CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zal_cool

KISAH BENAR GAGAL DLM NIAGA + TELADAN + PENGALAMAN [merged saatcham,zack,Hiven]

[Copy link]
Post time 22-1-2009 07:14 PM | Show all posts
USAHAWAN TEGAR

Jika seorang tentera ada sumpah setia rela mati untuk mempertahankan kedaulatan negara, seorang usahawan tegar ada juga sumpah setianya. Tak kira berapa kali gagal pun, jiwaqnya tetap kepada bisnes. Dia akan terus cuba semula daripada out of nothing, start semula from zero.


Jika dahulu drive BMW 5 Series mata helang, sekarang drive kancil pinjam daripada member, tetapi sekejap sahaja. Lepas ni boleh naik sekali lagi. Seorang usahawan tegar yang level PRO cuma paling lama perlu 18 bulan untuk buat duit masuk level sejuta ringgit. Cuma 18 bulan yang diperlukan. Tak pernah serik dan tak pernah putus asa. Jalan untuk dapat sumber kewangan dan dapat projek tu tetap ada. Insyaallah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2009 07:35 PM | Show all posts
Kegagalan sesuatu perniagaan itu adalah kerana:

a) peniaga tak faham kehendak pembeli di tempat tersebut.
b) peniaga tak berapa faham dengan produk yang mereka jual


Anda tidak boleh target membabi buta, contohnya buat satu list senarai pelanggan sasaran dan jumpa mereka satu persatu. Cara membabi butaini cuma membuang masa anda.

Begitu juga membuka kedai di tempat yang anda tak faham budaya penduduk tempat itu. Anda bukak gerai burger tetapi anda tak tahu bahawa kawasan itu semuanya orang yang sudah berkeluarga dan semua memasak di rumah. Dalam satu malam cuma 20 biji burger yang terjual sedangkan orang lain yang bukak gerai burger di flat bujang boleh jual 100 biji burger dalam satu malam.

Tak faham produk: Ini jenis orang yang tahu jual tapi tak tahu menghargai produk yang mereka jual. Contohnya orang yang menjual air tetapi air milo yang mereka buat memang tak sedap kerana cair sangat Orang tak datang minum kat situ kerana air tak sedap !!

[ Last edited by  WonBin at 22-1-2009 07:40 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 08:03 PM | Show all posts
korang pernah dengar tak nama company ni Kleevan Tallisman Oil & Gas Ltd
petang tadi tepat jam 5 aku dapat call dari sorang manusia yang bernama xxx
aku dikenalkan dengan md company yang bernama xxx

cerita punya cerita, dia nak invite aku untuk hantar tender cleaning services dekat kapal nya yang konon2 nya baru je berlabuh di perlabuhan terengganu.

cerita punya cerita, dia cakap aku kena submit tender tu sebelum 24hb. sebelum dia open tender dalam paper. of cos la aku nak gak tender tu. sebab hanya aku sorang je yang masuk. mmg tak open pada org lain. aku satu2 nya manusia yang tau pasal benda tu. Konon2 nya dibayar dalam USD. Banyak beb amount yang dia bagi tu.

tapi... ada satu part yg aku dpt rasa dia nak bodoh2 kan aku. konon2nya dia nak bagi projek tu kat aku. so, aku kena masukkan wang sejumlah 2300 untuk sebijik kapal. tapi, kerana ada dua bijik kapal, aku kena masukkan duit 4600. hahaha aku dah rasa ada kemuskilan kat situ. apa ke hal company besar mcm ni terhegeh hegeh nak ambik aku. sepatutnya aku yang datang mengadap jumpa dia.sebab bila aku cakap aku bersedia nak ke terengganu untuk ambil tender tu. dia berdolak dalik. esok terengganu dah cuti. dia sanggup pos kan hari ni jugak. aku pun mintak lah account number. walaupun dalam hati mmg aku dah rasa pelik dgn mamat ni. tak pernah pernah aku ambik tender org sanggup pos. korang tau account number apa yang dia bagi? account number cina... wong apa ntah nama nya.  

ada gak company penipu cap ayam mcm ni. aku ingat nak buat report la kes ni. jangan ingat aku muda nak perlekeh lekeh kan aku. silap besar la. korang nak tau. bila aku cakap aku boleh bank in dengan syarat bagi aku black and white. surat dari company dia. mamat yang menyamar md tu siap call aku sampai 2 kali. marah2 aku. cakap aku membazir kan masa dia la. cakap setakat duit ciput mcm tu dia tak de masa nak menipu la.org nak bagi projek pun taknak. hahah. banyak nya masa md besar2 macam ni nak layan kes2 kecik macam cleaning service. hahaha ape pun hari ni aku terselamat dari mangsa penipuan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 08:08 PM | Show all posts
ada jugak mcm ni... kononnya tak kaya dengan 4600....

