CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1678|Reply: 26

[Tempatan] Selangor haramkan merokok, minum arak di taman awam

  [Copy link]
Post time 14-7-2020 03:07 PM | Show all posts |Read mode
Selangor haramkan merokok, minum arak di taman awam
Oleh Norzamira Che Noh


SHAH ALAM: Berkuat kuasa serta merta, Selangor mengharamkan merokok termasuk rokok elektronik dan minum minuman keras di taman awam di seluruh negeri itu.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han, ketika mengumumkan demikian berkata larangan baharu itu dimasukkan ke dalam senarai kesalahan di Undang-Undang Kecil Taman 2005 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Selangor.

"Pada masa ini, senarai kesalahan di UUK Taman tidak dinyatakan berkenaan aktiviti meminum arak dan merokok sebagai satu kegiatan yang dilarang.

"Dengan pindaan UUK Taman 2005 ini, Selangor menjadi negeri yang pertama di Malaysia yang melarang meminum arak dan merokok di taman-taman permainan serta taman-taman rekreasi di seluruh negeri ini," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, gaya hidup yang sihat semakin menjadi amalan dan keutamaan rakyat justeru taman permainan dan taman rekreasi semakin kerap dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak dan warga emas untuk beriadah, bersukan serta melakukan aktiviti kekeluargaan.

"Demi keselesaan dan kesihatan pengunjung lebih-lebih lagi pada pasca COVID-19, tiba masa untuk melarang aktiviti minum arak dan merokok di taman permainan dan taman rekreasi mengikut UUK Taman.

"Penguatkuasaan undang-undang berkenaan akan dilaksanakan oleh PBT dan saman maksimum RM1,000 boleh dikenakan kepada pengunjung yang ingkar dengan larangan yang ditetapkan," katanya.

Sze Han berkata, penguat kuasa PBT akan mengadakan operasi dari semasa ke semasa dan orang ramai juga boleh membuat aduan kepada PBT sekiranya melihat salah laku berkenaan di taman awam.

"Sebagai permulaan, kita mungkin memberi amaran terlebih dahulu sebelum tindakan saman dikenakan kepada pelaku," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2020 03:08 PM | Show all posts
bagus............... iols tak suka bau rokok yg keluar asap tu....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam ni bagus sangat sangat
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 14-7-2020 07:08 AM
bagus............... iols tak suka bau rokok yg keluar asap tu....

Rumah I ni jiran selfish merokok kat depan jalan nak ke tangga, dah satu tangga bau asap rokok dia..
Taknak bahayakan family sendiri, bahayakan orang lain takpa..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 03:25 PM | Show all posts
nazzse replied at 14-7-2020 03:24 PM
Rumah I ni jiran selfish merokok kat depan jalan nak ke tangga, dah satu tangga bau asap rokok dia ...

bau sahaja membahayakan kesihatan ka?


Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Nahnukutu replied at 14-7-2020 07:25 AM
bau sahaja membahayakan kesihatan ka?

Bau bukan sekali dgn sedut asap tu ke.. Klu tak sedut mcm mana nak bau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2020 03:31 PM | Show all posts
nazzse replied at 14-7-2020 03:27 PM
Bau bukan sekali dgn sedut asap tu ke.. Klu tak sedut mcm mana nak bau

bau tidak memerlukan isipadu mau pun konsentrasi yang tinggi sehingga membahayakan kesihatan. contoh kentut, sikit je tapi baunya homaigod...

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 03:31 PM | Show all posts
kena ada penguatkuasaan...setakat haramkan aje, umat islam pun ramai pemakan babi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2020 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 14-7-2020 03:24 PM
Rumah I ni jiran selfish merokok kat depan jalan nak ke tangga, dah satu tangga bau asap rokok dia ...

Pernah tegur tak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 03:32 PM | Show all posts
akhirnya liberal2 ni ngaku

ethanol dan psikoaktif tu x bagus

liberal ni mmg tongong

ada x nk reply aku ngaku dia liberal

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 14-7-2020 07:31 AM
Pernah tegur tak?

Tak, muka gangster..
Setakat ni lalu depan dia I tutup hidung sambil mendengus je
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 04:03 PM | Show all posts
Squidward. replied at 14-7-2020 03:32 PM
akhirnya liberal2 ni ngaku

ethanol dan psikoaktif tu x bagus

Sejak bila merokok=liberal? Lobai alim olamak pon ramai jah merokok, adakah mereka itu dikira liberal? Moga bermanafaat
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 04:07 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 14-7-2020 04:03 PM
Sejak bila merokok=liberal? Lobai alim olamak pon ramai jah merokok, adakah mereka itu dikira libe ...

lobai2 ni tak sedar bahawa merokok itu ibarat makan daging babi
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Org stay atas @ tepi rumah ai.. Klu hujan2 suka lepak tepi tingkap then asap dia masuk my house.. Rimassss betul! Nak sound xnmpk siapa..  
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 04:15 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 14-7-2020 04:03 PM
Sejak bila merokok=liberal? Lobai alim olamak pon ramai jah merokok, adakah mereka itu dikira libe ...

ko yg label orng tu alim olamak
orng tu x knal ko pn dol

ni lg sekor tongong x mnmpat


Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 04:22 PM | Show all posts
Squidward. replied at 14-7-2020 04:15 PM
ko yg label orng tu alim olamak
orng tu x knal ko pn dol

So manusia yg berkopiah bersarban berjubah mengajar ugama kepada ummah smbil bertaranum mengaji kitab tapi merokok itu adalah liberal ya? Noted with thanks!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2020 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 14-7-2020 04:01 PM
Tak, muka gangster..
Setakat ni lalu depan dia I tutup hidung sambil mendengus je

Mesti dia je rasa betul kan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 04:23 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 14-7-2020 04:22 PM
So manusia yg berkopiah bersarban berjubah mengajar ugama kepada ummah smbil bertaranum mengaji ki ...

tongong pnye dol

org x ngaku alim olamak

die lak ske2 kate orng alim olamak

lps tu tehegeh nk meroyan lk kat aku

tongong lvl bius cabut gigi ko ni dol


Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Nahnukutu replied at 14-7-2020 07:31 AM
bau tidak memerlukan isipadu mau pun konsentrasi yang tinggi sehingga membahayakan kesihatan. cont ...

Mengarut je bagi ko
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 14-7-2020 08:22 AM
Mesti dia je rasa betul kan...

Ye kot.. Parking lot awam pun dia gi booked suka hati
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.234111 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list