CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1125|Reply: 4

[Tempatan] 'Terima kasih isteriku...'

[Copy link]
Post time 14-7-2020 04:36 PM | Show all posts |Read mode
'Terima kasih isteriku...'


Share


Tweet













Wan Zainuddin lumpuh akibat kecederaan saraf tunjang sejak 2011 bersama isterinya. FOTO AHMAD RABIUL ZULKIFLI










Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my



"ALLAH uji saya sakit sampai lumpuh, tetapi Allah hadiahkan seorang isteri yang baik dan menjaga saya sekarang," kata Wan Zainuddin Wan Ahmad Muji ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kebor Air, Kuala Terengganu, hari ini.
Anak kelahiran Kampung Felda Kerteh 3, Paka, Dungun itu menghidap kecederaan saraf tunjang sejak 2011 serta dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) lebih setahun dan kini tidak boleh berjalan dan bergantung sepenuhnya pada kerusi roda.

Wan Zainuddin, 40, berkata, dia bukan sahaja diuji menderita sakit saraf tunjang sehingga lumpuh, tetapi turut mengalami ujian berat apabila bercerai dengan bekas isteri.

"Saya mempunyai dua anak berusia 9 dan 12 tahun bersama bekas isteri dan selepas saya sakit, kami berpisah.
"Kegagalan rumah tangga itu memberi lebih tekanan sehingga saya mengalami kemurungan dan beberapa kali terpaksa dirujuk ke pakar sakit jiwa.
"Bayangkan dalam keadaan saya sakit, kehilangan kerja dan memerlukan sokongan, saya ditinggalkan orang tersayang dan pasti ia lebih memberi tekanan dan kesedihan," katanya.
Menurutnya, dia bernasib baik kerana arwah bapanya, Wan Ahmad Muji Wan Jusoh, 68, dan ibu, Zainun Ibrahim, 62, sentiasa memberi sokongan kepadanya sepanjang dia terlantar di hospital.
Bagaimanapun, katanya, perasaan sedih dan kemurungan tetap membelenggu dirinya sehinggalah berjumpa dengan isteri, Maizatul Hakimah Yusof, 26.
"Saya berkenalan dengan isteri di HSNZ apabila dia kebetulan melawat saudaranya yang sakit di wad sama. Bermula daripada situ, saya berkawan dengan isteri.
"Isteri banyak membantu saya membeli makanan dan sebagainya di wad sebelum semakin rapat dan bercinta selepas lima bulan berkawan," katanya.
Menurutnya, dia ingatkan hidupnya musnah dan berakhir selepas lumpuh dan bercerai, namun perancangan Allah lebih indah daripada apa disangkakan.
"Saya bertuah kerana isteri boleh menerima saya seadanya dan kami berkahwin pada Disember 2018.
"Malah, daripada saya tidak mempunyai apa-apa dan tidak berkerja sehingga kini mampu memiliki serta menguruskan syarikat pengiklanan dan pemasaran sendiri sekarang.
"Sampai sekarang saya seakan bermimpi apabila isteri yang juga siswazah Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sanggup berkahwin dengan lelaki lumpuh seperti saya," katanya.
Sehubungan itu, katanya, dia berharap sesiapa yang mengalami nasib sepertinya sentiasa bersabar dan bersangka baik terhadap ujian dilalui.
"Jangan pernah berputus asa dengan hidup dan banyakkan berdoa apabila diuji dengan ujian yang berat.
"Di sebalik kesedihan dilalui pasti ada kebahagiaan disediakan untuk kita nanti," katanya.
Sementara itu, Maizatul berkata, dia tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan suami lumpuh.
"Setiap orang inginkan suami sihat dan sempurna, namun perancangan dan jodoh sudah ditetapkan Allah.
"Ramai orang yang mempersoalkan keputusan saya berkahwin dengan suami, maklumlah saya masih muda dan mempunyai pelajaran.
"Namun cinta tidak mengenal semua itu, keputusan saya tepat apabila berkahwin dengan suami yang sangat baik dan sayangkan saya," katanya.




Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2020 @ 4:14 PM




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2020 04:36 PM | Show all posts
ini liberal ke apa ni?

kalo liberal ada x camni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ermmmmmmm... sanggup pulak kahwin laki lumpuh... rare
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah ada yg sudi bersama tika susah.. (tapi si suami dah ada syarikat sendiri sekarang )
Dugaan dapat suami sakit dan perlu jagaan lagi senang hati iols hadap kot drp dugaan dapat yg jenis bewak x sedar diri penyumbang segala masalah negara dan bajet bagus 24 jam
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 09:58 PM | Show all posts
Semoga rezeki saudara sentiasa dipermudahkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.056772 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list