kurang 4600 bleh idup seminggu.. huhuhu kaya tu tak la.. tp bleh serviv kejap..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 08:21 PM | Show all posts

Reply #100 WonBin's post

alhamdulillah....

skrg ni dah kurang menggangu fikiran... kalau terganggu pun.. masih bleh handle dengan jayanye... :bg: :bg:
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 09:14 PM | Show all posts

Reply #102 elle_gogo's post

Jangan jadi Ms Yes tau Elle
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2009 09:35 PM | Show all posts

Reply #104 sinar_inspirasi's post

Saya rasa Abang Sinar masih belum bercerita sepenuhnya cerita macam mana time susah dahulu. Kita cuma tahu sedikit hint-hint sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 10:05 PM | Show all posts
barangkali dia malu2 kucen. .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2009 10:27 PM | Show all posts
malu2 harimau tiger kata miju.... hohohooh
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 08:48 AM | Show all posts
Originally posted by elle_gogo at 22-1-2009 08:03 PM
korang pernah dengar tak nama company ni Kleevan Tallisman Oil & Gas Ltd
petang tadi tepat jam 5 aku dapat call dari sorang manusia yang bernama xxx
aku dikenalkan dengan md company yang bernam ...



kalau Talisman, tak silap kat bangunan Citybank...my client ada kat situ...
Co tu besar, oil and gas ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 08:53 AM | Show all posts

Balas #109 kirawang\ catat

talisman ada bro. tapi dia menggunakan nama Kleevan Tallisman Oil & Gas Ltd.
bro, dia menyamar nama sebagai mr phinnias voldran.
betul ke md dia nama tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 09:11 AM | Show all posts
Originally posted by elle_gogo at 23-1-2009 08:53 AM
talisman ada bro. tapi dia menggunakan nama Kleevan Tallisman Oil & Gas Ltd.
bro, dia menyamar nama sebagai mr phinnias voldran.
betul ke md dia nama tu?


Tak sure, cik adik..
Nama MD dia..

Alang alang cerita ttg Talisman, aku cerita berita gembira lagi..
Untuk menyuntik soul spirit pada new usahawan
apa apa yang aku share, aku cuba habis habisan..
Untuk membantu usahawan melayu..

Client aku juga. Dulu kerja Talisman kat KL..
Umur lebih kurang aku kot, dah 30an...

Sebelom ni dia kerja dengan oil and gas juga.
Gaji dalam 2 -3 ribu as an engineer biasa..

Masuk Talisman, dah banyak dapat. Tapi kena kerja macam  "lembu" lah..
Sekejap kat tengah lautan, sibuk dengan minyak..
sekejap ke darat...
Sekejap ke ke sarawak, sabah. terengganu..

Aku tak tahu gaji dia berapa.Dia invest cash dan epf dengan aku.
Tapi epf dia, dengan umur dia, dalam 33 tahun masa tu, boleh invest 20=30 ribu setiap 3 bulan  ..
That means ...dia dapat 5 digit...

Tapi dia berhenti juga..Buka business oil and gas..
Kerja sibuk., sama macam dulu..
kehilu hilir..travel..

Tapi, berbaloi....Dah jutawan kot..
walopon nothing special jadi jutawan..
tp dapat jutawan umur bawah 35 tahun, kira kepuasan juga..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 09:15 AM | Show all posts
Sapa lagi nak share cerita gembira masing masing...
Mungkin ramai tak suka bercerita kerana.

1. Nak low profile
2. Takut LHDN cari
3. Takut kawan pinjam duit.
4. Takut orang dengki.
5. Takut org copy business anda dan jadi competitors.
6. Takut, takut dan mmg penakut..
7. Takut org cakap eksyen...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 10:47 AM | Show all posts
mmg motivasi la kisah2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 10:51 AM | Show all posts
Huh, ada Public Bank Unit Trust kat umah aku nih. Deretan kereta mewah parking kat depannya siang malam. BMW, Mers, Volskwagon, Audi, Lexus, Volvo.... mereka ni banyak duit sangat sampai tak kisah kena saman kat majlis bandaran sebab parking mereta-rata
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 01:46 PM | Show all posts
alamak... ntah2 aku ni korang masukkan dalam golongan aksyen kot??

