CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zal_cool

KISAH BENAR GAGAL DLM NIAGA + TELADAN + PENGALAMAN [merged saatcham,zack,Hiven]

[Copy link]
Post time 11-1-2009 07:42 PM | Show all posts
Aku mahu MERDEKA dan TOTAL CONTROL. iarlah aku tak dapat projek 1 juta.dapat job kecik RM50 ribu pon dah cukup, kerana dengan sebuahenterprise, duit untung bersih MASUK KE POKET AKU SORANG. Apa gunaprojek RM500 ribu, untung RM80 ribu tetapi masuk ke poket aku cumaRM7500? Aku mahu total control, aku tak mahu penyangak-penyangak inimenjadikan aku sebagai puppet.


Aku pernah kerje kat satu company kecil ni ... revenue dekat 500 ribu setahun .. tapi yang hairannya, owner tak kaya2 jugak. Aku tengok2 puncanya ialah overhead yang terlalu tinggi. Semua org dapat ciput aje akhirnya.

Aku pon fikir, lebih baik dapat contract kecil2 tapi income masuk poket besar. Aku belajar satu perkara penting. Keep your overhead low... really really low...
Baru senang nak kaya. Toksah dengar org kate "Sewalah ofis hi class supaya nampak gempak" dsbnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2009 07:52 PM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 11-1-2009 06:03 PM
Nak dipendekkan cerita:

Uncle K bertanya kepada aku,

" Guano bisnes loni?"

Aku jawab, " Tak berapa okey lah uncle. Banyak projek yang tak berapa ada untung...... aku ceritakan masalah ak ...


Aku pon ade guna network dalam mendapatkan kontrak. Network ni sebenarnya Blue Ocean strategy. Buat bisnes dgn competition yang amat minimum.
Kalo ko citer kat orang pasal penggunaan cable dalam mendapatkan projek, sure ade yang memperlekehkan kejayaan ko dalam bisnes.
"Eleh ko ade cable, boley laaa berjaya dapat kontrak" begitulah kata mereka.
"Kalau hebat sangat, cubalah compete tanpa cable untuk kontrak tu"
Tapi aku tak peduli sebab I'm doing business to make money, not to compete, kalau nak compete meh lumba marathon dengan aku 3 batu, larat ke?  .
Bagi aku, tiada faedahnya aku nak risau ape diorg fikir.
Setiap orang ade rezeki diorang dan kontrak yang kita dapat tu adalah rezeki.
Benarlah kate orang, rezeki tu bila milik kita, dia akan datang pada kita. Yang penting kita jangan salahguna amanah rezeki kontrak yang Allah dah beri, buat kerja  sehabis baik supaya semua orang dapat manfaat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 08:14 PM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 11-1-2009 05:22 PM



Saya rugi kerana kesilapan saya dahulu ialah saya seorang yang terlalu akademik. Background saya pun memang akademik. bermula daripada MRSM, top scorer dan begitulah seterusnya. Rumah saya  ...


ni lah yg dah lama saya nak dengar, awak org kelantan ke wonbin? atau tok nenek ore sini?

org lagu ni lah yg ct salute dalam berniaga, mereka pandang kepada otak bukan kepada kejayaan akedemik,ct dok perhati, org kelantan sendiri, anak sekolah tak tinggi, sekolah pondok, tp sbb zakat mereka jaga, anak cucu mewarisi perniagaan sampai tak berpendidikan tinggi pun mereka mampu punya kedai besar bappaokk yg boleh di banggakan kerana tanpa sesen pun duit loan
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 08:19 PM | Show all posts

Balas #22 ctredzuan\ catat

hehe.en wonbin kita ni org kelantan kak ct...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 08:21 PM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 11-1-2009 06:03 PM
Nak dipendekkan cerita:

Uncle K bertanya kepada aku,

" Guano bisnes loni?"

Aku jawab, " Tak berapa okey lah uncle. Banyak projek yang tak berapa ada untung...... aku ceritakan masalah ak ...


ni cerita tahun bila ni arwah uncle k masih ada lagi tu..

