CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zal_cool

KISAH BENAR GAGAL DLM NIAGA + TELADAN + PENGALAMAN [merged saatcham,zack,Hiven]

[Copy link]
Post time 1-2-2009 02:07 AM | Show all posts
Originally posted by iqbalriad at 11-1-2009 09:23 PM
bestlah.................topik ni betul byk memberi inspirasi pada aku...tq...tq


tahniah..ko telah mendapat sinar inspirasi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2009 02:37 AM | Show all posts

Reply #120 su_hanim's post

ko jangannnnnnnn!!!!!

ibarat kereta tak de stereng.....

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 02:19 PM | Show all posts
Originally posted by goal_hunter at 31-1-2009 11:06 PM


Talisman Malaysia Ltd ada la...btol la kata kirawang, kat bangunan citibank...pernah gi amik course permit to work kat sana coz nak naik platform dier punya pasal...

kalo nak confirm, gi c ...




Jangan bagi muka kat ulat nih

Dalam JKR pon ada ramai ulat

Bila dapat tahu company kita dah masuk top 3 yang akan masuk tender committee for final decision siapa yang akan menang dapat LA, makan ramai lah ulat call.

1) Ulat-ulat ini akan menjual nama syarikat kita dan contact number kita kepada distributor-distributor. Kalau tender cabling, maka 10 distributor fiber optic, casing, trunking akan call kita mintak nak jumpa, offer nak bagi katalog.

2) Ada lagi dashat bila dia call tetiba mengaku, " saya lah yang push sampai your company masuk final top 3. Kalau u nak menang, bank in dulu RM10K ke dalam akaun saya, kalau tak saya boleh carik sehelai dokumen biar tak lengkap, nanti u akan disqualified".  Ehhhhhh sapa kau nih? Memandai-mandai pulak ......Aku tak mintak pun kau adjust biar aku menang !!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 09:23 AM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 23-1-2009 10:51 AM
Huh, ada Public Bank Unit Trust kat umah aku nih. Deretan kereta mewah parking kat depannya siang malam. BMW, Mers, Volskwagon, Audi, Lexus, Volvo.... mereka ni banyak duit sangat sampai tak kisa ...


Mereka nak kejar time. Kena submit before 2-30pm untuk hari ini punya price..Sanggup bayar saman 30 - 100 ringgit, tapi make sure dapat rpulangan ribu ribu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 09:24 AM | Show all posts
Originally posted by hazel23 at 23-1-2009 01:46 PM
alamak... ntah2 aku ni korang masukkan dalam golongan aksyen kot??

anyway - today utusan, ada satu couple - jamal dan kan wan... they are my neighbour since 1992 - they were young couple and i ...



Bila bercerita sesama usahawan. perkataan aksyen takan wujud sebenarnya...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 09:28 AM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 1-2-2009 02:19 PM




Jangan bagi muka kat ulat nih

Dalam JKR pon ada ramai ulat

Bila dapat tahu company kita dah masuk top 3 yang akan masuk tender committee for final decision siapa yang akan menang da ...



Bukan setakat, jangan bagi muka, jangan bagi kulit....

sekali gigit, merena satu badan.......

gatal....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2009 09:33 AM | Show all posts
Originally posted by goal_hunter at 31-1-2009 11:25 PM


lama dah aku jadi silent readerdlm thread ni...
keje laut time muda2 mmg syok...komitmen dgn ibubapa + adik beradik jer (awek blom jadik bini lagi)....so, bos suruh gi laut, layan....

rek ...


ermmm..kalau semua orag tak nak kelaut..

sapa nak korek minyak ...

sapa nak tangkap iikan ikan...

hari hari kena makan ayam pencen le...

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 09:54 AM | Show all posts
kena ada matlamat ...matlamat tu biar lah boleh buat korg teruja..kalo x teruja...korg akan nampak kejatuhan sebagai kegagalan...

tapi kalo buat benda yg korg teruja...keterujaan akan melihat kejatuhan sebagai tanda korg akan dapat benda lebih besar dr kejatuhan...see...betapa persepso terhadap sesuatu itu boleh berubah sekelip mata...

dgn kata lain...buat lah bisnes yg korg rasa thrill....rasa bulu roma mencacak je bila korg go thru idea bisnes tu...dan rasa climax je masa execute idea bisnes korg tu...

kalo xde mencacak dan climax...masih belum thrill lagi....

bak kata prof izi di sinar fm...'selamat beramallllll...'
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2009 05:47 PM | Show all posts
Originally posted by JFK at 2-2-2009 09:54 AM
kena ada matlamat ...matlamat tu biar lah boleh buat korg teruja..kalo x teruja...korg akan nampak kejatuhan sebagai kegagalan...

tapi kalo buat benda yg korg teruja...keterujaan akan melihat  ...



kau buat novel lucah mesti terer ni....
bahasa syahdu................

mesti takan gagal....

