pada jam 6.41 petang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2020 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak ni tido mati sungguh.. Mak dia mesti rasa bersalah sangat
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_Arwen at 13-7-2020 02:04 AM

Grand livina ni under nissan la...bukan toyota...

reporter zaman skrg main tulis jer..

Walaupun byk sudah kes anak terperangkap dlm kereta, kenapa la masih ada parents yg tak ambil pengajaran.


Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 05:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejak bila Toyolta ada Grand Livina ???  Napa BODOH BANGANG BAHLOL TONGONG sangat? Tu lah akibat banyak nau tabor pitnah  
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 05:09 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_Arwen replied at 13-7-2020 01:57 AM
Grand livina ni under nissan la...bukan toyota...

reporter zaman skrg main tulis jer..

Si pembuat tered pun main ikot aje
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 09:53 AM | Show all posts
Edited by mdhelmi at 13-7-2020 09:55 AM
pyropura replied at 13-7-2020 05:08 AM
Sejak bila Toyolta ada Grand Livina ???  Napa BODOH BANGANG BAHLOL TONGONG sangat? Tu lah akibat ban ...

maafkanlah tt
sebenarnya toyota stream
berbalik pada topik
ntah2 sbnrnya pasal sorg mak ni tak boleh balik sbb pintu kereta terkunci
anak tu elok je ikut maknya turun amik bubur lambok kat jiran
reporter saje buat gempak je kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2020 10:00 AM | Show all posts
alahai ... nasib baik selamat
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
See.. kualiti reporter sekarang.. ikut sedap dia saja nak tulis apa... Toyota Grand Livina
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2020 10:39 AM | Show all posts
toyota grand livina
reputs zaman sekarang..
asal ada story jah boleh publish..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 11:36 AM | Show all posts
mak hanat ape tgal anak 30 minit sorang2 mcm tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.789065 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list