CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1520|Reply: 10

[Dunia] 'Saya amat kagum Malaysia mengendalikan Covid-19' - Mr. Darren

[Copy link]
Post time 13-7-2020 12:02 AM | Show all posts |Read mode
'Saya amat kagum Malaysia mengendalikan Covid-19'
MyMetro Mutakhir

- gambar belum boleh ditepek -
Darren ketika bercerita mengenai pengalamannya terkandas di Malaysia ketika PKP di saluran Youtube miliknya hari ini.

BERNAMA

DI sebalik tuduhan negatif terhadap pihak berkuasa Malaysia kononnya menganiaya rakyat asing ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memutuskan rantaian Covid-19, beberapa warga asing melihat sisi positif dan memuji tindakan pihak berkuasa membendung virus maut itu.

Seorang daripadanya, usahawan dalam talian dan YouTuber dari United Kingdom (UK), Darren Cronian melalui salurannya (Remote Darren) apabila memberikan komen mengenai inisiatif Malaysia dan kerajaan, dalam menangani krisis itu.

Menerusi video lapan minit yang dimuat naik, Cronian berkongsi pengalamannya ketika terkandas di Malaysia hampir 11 minggu, bersendirian dalam apartmennya berdepan pandemik itu di negara asing.

Video Cronian mencatat hampir 13,000 tontonan dalam tempoh enam jam sejak dia memuat naik di YouTube.

Videonya turut dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook hari ini.

Menurut lelaki Inggeris berusia 46 tahun itu, beliau kagum bagaimana pihak berkuasa tempatan mengendalikan situasi itu dengan melaksanakan PKP di negeri berbeza dan mengurangkan pergerakan rakyat.

"Apabila saya melihat Malaysia melaksanakan tindakan, sedangkan UK perniagaannya masih dibuka, saya buat keputusan, saya kuatkan semangat (komited) tinggal di sini untuk menempuhnya, tanpa mengira berapa lama masa yang diambil.

"Saya katakan, saya amat kagum bagaimana Malaysia mengendalikan COVID-19 apabila terus melaksanakan tindakan, menguatkuasakan PKP, memastikan orang ramai tidak membuat pergerakan dan hanya boleh keluar untuk membeli makanan dan barangan keperluan," katanya.

Cronian juga mengakui tidak bagus untuk melihat imej sesetengah kawasan kejiranan di kelilingi dawai berduri tetapi ia perlu dilakukan, kerana Malaysia mempunyai kepimpinan yang baik dan Kementerian Kesihatan mengendalikan masalah itu dengan sangat baik.

Beliau berkata, dia tidak memberi tumpuan dari sudut politik atau agama tetapi berfikiran positif dan merasakan apa yang dilakukan oleh Malaysia, adalah model yang harus diikuti seluruh dunia.

"Bagaimana Malaysia uruskan pandemik ini sangat mengagumkan, ketika dikuarantin selama 11 minggu, saya lakukan tinju bayang berlatarkan lagu tema Rocky, angkat berat gunakan botol air dan banyak habiskan masa melihat luar tingkap," katanya.

Beliau berkata, bersendirian dan suasana yang sepi hampir menyebabkannya hilang akal, tetapi dia bersyukur apabila individu di Malaysia menghubunginya dan bertanya bagaimana keadaannya atau adakah dia memerlukan apa-apa, dan ini menyebabkan dia berasa bertambah baik bahawa ada orang yang mengambil berat mengenai dirinya.

Selain itu, Cronian berkata, ketika dia pergi ke pejabat imigresen untuk melanjutkan visanya dan mendapati ia ditutup, beliau kemudian menyedari rakyat di negara ini memandang serius pandemik ini.

"Rakyat di negara ini adalah sebahagian daripada sebab kenapa pandemik ini tidak seburuk yang terjadi di negara lain di seluruh dunia.

"Apabila anda lihat angka setakat ini berbanding UK atau negara Eropah yang lain, banyak yang berkaitan dengan kerjasama rakyat. Hanya dengan duduk di rumah, orang ramai dalam sekatan pergerakan, terima kasih kepada semua orang di sini, mungkin keadaannya jauh lebih teruk," katanya.

Cronian mengakhiri videonya dengan mengucapkan terima kasih kepada Malaysia kerana mengambil berat mengenai dirinya dan menyediakan beliau rumah yang selamat dan beliau sangat menghargai rakyat Malaysia yang sentiasa berhubung dengannya sepanjang 11 minggu pelaksanaan PKP.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2020 @ 11:31 PM


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2020 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 12-7-2020 04:05 PM

Part belly has grow tu semua pun akan rasa ye bila datang Malaysia..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 13-7-2020 01:23 AM
Part belly has grow tu semua pun akan rasa ye bila datang Malaysia..hahaha

Hahahaa.. Lepas tengok video dia tadi tengok video korea sambut raya.. Hahaha.. Lawak bila Mamat korea tu fikir tentang kalori bila tengok makanan kita.. Yg Minah korea tu selamba makan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Youtuber ?????
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tadi tak sampai ati aku nak cakap Mr Darren whooo??? Tapi tak tahan teghuih keluaq
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2020 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 12-7-2020 05:25 PM
Hahahaa.. Lepas tengok video dia tadi tengok video korea sambut raya.. Hahaha.. Lawak bila Mamat k ...

Belum rasa lagi mamat tu, klu dah pekena mesti tak berhenti makan..
Gi mana pun, makanan kita juga sedap..cukup rasa semua..haha
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 13-7-2020 01:37 AM
Belum rasa lagi mamat tu, klu dah pekena mesti tak berhenti makan..
Gi mana pun, makanan kita jug ...

Kan.. Makanan kita paling sedap.. Cukup semua rasa.. Lawak betul.. Tengok rys tadi makan durian.. Dia makan mcm kita pulak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2020 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 12-7-2020 05:40 PM
Kan.. Makanan kita paling sedap.. Cukup semua rasa.. Lawak betul.. Tengok rys tadi makan durian..  ...

Lapar plak cakap pasal makanan tengah malam ni..

Tu, yg meroyan dah datang komen...pnas la tu mlm2 baca berita mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 13-7-2020 01:44 AM
Lapar plak cakap pasal makanan tengah malam ni..

Tu, yg meroyan dah datang komen...pnas la tu m ...

Biasa la.. Gila la tu.. Iols baca tadi.. Byk youtuber yg dari luar dan terkandas kat sini komen ckp.. Depa rasa bertuah sbb terkandas kat malaysia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2020 01:14 PM | Show all posts
pyropura replied at 13-7-2020 01:35 AM
Tadi tak sampai ati aku nak cakap Mr Darren whooo??? Tapi tak tahan teghuih keluaq

kokesen. bukan bangla ya

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.519866 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list