Originally posted by WonBin at 11-1-2009 05:42 PM
Aku pon usha awek2. Ingatkan semua yang datang pakai purdah   namunaku dapati ramai awek2 yang dessing macam budak KL. Hot ! Ada yang mukamacam mat saleh, kulit putih melepak warna kuning tapi cakap kelantanpekat. Pendek kata all girls muka mix blood dan kulit putih melepak


tapi awak kena ingat wbin, tak semua yg naik kereta mewah tu semua pakaian kelaszz2.. kat kelate ni kalau jenis pakaian kelahsxz2, semart sepanjang masa, ppuan pakaian seksi cam kl-ien, jenis gitu ramai berhutang dengan kad kredit berjujuk dalam purse, kelate ni kalu bebetul nak tengok kaya asli, jenis peniaga pakai serban, jubah, yg ppuan kalau pakai tudung bulat labuh cuba selak berjujuk rantai emas berat2 kat leher derang..kalau jenis tokei ikan pakai kain pelikat jer,tp pakai jam rado, rolex semua ori, sbb tu ada butik rado kat kelantan ni, tapi heran saya, ada butik rado di kelantan, tp di tertawakan dalam bod CI,diorang ingat semua kelantan miskin agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 08:21 PM | Show all posts

Reply #23 elle_gogo's post

sejak dulu lagi kct tanya dia elle, dia tak ngaku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2009 08:21 PM | Show all posts
Originally posted by thedude at 11-1-2009 07:17 PM


Terima kasih Wonbin. Nasihat encik memang saya akan ingat.
Sekarang ni saya buat bisnes "outsourcing", engineering supplies dan software services and installation.
Belum stabil lagi, bisne ...



Ingatlah pesan saya:

keep low operating cost dan jimat cermat sehingga anda naik semula. Potong mana2 perbelanjaan yang membunuh anda setiap bulan seperti office yang terlalu mahal sewanya (jika anda tak perlu office yang mahal, run aja business from your house), perkerja pemalas tapi gaji mahal, bill telefon yang mahal (tukar kepada telco yang murah),
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 08:24 PM | Show all posts
Originally posted by elle_gogo at 11-1-2009 08:19 PM
hehe.en wonbin kita ni org kelantan kak ct...


Elle dah bocorkan rahsia aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2009 08:26 PM | Show all posts
Originally posted by ctredzuan at 11-1-2009 08:21 PM


ni cerita tahun bila ni arwah uncle k masih ada lagi tu..



tapi awak kena ingat wbin, tak semua yg naik kereta mewah tu semua pakaian kelaszz2.. kat kelate ni kalau jenis pakaian ke ...


Butik jam Rolex & tesco kat KB tu kan jadi penanda aras ketuanan & kemajuan orang Kelantan
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 08:32 PM | Show all posts
Pernahkah bisnes anda berada dalam situasi umpama 'kereta tersekat di gear 1"

Umpama sampan bocor yang lubangnya sebesar ibu jari, tapi anda cuma menimba dengan tapak tangan.

Umpama mengayuh sampan yang masih terikat pada sauh

Aku bukan nak promote buku Chef Li, tapi dalam dunia ni hanya buku Chef Li sahaja yang dapat membantu anda, tak kira sama ada anda seorang penjaja di tepi jalan atau ada company public listed

Aku dah ambik campak dalam stor buku2 'organization behavior, corporate governance' , etc.

[ Last edited by  WonBin at 11-1-2009 08:39 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 09:23 PM | Show all posts
bestlah.................topik ni betul byk memberi inspirasi pada aku...tq...tq
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 10:19 PM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 11-1-2009 03:48 PM


Ramai orang terus melompat bila dapat projek.

Tunggu dulu.

Kira dulu costing.

Biar siap dahulu projek.

Kemudian bahagi untung rugi.

Pastikan orang yang dapat bahagian masing2 t ...


betul!!!!!

sesangatlah betulnya!!!!!!

cepat naik, cepat jatuh, lambat naik, lambat jatuh... macam product life cycle...

tapi ingat, once dah sampai level menurun, cepat2 pasang startegy utk naik semula...

okay, nak baca citer seterusnya lak.. best2 citer korang yer...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 10:23 PM | Show all posts
Sambungan..

Membaiki perniagaan yang gagal ini bukan mudah.

Jika restoran anda gagal, susah nak pulihkan. Sekali orang dah blacklist, mereka tak akan datang lagi.

Membaiki syarikat yang gagal jugak bukan main susah. Hutang syarikat sudah tentunya banyak. Fixed expenses setiap bulan pon banyak.

Namun dengarlah nasihat saya. Jika syarikat anda bermasalah, dapat projek baru pon tetap tak boleh selamatkan company. Kita inject modal tambahan pon semua licin umpama mencurah air ke atas daun keladi.