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 10:30 AM | Show all posts
Ada company yang rugi kerana bayar TAX kepada kerajaan.

Dia tak buat provision for deffered tax.

Melayang 20% kena cukai
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 03:59 PM | Show all posts
best baca korang punya jatuh bangun dlm bisnes...coz aku pun dah banyak kali melaluinya...

tu semua pengalaman berharga buat peniaga yang bersemangat kental...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 04:17 PM | Show all posts
Ok ni aku copy kisah aku dalam my blog...

Jom kita layan kisah saya ni..hehehe

Ok ni saya nak cerita macam mana saya boleh mula terlibat dengan bisnes ni. Kalau nak tahu saya ni mula berniaga seingat saya dalam darjah 2 @ darjah 3, lebih kuranglah. Saya ingat lagi masa tu kat sekoah rendah, mak saya buat kuih gula hangus, suruh saya jual kat sekolah. Saya pun tanpa banyak soal, bawalah pergi jual kat sekolah (kira macam pasaran gelap lah, tapi yang halal lah...hehe). Lagipun masa tu mana tau undang-undang kat sekolah tak boleh berniaga. Yang tau, cuma nak bantu mak dan ayah, maklumlah saya ni orang susah.Itulah detik-detik permulaan saya mula kenal dunia bisnes.

Selain dari bantu jual kuih gula hangus kat sekolah, mak saya ni pun ada buat kuih-muih letak kat kedai-kedai di kampung. Kiranya mak sayalah yang memperkenalkan saya dengan dunia perniagaan ni. Bila saya dah besar sikit, dalam darjah 4 hingga darjah 6, makin banyak yang saya jual. Sekolah pagi saya jual kuih-muih, sekolah petang pula lagi banyak jenis makanan yang saya jual iaitu laksa,kacang kuda,sagon,aiskrim dll.
Sepanjang tu, saya memang tak boleh lupa bila bangun awal pagi dok tengok mak saya bertungkus lumus menyiapkan kuih-muih dan nasi lemak untuk diletak di kedai-kedai dan dibawa sikit untuk saya jual kat sekolah pagi. Sedih rasanya, dengan hanya bertemankan cahaya pelita minyak. Kadang-kadang bila hujan mesti terkena tempiasnya. Maklumlah rumah saya dulu pun tak sempurna macam rumah orang lain, kiranya keluarga saya ni kalau masa sekarang ni memang kategori boleh masuk dalam rancangan `Bersamamu` yang kat TV3 tu...hehehe.

Alhamdulilah , jualan saya selalunya habis dan laris tapi ada masanya tak habis, adatlah tu. Dengan tak disangka biasalah bila budak-budak lain tengok jualan saya laris, adalah yang berminat juga nak bisnes macam saya. Jadi dia pun balik bagitau mak dia kot, dan dorang pun buat juga bisnes macam yang saya buat. Yang kelakarnya jual apa yang saya jual juga. Jadi terjejaslah sikit bisnes saya di sekolah sebelah petang( sekolah agama).Saya masa tu pun tak puas hati juga lah, apa taknya saya bengang sebab dia tiru bulat-bulat apa yang saya jual. Saya balik mengadu kat mak saya, kenapa dorang suka tiru kita, apsal dorang tak nak fikir idea sendiri, jual lah makanan lain yang kita tak jual.Saya kata kat mak saya, dorang ni memang dengki lah, tak boleh tengok orang lain senang.

Tapi mak saya ni berfikiran positif, jadi dah dorang tu tiru bisnes saya kami anak beranak cari idea lain. Jadinya saya ubah sikit jualan, utk hari berikutnya saya jual pulak bihun goreng, rojak buah serta jualan dulu yang dorang tak tiru. Alhamdulillah menjadi.

Bila dah meningkat remaja,saya pun selalu bantu mak saya menyiapkan bahan-bahan untuk buat kuih-muih dan nasi lemak untuk di letak di warung kopi. Bulan puasa lagilah banyak mak saya buat kuih-muih.

