CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 600|Reply: 0

[Tempatan] Berita biasa. Kerajaan negeri Selangor jual aset Yayasan Selangor

[Copy link]
Post time 14-7-2020 05:36 PM | Show all posts |Read mode
ADUN PN bantah jual aset Yayasan Selangor
Oleh Norzamira Che Noh


SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) Selangor membantah tindakan kerajaan negeri yang ingin menjual 77 aset Yayasan Selangor bernilai RM45.13 juta.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Rizam Ismail menyifatkan penjualan aset itu sebagai jalan pintas mendapatkan kecairan tunai yang tidak boleh diterima, selain membelakangkan mandat Yayasan Selangor.

"Sebanyak 77 aset berkenaan membabitkan pelbagai jenis bangunan komersial dan unit rumah di beberapa lokasi berlainan di seluruh Selangor.

"Aset itu ditawarkan dengan nilai RM191,114 hingga RM3.515 juta membabitkan jumlah keseluruhan RM45.13 juta.

"Kami juga memandang serius masalah kewangan, hala tuju dan perancangan strategik Yayasan Selangor termasuk keputusan untuk menjual aset dimilikinya," katanya pada sidang media selepas sesi sidang DUN di sini, hari ini.

Rizam berkata, apa-apa tindakan penjualan aset perlu dibuat secara rasional dengan justifikasi munasabah.

Beliau berkata, pihaknya kecewa kerana tiada usaha konkrit dan mampan ditunjukkan Yayasan Selangor untuk menjana pendapatan syarikat hingga mengambil jalan mudah dengan menjual aset sedia ada terutama melalui Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor.

"Kerajaan negeri tidak seharusnya bersikap terburu-buru dan perlu menimbang semula keputusan penjualan aset berkenaan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.181214 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list