Restoran pon sama. Kedai pon sama. Kita dah ubah menu baru, orang tetap tak masuk. Nak buat renovation, perlu puluh2 ribu. Kita pon tak sanggup nak spend banyak itu untuk sebuah restoran yang dah nak tutup.

Namun ingatlah, jika perniagaan anda gagal, pasti ada penyakitnya. Kenal pasti penyakit itu. Bunuh dahulu penyakit itu, itupon belum tentu perniagaan dapat pulih.

Atau jadi seperti saya. usaha seorang diri. TRUST NOBODY.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 10:42 PM | Show all posts
agreed with wonbin.

kenal pasti virus dlm perniagaan anda.

saya dah kenal pasti, virus dlm sykt saya kerana benda2 rasuah yg saya personally tak suka..

pembawa virus, adalah rakan kongsi yg bermasalah, gunakan company utk duit free dan customer tak mintak pun, dia yg sibuk nak hulur komisyen.. rupanya partial of the commission tu pun, dia mintak bahagian dia. ini bukan tuduhan. customer tu sendiri yg citer kat saya. (setelah saya gertak, nak tunjuk bank in slip komisyen dia pada pengarah dia).


off late, saya amalkan doa..yg saya petik dar buku la' tahzan - jgn bersedih - dan tuhan tunjukkan jalan, dlm mingguan m'sia hari ni pun dlm ruangan soal jawab ugama juga menjelaskan bagaimana rezeki yg didapati dari rasuah tidak barakah..

kalau ikut topik - sykt hampir bungkus tahun 2004-2005 - tapi mungkin "ego" mengatasi segalanya - dari tahun 2000 saya cuma bantu dari belakang sajer - sambil bekerja dgn sykt peruncitan - saya jaga 20 kedai seluruh malaysia - saya buat 1.5mill utk sykt tersebut - bila sykt suami saya hampir bungkus - saya ambil keputusan utk berhenti kerja selepas tsunami 2004 - memang satu risiko besar, berhenti dari kerja yg tetap kpd berniaga dlm sykt yg hampir bungkus... mungkin nak tunjuk terror pd bos lama, atau malu, kalau berhenti kerja, tiba2 kena bungkus tikar lak kan... so "ego" tersebut dapat menyelamatkan sykt saya... sedih jugak, krn selepas 1 tahun saya berhenti kerja dari sykt tersebut, sykt itu menghadapi masalah kewangan, dan akhirnya sykt tersebut pulak yg gulung tikar pada tahun 2007.

anyway - ramai OTAi2  bagitau saya, kalau perniagaan kita pernah jatuh, insyaAllah selepas jatuh, dia akan naik semula menempa kejayaan... dan saya perhatikan perkembangan sykt saya memang ke arah itu...

mungkin selepas virus ini dihapuskan, kejayaan sebenar dapat dikecapi..

tetapi suami saya pulang balik buah keras - anggaplah virus ini sebagai satu cabaran dlm perniagaan. GULP! nak buat camane, virus ni adik kandung diakan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 10:48 PM | Show all posts
fuhhh...

seronok baca... akhirnya aku percaya dengan tekad aku utk tidak amik loan buat 'masa ini'.. utk masa akan datang aku tak sure....

aku banyak baca tentang kelebihan perniagaan tanpa loan dan jutawan yg hidup tanpa hutang....

********

kalau nak share pasal kejatuhan dan kegagalan... utk makluman... aku sekarang tengah down syndrome... aku sedang rasa jatuh dan rasa gagal... bukan jatuh atau gagal sbb takde bisnes... bisnes aku berjalan mcm biasa....bisnes aku sekarang dalam gambarajah menaik buat masa nih... Alhamdulillah

cuma.. aku sedang rasa gagal sebagai seorang usahawan... aku tak tau kenapa ia ada dalam diri aku sekarang... mungkin sebab aku dah fedup dgn diri aku yg ke kanan tak kena ke kiri tak kena... atau mungkin disebabkan masalah personal yg aku hadapi hingga ganggu tumpuan aku

pengalaman aku tak banyak la dalam berniaga... satu2nya kegagalan yg aku tetap ingat sampai bila2 ialah kegagalan pada tahun 1999-2000... kegagalan syarikat enterprise aku (pembekal komputer dgn kwsp) disebabkan salah guna wang syarikat oleh rakan kongsi yg pada nama saja tak menyumbang sebarang modal pun

dari kegagalan itu aku belajar, elakkan perkongsian dgn orang lain... tu pun abah aku yg dok bebel hari2... dia tak bg aku kongsi buat bisnes dgn sapa2 pun... waima husband aku atau pun adik bradik atau sedara mara

aku ni masih under the scruteneering eyes of my father sebab buat wedding business nih... dia nak tgk aku leh pegi sampai mana.... hanya disebabkan kes kegagalan aku dulu... mmg dia ungkit2 sampai skang