Ok, tu kisah saya masa sekolah. Apabila dah bekerja walaupun dah ada gaji setiap bulan, saya kadang-kadang ada juga buat bisnes sendiri bila ada peluang. Saya buat kat pejabat.Kami anak beranak akan masak bersama-sama dan saya akan bawa ke pejabat bila ada majlis jamuan. Kebetulan memang saya yang ditugaskan untuk menguruskan bahagian makanan. Dan kalau pejabat ayah saya pula ada buat majlis jamuan, maka mak saya yang akan dicari oleh pihak pejabat ayah saya, sebabnya mereka tahu mak saya ni memang masakannya sedap. Apalagi kami anak beranak pun mengagih-agihkan tugas masing-masing. Bila dah dapat duit hasil bisnes tu seronok sangat.

Tu kisah masa umur saya belasan tahun, bila umur dah awal 20-an tibalah masa nak kahwin..hehehe..
Maklumlah saya ni anak sulung dalam keluarga, jadi bila nak kahwin kena cari duit sendiri untuk majlis kenduri nanti.Yalah takkan nak harapkan mak dan ayah, mereka pun bukannya banyak duit, sekadar yang termampu saja boleh bantu saya. Jadinya saya mula ligat mencari duit. Saya buat bihun goreng dan nasi lemak utk di letak di warung kopi. Waktu malam saya menyediakan ramuannya. Sebelum subuh dalam pukul 5 pagi saya bangun masak dan bungkuskan. Sambil nak pergi kerja saya singgah di warung kopi dan letak warung kopi. Apabila balik kerja, saya singgah ambil hasil jualan tadi. Ada masa habis, ada masa tak habis. Kadang2 langsung takde orang beli, tapi saya tak putus asa, tetap jugak buat.
Apabila hari minggu masa cuti, saya buat kerja `part time` kat restoran.Kerja `cashier` dari jam 6 petang hingga 2 pagi. Begitulah rutin saya dan berhenti kerja apabila dah dekat majlis kenduri saya.

Apabila dah kahwin, saya menetap di KL ni dan bekerja di syarikat swasta. Kat sini saya mula terlibat ngan bisnes MLM pula. Mulanya saya tak minat, tapi entah macam mana boleh tersangkut pula. MLM pertama yang saya join iaitu REVELL. Apabila dah terlibat dengan MLM ni, saya mula berubah, dari seorang pendiam jadi peramah, dari penakut jadi berani dan tegas. Mula kenal ramai orang dan mula menjelajah ke banyak tempat di semenanjung Malaysia ni.

Saya ambil keputusan berhenti kerja utk tumpukan perhatian pada MLM ni. Tapi sayangnya tak bertahan lama, sukar bertahan. Banyak jugaklah modal yang saya keluarkan dan saya memang rugi teruk. Mungkin saya takde rezeki dalam MLM tersebut.
Tapi saya masih gunakan produk MLM tersebut, sebab bagi saya produknya bagus.

Apabila bisnes dah tak berapa maju, macam2 bisnes saya buat. Jual kain sutera,tudung bawal,baju tidur(kelawar),kerepek,kuih-muih,dan macam-macam lah. Modal banyak yang keluar, tapi pulangan tak banyak. Maka hutang ngan bank pun bertambah,kereta pun nak kena tarik tak dapat bayar, rumah sewa pun sampai 2 bulan tak bayar,telefon kena potong.Banyak betul dugaan masa tu. Suami pun pernah buka kedai makan, tapi sempat bertahan 3 bulan saja.Akhirnya terpaksa tutup, memang kami alami kerugian yang teruk.

Pernah satu ketika, tak boleh nak masak coz gas habis, nak beli pun tak mampu takde duit. Terpaksa korek duit tabung yang ada baper ringgit jer,  beli nasi campur kat kedai dan bagi anak2 yang makan dulu. Susu tepung anak pun tak mampu beli, setakat beli susu pekat jer dan bancuh bagi cair nak bagi anak-anak minum.

Saya juga pernah menjual nasi campur dan kuih-muih yang semuanya saya buat sendiri di depan rumah, tapi hanya sikit jer yang terjual, banyak lauk-pauk dan kuih-muih yang tak habis. Memang sedih masa tu,namun saya tetap tak putus asa. Saya mula fikirkan idea lain, saya iklankan melalui internet. Jual ikan bilis yang telah dikopek (sampai sakit kuku mengopeknya), produk MLM yang dulu, kuih-muih, bengkung dan banyak lagilah. Alhamdulillah dapat sambutan. Namun taklah begitu lumayan, cukup sekadar untuk menampung kehidupan yang semakin meningkat kosnya.