anyway - today utusan, ada satu couple - jamal dan kan wan... they are my neighbour since 1992 - they were young couple and i was in my 1st year student masa kat itm.

masa dulu - i ingat macam mana dorang susah nak struggle... wife duduk rumah besarkan anak. husband buat mcm2 advertsing kerja - rumah dorang dah macam studio.

memang dorang nampak susah, walaupun dorang tak bercerita..

now - they owned 2 houses, keter dasat2... memang dah kategori berjaya - tapi they all masih humble dan down to the earth.. datang rumah last year nak tukar duit baru duit raya - aku tukar 5k jer, dia bwk 20K.....

i m proud of them...

memang betul ramai yg berkata - usahawan tu bila dah jatuh, dia akan naik naik, naik dan akan sukar utk jatuh kembali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2009 03:45 PM | Show all posts
Originally posted by elle_gogo at 22-1-2009 08:03 PM
korang pernah dengar tak nama company ni Kleevan Tallisman Oil & Gas Ltd
petang tadi tepat jam 5 aku dapat call dari sorang manusia yang bernama xxx
aku dikenalkan dengan md company yang bernam ...


Saya rase itu scam tu kak ... baguslah akak tak layan ...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 11:06 PM | Show all posts
Originally posted by elle_gogo at 23-1-2009 08:53 AM
talisman ada bro. tapi dia menggunakan nama Kleevan Tallisman Oil & Gas Ltd.
bro, dia menyamar nama sebagai mr phinnias voldran.
betul ke md dia nama tu?


Talisman Malaysia Ltd ada la...btol la kata kirawang, kat bangunan citibank...pernah gi amik course permit to work kat sana coz nak naik platform dier punya pasal...

kalo nak confirm, gi call opis dier tanya pasal mamat ni...

kalo takde, aper lagik...carik mamat ni sampai ke lubang cacing pas tu sue la, aper lagik...INCOME gak tu huhu...jahat nyer aku ni....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 11:18 PM | Show all posts
aku dah 2 kali lingkup....melibatkan pelaburan yang agak besar...akibatnya sekarang menanggung utang..... surat lawyer datang umah dah jadi perkara biasa...
tapi dalam usaha untuk bangkit sekali lagi.....

isteri dah membebel bila dengar nak involve dalam biz lagi.... baik settle utang je...kat my wife.... tapi aku senyum je.... last week.... pergi tabung haji... buat withdrawal untuk pump in dalam biz wife aku... bagi biz dia ok....aku akan menapak semula..... never give up...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 11:25 PM | Show all posts
Originally posted by kirawang at 23-1-2009 09:11 AM


Tak sure, cik adik..
Nama MD dia..

Alang alang cerita ttg Talisman, aku cerita berita gembira lagi..
Untuk menyuntik soul spirit pada new usahawan
apa apa yang aku share, aku cuba habi ...


lama dah aku jadi silent readerdlm thread ni...
keje laut time muda2 mmg syok...komitmen dgn ibubapa + adik beradik jer (awek blom jadik bini lagi)....so, bos suruh gi laut, layan....

rekod peribadi yg aku pernah cipta....45 hari straight kat atas laut (masa tu keje vendor)...duit claim usah citer la...pegi kat ATM, tgk jumlah duit fuh...paling bnyk penah ada ketika aku berumur 24 tahun...mmg banyak duit masa tu....tapi lama2 burin woo...asik nak ke laut jer, pegi laut balik hari pun penah aku buat....

at the same time, bnyk baca buku pasal financial...terbaca lak buku Robert Kiyosaki.usah kan rich dad poor dar...buku yg pasal quadrant tu pun aku baca (aku tak ingat buku aper tah tajuk dier)...dr situ aku start cari something yg bole jadikan sbg kerja sendri...

lama aku cari (setelah 2 3 benda aku cuba), then aku pun jumpa satu keje yg aku bole wat part time, tapi hasilnya bole tahan kalo kita bnyk buat (bukan MLM yer)...until sekarang aku buat lagi benda ni...sekarang dah kawen, aku lagi malas nak naik ke laut.baik aku buat keje sendiri aku ni, terasa puas nyer...

niaga aper2 pun bukan senang...bukan senang nak suruh org kuar duit RM1 kasik kat kita atas aper yg kita buat...tapi jika kena dgn cara nyer, insya Allah kita bole buat....

ILMU TANPA AMAL, IBARAT POHON TANPA BUAH....renung2 kan lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.071049 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list