Alhamdulillah, dalam tak percaya, dia nampak aku dah 5 taun dalam bidang ni.. siap ada aset lagi... cuma lom senang lagi la... dan sekarang aku tengah diuji oleh abah aku pasal kedai... huhuhuhuhu.... mencabar dan aku rasa nak give up juga... tapi disebabkan dia lah, aku tengah usahakan utk cabar dia balik.... see... whatever will be will be la... doa banyak2... plan baik2.... execute... pastu train diri sendiri, kalau aku gagal dgn kedai ni, bukan bermakna aku gagal.... nak push up jiwa nih...

aku pun tgh diuji tentang masa depan oleh abah aku... huwaaaaaaaaaaaa.... geram aku dibuatnya.... aku dah ler jenis tak reti nak melawan coz aku anak yg pendiam dan angguk2 jer... sabar jer la...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 10:58 PM | Show all posts
Aku nampak ramai yang bermasalah kerana RAKAN KONGSI jadi puncanya :@


Aku tak mohon MARA atau SME Bank walaupon gerenti dapat kerana company aku track record banyak projek dengan kerajaan. Aku nak tendang keluar dahulu penyakit dalam syarikat, buat 'Ops Lalang'. Kalau inject duit pon, TETAP LICIN TANPA HASIL.

Alamak, diorang tahu ID aku ialah 'wonbin'. Abislah musuh2 tahu strategi aku

Setakat ini sahaja cerita aku.

[ Last edited by  WonBin at 11-1-2009 11:01 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2009 11:04 PM | Show all posts
mari kita senaraikan item2 yg boleh bagi masalah pada perniagaan

1. sumber rezeki tidak halal atau tidak bersih (tak zakat/sedekah)
2. unnecessary overhead
3. cepat give up / kurang sabar
4. tak de know who / know how
5. partnership

lagi, lagi, tambahkan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 11:15 PM | Show all posts

Balas #36 hazel23\ catat

nasik tambah sikit terfikir dalam masa sesaat ni..

6. semangat yang lumpuh di tengah jalan
7. terlalu banyak matlamat yang dilaksanakan serentak
8. tidak yakin kebolehan diri sendiri
9. berfikiran negatif

[ Last edited by  elle_gogo at 11-1-2009 11:19 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 11:41 PM | Show all posts
terkesima aku baca thread ni..., aduss kalo aku le mau meraung rugi ratus2 ribu. Yg ada skrg pun aku rasa
pasal buku chef li tu aku selalu baca utk bagi semangat. Rasa tersentap bila dia kata " Pendatang pun boleh jadik jutawan di bumi Malaysia, kenapa kita yg berpenduduk tetap tak amik peluang yg sama?"

Ore kelate bab2 berniaga ni mmg aku salute!! nego atah paso tp gelang perghhh supe kata ct le berjujukkkk kat lengan kiri kanan. Kalo di himpun le gelang emas peniaga2 tu mau leh wat jambatan emas

Pasal share partner aku setuju leee sbb tu aku rela bersusah senang sendiri uruskan semua. Laki aku pun tak kacau bisnes aku cuma sesekali aku paksa dia jadik despatch hanto brg
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 12:21 AM | Show all posts
saya avoid segala tender/member line/middle man income/partnership.
tak pecaya duit di dapat mudah.
adakah saya begitu bertuah dgn mengeluarkan sikit dpt banyak ?
benda2 ini too good to be true& saya belum ready handle.

dunia skrg byk kawan2 tahu you ada duit ingin "pull a fast one" on you.
bukan saja kawan2, malahan saudara or family sendiri lebih senang dimakan.

lower operation cost will be the success formula untuk
kita2 yang baru nak venture the taste of business. gunakan segala resources yang ada.
disinilah daya creativiti kita diuji dan lahirlah "the personal touch"

kita yang fresh menjejaki dunia business, kena tahu size topi & kasut pakai.
jangan pakai yang terlalu besar atau ketat.

tampa kepedihan, kita tak akan belajar.
bila luka kita kena tahu mengubatinya,
kalah untuk memang.
bila menang kita akan tahu bila nak kalah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.380480 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list