Suami dan saya pun pernah terlibat dengan bisnes broker hartanah dan jual beli kereta baru dan terpakai. Tapi memang banyak masa terbuang begitu sahaja, pergi sana-sini, telefon sana sini. Ramai yang kononnya berminat, apabila kita dapat cari seperti yang mereka kehendaki, terus senyap macam tu saja.Bil telefon pun bukannya sikit nak kena bayar.Kereta pula hanya beberapa buah saja yang dapat jual.

Anak-anak pun makin membesar, perlu lebih banyak pendapatan untuk menampung kehidupan di Kuala Lumpur ni. Akhirnya setelah hampir 4 tahun saya tak bekerja, tahun 2007 saya mula bekerja semula. Alhamdulillah walau gaji tak besar sangat, bolehlah bantu suami.

Namun begitu, seperti yang kita tahu sekarang ni harga barang semakin naik dan mahal, semuanya menuntut perbelanjaan yang banyak utk memiliki sesuatu benda dan perkhidmatan tersebut.Walaupun saya dan suami masing-masing dah berkerja tetap juga mengalami masalah kewangan. Anak-anak pun semua dah bersekolah, lagilah kena bayar itu dan ini.

k setakat tu jer boleh tempek kat sini, sambungannya tak boleh taruk sini....huhuhu...

[ Last edited by  matakucing at 9-2-2009 04:35 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 10:06 PM | Show all posts

Reply #131 matakucing's post

Panjang ceritanya..dan menarik..

Btw, kisah ni sad or Happy ending, mata kucig..?

Hopefully Happy Eding.

Payah nak cari yang involve dengan business, tapi kerja balik...

Emosi kena kuat...........
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 10:37 PM | Show all posts
Originally posted by kirawang at 9-2-2009 10:06 PM
Panjang ceritanya..dan menarik..

Btw, kisah ni sad or Happy ending, mata kucig..?

Hopefully Happy Eding.

Payah nak cari yang involve dengan business, tapi kerja balik...

Emosi kena ku ...


sambungannya mestilah hepy ending....ahakss...
yang nyata aku dan laki aku makin ligat dalam bisnes terbaru...dan alhamdulillah lagi masyukkkkkkkk....
kami dua laki bini keja, tapi tetap buat bisnes
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2009 04:40 PM | Show all posts

Kenapa Ramai Usahawan Gagal ?

Senario : Kadir ingin memulakan sebuah perniagaan baru.

Kadir ingin memulakan serta mengusahakan sebuah perniagaan yang sangat berjaya.

"Jika aku rugi, ini bermakna aku gagal, maka aku mesti untung dalam perniagaan ini" kata Kadir pada dirinya.

Jadi, Kadir pun memulakan langkah dengan membaca buku-buku perniagaan yang ada, berguru dan berdialog dengan profesor-profesor dalam bidang perniagaan, menghadiri kursus-kursus perniagaan serta mengubah imej diri menjadi seperi seorang usahawan yang berjaya.

"Segala yang aku buat pasti akan berjaya, kerana aku telah sepenuhnya bersedia. Hahaha" kata Kadir kepada dirinya.

Maka Kadir memulakan perniagaan pakaian sukan dengan wawasan untuk membuat keuntungan jutaan ringgit pada tahun yang pertama.

Bulan yang pertama... Kadir mengalami kerugian

Tidak ada pelanggan yang membeli.
Barangan tidak menepati kehendak pelanggan.
Pemasaran tidak mengena pada sasaran.
Kadir mengalami kerugian......

"Siot betul, aku rugi dalam perniagaan ini. Jika aku rugi bermakna perniagaan ini sebenarnya tidak menguntungkan. Aku kena bertukar untuk berniaga barangan lain ... " kata Kadir pada dirinya.

Kadir berhenti menjalankan perniagaan pakaian dan berubah untuk menjual alat tulis.

Tidak ada keuntungan pada bulan yang pertama.
Ini bermakna perniagaan ini tidak menguntungkan.
Jom bertukar ke perniagaan baru...
Selepas setahun berlalu, Kadir sedar, dia sudah mengusahakan 12 jenis perniagaan. Namun..

Tidak ada satu perniagaan pun yang menguntungkan
Tidak ada duit, tidak ada keuntungan, tidak ada apa untuk dibanggakan.
"Mungkin aku ini tidak berbakat untuk menjadi usahawan" kata Kadir. "Lebih baik aku bekerja makan gaji".


Kenapa Kadir Gagal ? (cuba anda jawab)

a) Kadir tidak berbakat menjadi usahawan .
b) Kadir menyerah kalah terlalu awal.

