CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1198|Reply: 14

[Tempatan] JPJ: 2.7 juta saman bernilai RM800 juta tertunggak sejak 10 tahun lalu

[Copy link]
Post time 14-7-2020 09:20 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 13-7-2020 05:21 PM





Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Shaharuddin Khalid pada temu ramah eksklusif bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di pejabatnya pada 13 Julai 2020.

PUTRAJAYA, 13 JULAI: Sebanyak 2.7 juta saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melibatkan pelbagai kesalahan lalu lintas sejak tahun 2010 dengan nilai kira-kira RM800 juta masih belum dijelaskan, kata Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid.

“Saman tersebut merangkumi kesalahan seperti memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan tiada lesen memandu.
“Pihak JPJ akan mengambil tindakan kepada pengguna jalan raya yang tidak mahu membayar saman tertunggak antaranya dengan menyenarai hitam nama mereka sekiranya memperbaharui lesen memandu,” katanya dalam temu bual dengan Bernama hari ini.

Dalam perkembangan lain, Shaharuddin berkata pihaknya sedang menyelaraskan had laju maksimum pada kelajuan 110 km sejam di semua laluan di lebuh raya utama di seluruh negara.

Beliau berkata had laju itu terpakai di lebuh raya utama kecuali di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bagi laluan Terowong Menora di Ipoh, Perak dengan had laju 70 km sejam bagi mengurangkan risiko kemalangan di kawasan terbabit.

Selain itu, Shaharuddin berkata empat kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) juga akan ditambah di kawasan berkenaan.
“Penambahan itu menjadikan keseluruhan 49 kamera AWAS yang terdapat di seluruh negara termasuk 22 di PLUS setakat ini,” katanya.
– BERNAMA

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2020 09:35 AM | Show all posts
Saya masih ada satu saman yang masih belum dibayar. Saman tu mempunyai photo kereta di atas jalan raya di selayang.

Tetapi yang sebenarnya ianya adalah kesilapan pihak polis ataupun jpj sendiri kerana mereka kurang ambil tau ataupun leka, sedangkan kereta saya adalah Mini Cooper S dengan pendaftaran WMT *** dan gambar kereta didalam saman tu ternyata sebuah kereta peugeot  warna putih dengan pendaftaran WWT ***

Saya pernah hantar surat ke bukit aman untuk membatalkan saman tetapi sehingga kini tiada tindakan yang di ambil.

Kes ni Mungkin sudah 7-8 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 10:03 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 14-7-2020 09:35 AM
Saya masih ada satu saman yang masih belum dibayar. Saman tu mempunyai photo kereta di atas jalan ra ...

xpayah bayar/ignore..bukan salah cuols pon..lgi pon dah info dkt polis, salah dorg la sbb tak take action

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 12:30 PM | Show all posts
dulu pernah kene saman sbb tinted
lepas JPJ tu jalan, diorg buat u-turn kat tempat yg x boleh u-turn
kita semua x bole, diorg semua bole
cite lama, saje je cite
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 12:41 PM | Show all posts
Banyak tu elok ler mula cari mereka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2020 01:33 PM | Show all posts
salamon replied at 13-7-2020 06:03 PM
xpayah bayar/ignore..bukan salah cuols pon..lgi pon dah info dkt polis, salah dorg la sbb tak take ...

Betulah tu, takan saya nak bayar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2020 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 14-7-2020 09:35 AM
Saya masih ada satu saman yang masih belum dibayar. Saman tu mempunyai photo kereta di atas jalan ra ...

Wow menarikkk... Xpernah follow up ke dgn polis?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak ada agensi nak mengutip hutang tu ke?  Banyak betul. Ini kenunjukkan polis tak cukup tegas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2020 05:53 PM | Show all posts
selayang tu area mana kat london?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2020 06:07 PM | Show all posts
Normabaru replied at 13-7-2020 09:47 PM
Wow menarikkk... Xpernah follow up ke dgn polis?

Tak pernah... Tapi surat dan gambar kereta pug Reg WWT *** tu masih saya simpan. Takut nanti JPJ ataupun polis delete gambar kereta online tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 14-7-2020 06:07 PM
Tak pernah... Tapi surat dan gambar kereta pug Reg WWT *** tu masih saya simpan. Takut nanti JPJ a ...

Biasa polis ade service duit kopi dh erase benda ni.. I pernah dioffer utk byr certain amount.. Then dorg delete my saman la.. It just that i xpractice rasuah ni so i tolak..

Mcm in your case pergi tulis surat to BP yg saman u dikeluarkan.. Minta dipadam.. Xpyh byr..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 06:32 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 14-7-2020 09:35 AM
Saya masih ada satu saman yang masih belum dibayar. Saman tu mempunyai photo kereta di atas jalan ra ...

sama kes dengan iols... taktau macam mana keta tu boleh sama plate number.... iols rasa jenis pasang plate tipu la tu...terang2 model keta iols land rover yang keta tu Honda jah jadi celah mananya iols punya keta tu?

tapi iols bayar jugak sebab malas nak pening kepala kehulu kehilir

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 06:38 PM | Show all posts
boleh ke nk senarai hitam dan tak bole renew lesen memandu?
ni betul2 tanya ni

kang paksa2 bayar
rakyat malaysia mulalah mengamuk naik hantu
katanya tak bertimbangrasa sebab covid 19
ramai tak keje..tak cukup makan..tiada gaji..tolak gaji

sebelum covid 19 tak ingat semua tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah saman ini terlalu dikomersialkan ?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2020 03:29 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 14-7-2020 02:32 AM
sama kes dengan iols... taktau macam mana keta tu boleh sama plate number.... iols rasa jenis pasa ...

Itulah menyusahkan orang sahaja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.092958 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list