Khalid Abdul Samad diarah keluar sidang
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim; Mohd Nasaruddin Parzi dan Fahmy Azril Rosly
KUALA LUMPUR: Tidak sampai sejam dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu, Datuk Azhar Azizan Harun, menunjukkan ketegasan pertamanya apabila mengarahkan seorang Ahli Parlimen pembangkang keluar dewan.
Azhar mengeluarkan arahan itu selepas Khalid Abdul Samad (PH-Shah Alam) berterusan mengganggu ucapan sulungnya.
Azhar berkata, arahan keluar dewan kepada Khalid berkuat kuasa sehingga habis sesi persidangan hari ini.
Post time 13-7-2020 04:27 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bos aku bukak ini la td. Kuat plak tu. Nak dimarah, bos pulak..
Gila bingit dengar khalid ni dok terjerit2. Menyampuk sana sini jerkah2. Kita yg dengar pun rasa malu. Last2 bos aku pun xtahan.. Terus tutup sambil berkata -macam monyet daaaa