Jika anda menjawab (b), jeng jeng jeng.. 100 markah !!!. Anda menjawab dengan tepat. Namun jangan terlalu gembira, ini juga belum melayakan anda menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Betul, anda mendengar banyak cerita-cerita menarik dalam internet dan surat khabar mengenai usahawan-usahawan yang berjaya. Nampak kejayaan mereka dikecapi dengan mudah. Seolah-olah mereka berjaya hanya dalam masa yang singkat.

Berjaya dalam cubaan pertama dalam perniagaan adalah seperti memenangi nombor ekor. Mungkin ada satu atau dua dalam sejuta, tetapi kebarangkaliannya sangat rendah. Namun kejayaan mendadak dalam masa yang singkat ini juga mempunyai kelemahan yang tersendiri.

Hampir semua usahawan yang berjaya, melalui proses pembelajaran yang pahit, memerah keringat dan menghabiskan masa yang banyak untuk memulakan serta memajukan perniagaan supaya kekal berpanjangan.

Yang paling penting adalah meneruskan dalam bidang yang kita ceburi dalam tempoh masa yang panjang. Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun. Orang akan mengenali kita dan perniagaan kita dalam tempoh masa ini.

Keyakinan pelanggan akan meningkat dan ini sekaligus akan meningkatkan jumlah jualan dan keuntungan.

Kenapa Perlu Berpanjangan ?

Sesuatu perniagaan yang bertahan dalam tempoh masa yang panjang akan kekal berpanjangan berbanding jika kita menyerah kalah lebih awal.

Menyerah kalah pada peringkat awal perniagaan adalah sama seperti kita bermula untuk bermain sukan badminton. Selepas sebulan, kita masih tidak dapat memenangi sebarang pertandingan, maka kita bertukar pula pada sukan golf, kita masih gagal, bulan seterusnya kita bermula untuk bermain ping pong.. masih gagal lagi.. dan seterusnya....

Untuk menjadi hebat seperti Nicol David, Tiger Wood atau David Beckham dalam sukan memerlukan pengorbanan yang tinggi. Samalah teori ini dalam perniagaan.

Jadi apa yang sepatutnya ?

Jangan menyerah kalah terlalu awal. Cuma lihat contoh dibawah.

4 bulan pertama - Ali memulakan perniagaan pakaian. Jualan kurang. Barangan tidak menepati kehendak pasaran. Fesyen teruk. Jenama tidak dikenali.
4 bulan kedua - Ali mula menukar jenis fesyen pakaian seperti yang dikehendaki pelanggan. Membuat risalah dan iklan kecil. Jualan sudah ada tetapi masih rugi.
4 bulan ketiga - Ali mula mengetahui apa yang pasti akan laku dan apa yang tidak. Ali mengambil beberapa orang pegawai pemasaran. Sudah ada untung yang boleh dibuat modal untuk mengambil stok yang lebih banyak.
4 bulan keempat - Ali sudah mahir dalam penjualan pakaian. Ali mula mempelbagaikan barangannya dengan menjual aksesori dan barang hiasan lain yang berkaitan. Keuntungan menjadi lebih banyak apabila terdapat lebih banyak saluran jualan.
4 bulan kelima - Ali memerlukan lebih ramai pekerja kerana terpaksa memenuhi permintaan yang semakin menjadi-jadi. Untung sudah berlipat kali ganda.
Seterusnya - Ali memiliki perniagaan yang stabil serta menguntungkan.....

Daripada bermula semula berkali-kali. Adalah lebih baik kita kekal dalam perancangan asal dan berusaha penuh gigih untuk memajukan perniagaan. Jangan harapkan keuntungan dalam sekelip mata. Usaha gigih dan kesabaran diperlukan untuk membina perniagaan yang berpanjangan.

Dalam setiap kegagalan ada kejayaan. Ini tidak bererti anda perlu gagal berkali-kali seperti Kadir.

Sekian.....

(Watak dalam cerita ini tidak berkaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah mati)


Shahabudeen Jalil
17 April 2009
Kuala Lumpur

dipetik dari www.shahabudeenjalil.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2009 04:53 PM | Show all posts
kat mana kedai ali ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2009 05:14 PM | Show all posts
(Watak dalam cerita ini tidak berkaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah mati)
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2009 05:46 PM | Show all posts
Yang mati tiada kaitan dengan yang masih hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2009 06:18 PM | Show all posts
yang mati tak payah berniaga yang hidup akan berniaga dan diniagakan
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2009 06:27 PM | Show all posts
contoh dalam tanaman sayuran, tauke cina kerja keras sampai 3-4 tahun baru boleh rasa untung...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.072615 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list