CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3660|Reply: 2

Apakah itu CCRIS & CTOS dan Cara Membaca Laporan Kredit CCRIS

  [Copy link]
Post time 15-7-2020 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Edited by dianasofia at 15-7-2020 11:11 AM

Sumber info: Direct Lending

(1) Apakah itu CCRIS?
CCRIS (Central Credit Reference Information System) adalah rekod yang diselia oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia yang mengawasi corak pembayaran pinjaman anda.

Rekod CCRIS termasuklah:
  • Butiran mengenai pinjaman anda dengan setiap institusi kewangan di Malaysia (ini termasuk semua bank dan institusi kewangan bukan bank seperti AEON Credit atau PTPTN)
  • Rekod pembayaran pinjaman bagi tempoh 12 bulan yang lepas termasuk sebarang tunggakan
  • Sebarang pinjaman ‘Special Attention’ atau pinjaman di bawah pemerhatian bank
  • Pinjaman yang telah melalui penjadualan dan penstrukturan semula


Cara Baca Laporan Kredit CCRIS



Dina Hazlina ada 2 kemudahan kredit seperti ditunjuk di bahagian kredit belum jelas – satu kad kredit dan satu pinjaman sewa beli (kenderaan). Pinjaman sewa beli itu dibuat pada Januari 2000, amaun pinjaman adalah RM35,000. Laporan menunjukkan baki pinjaman sewa beli adalah RM8,500 buat masa kini. Kemudian pada Julai 2008, dia menerima satu kemudahan kad kredit dengan had kredit sebanyak RM5,000 dan buat masa kini, dia ada baki kad kredit RM3,000.

Untuk pinjaman sewa beli Dina, dia kemungkinan menghadapi kesukaran membayar pinjaman tepat pada masa. Akibat daripada pembayaran yang tidak konsisten selama beberapa bulan, dia telah menerima saman pada 31 Januari 2011 (seperti ditunjukkan di bahagian “N” – Status Undang-undang). Maka dia mengambil keputusan untuk menjadualkan semula pinjaman tersebut untuk melanjutkan tempoh pinjamannya (seperti ditunjukkan di bahagian “B” – Status).

Merujuk kepada jadual tersebut, kita dapat melihat di mana Dina telah membayar pinjaman keretanya secara konsisten mulai Disember 2016 hingga Ogos 2017. Tetapi bagaimana kita dapat mengetahuinya? Ini adalah kerana “0” bermakna tiada bayaran lewat / bayaran tertunggak. Kemudian, dari September 2017 dan seterusnya, Dina tidak membuat pembayaran ansuran selama 3 bulan seperti yang tertera di petak November.

Di sini terdapat tip untuk rujukan:
0 – Tiada bayaran lewat / tunggakan
1 – Pembayaran lewat selama 1 bulan
2 – Pembayaran lewat selama 2 bulan
3 – Pembayaran lewat selama 3 bulan

Maka, apabila kita merujuk kepada rekod kad kredit beliau, dia telah membuat bayaran ansuran secara konsisten kecuali untuk beberapa bulan. Dia tidak membuat pembayaran selama 3 bulan dari Mac 2017 – Mei 2017. Dina juga telah lambat membayar 2 bulan semasa September dan Oktober 2017.

Kami juga boleh dapati tahu kad kredit yang dipohon oleh Dina pada Oktober 2006 telah disenaraikan di bawah Akaun Perhatian Khas (SAA). Ini dapat dilihat di bahagian “Akaun di bawah Pemerhatian Khas”. Jadi, anda mungkin bertanya kenapakah kad kreditnya disenaraikan di bawah SAA? Dina mungkin terlepas membuat pembayaran untuk kad kreditnya selama lebih daripada 3 bulan di mana ini telah meletakkannya di bawah SAA.

Maka anda mungkin perasan bahawa Dina ada memohon kemudahan kredit pada November 2015 dan ia masih dalam status pertimbangan. Pada pendapat anda, adakah permohonan untuk kad kredit yang dibuat oleh Dina akan diluluskan?

Untuk penerangan tentang setiap label maklumat kredit, rujuk Direct Lending

(2) Apakah itu CTOS?
Secara ringkasnya, CTOS adalah kad laporan kredit anda. CTOS memperoleh maklumat daripada Jabatan Insolvensi Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), penerbitan prosiding undang-undang, maklumat akhbar dan selainnya. Laporan CTOS mengandungi status muflis individu, status kes, tindakan undang-undang, pemilikan perniagaan dan selainnya.

Sebarang kegagalan untuk membayar balik pinjaman, bil utiliti ataupun bil telefon, serta apa-apa tindakan litigasi terhadap anda termasuklah status bankrap akan tersenarai dalam laporan CTOS. Scenario sebegini akan mengurangkan peluang anda untuk mendapatkan pinjaman.

Untuk mendapatkan rekod percuma Laporan Asas Kredit CTOS, anda hanya perlu mohon untuk mendapatkan ID pengguna CTOS. Kemudian, anda akan menerima laporan CTOS daripada aplikasi CTOS.

Jadi, apabila anda membuat permohonan pinjaman bank (sama ada pinjaman perumahan atau peribadi), bank akan menyemak rekod CCRIS & CTOS anda untuk mengakses corak pembayaran anda. Walaupun setiap bank mempunyai kriteria kredit yang berbeza, anda boleh dianggap mempunyai rekod CCRIS yang kurang baik jika pembayaran anda tertunggak selama 2-3 bulan dalam tempoh 6 bulan yang lepas atau anda mempunyai pinjaman di bawah pemerhatian bank (SAA – Special Attention Account). Ini kemungkinan besar akan menjejaskan kelulusan pinjaman anda.

Bagi pinjaman koperasi di mana pembayaran adalah melalui potongan gaji, peluang kelulusan pinjaman anda lebih tinggi walaupun anda mempunyai 2-3 bulan bayaran tertunggak.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2020 11:06 AM | Show all posts
Bagus info ni..dah lama sebenarnya nak cari info pasal ni. Ramai rasanya yang ada masalah ni. Tapi tak de tempat nak rujuk. TQ TT..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2020 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
CCRIS ni sekarang kita leh dapatkan online. Just kena ada ID ngn password. Tp kena g bank negara dulu tuk verification IC. Once dah leh dapat tgk secara online, tak perlu g Bank Negara nk check CCRIS
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.078757 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list