CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9303|Reply: 7

Newbie yang baru nak mula berkebun boleh start tanam yang ni dulu. Basic kena ad

  [Copy link]
Post time 15-7-2020 04:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 15-7-2020 04:50 PM

10 Tanaman Wajib Tanam Di Rumah. Sesuai Untuk Newbie Jadikan Panduan!






Sejak perlaksanaan PKP kira-kira empat bulan lalu, muncul hobi baru di dikalangan kita antaranya hobi memasak dan berkebun. Jika sebelum ini tidak ramai yang pandai memasak atau bercucuk tanam, kini sebaliknya.

Hanya di rumah telah memberikan kebaikkan tanpa kita sedari. Kini walaupun sudah banyak sektor telah dibuka ekoran penularan virus Covid-19 semakin kurang di negara ini, hobi baru ini tetap diteruskan.

Trending sekarang, aalah satunya adalah aktiviti berkebun. Ramai yang berkebun di halaman rumah. Selain dapat jimat belanja dapur, ia membuatkan kita rasa bahagia apabila melihat tumbuh-tumbuhan ini tumbuh subur.

Sebagaimana perkongsian ini, menyediakan ilmu 10 tanaman yang sesuai ditanam dalam rumah. Boleh lah jadi panduan untuk newbiew yang baru nak mula bercucuk tanam.



Apakah Jenis Tanaman Yang Sesuai Dalam Rumah



Tanaman boleh menceriakan ruang rumah, dan boleh menjadi sangat berguna untuk menyegarkan udara, memasak, dan sebagai hiasan.

Jadi, mari kita tengok apakah 10 jenis tanaman yang menguntungkan di Malaysia kalau ditanam sendiri:



1) Cili Padi





Bagi yang gemar makan pedas, cili padi ni memang antara bahan dapur yang selalu kena ada dalam peti.

Kalau makan tak rasa pedas cili padi tu macam hilang nikmat makanan tu! Jadi, apa kata pada yang minat dengan cili padi cuba tanam sendiri dekat rumah.

Nak makan pun senang, dapat petik yang segar lagi. Caranya mudah saja, anda hanya perlu potong cili padi dan ambil bijinya.

Sediakan pastu berisi tanah dan masukkan biji cili tadi dan siram dua kali sehari. Kalau anda nak guna benih cili yang jual di kedai tu pun boleh juga.

Bila dah nampak anak pokok cili dah mula bercambah, anda boleh alihkan ke pasu yang lebih besar jadi pokok cili anda boleh lah membesar dengan jayanya.

Serius, cantik sangat bila dah start keluar cili-cilinya nanti. Nampak warna-warna merah, hijau tu pun dah terliur rasa nak tambah nasi!



2) Daun Bawang





Daun bawang ni memang dikira pelengkap selera lah kalau pada yang minat tu. Makan apa pun mesti nak tabur daun bawang, lagi-lagi kalau makan sup.

Paling tak best bila nak beli daun bawang ni, tak boleh nak beli sikit-sikit. Bila simpan dalam peti lama-lama, terus jadi lembik dan tak sedap dah makan.

Jadi, kalau anda tanam daun bawang ni sendiri memang lagi bagus. Haaaa..bayangkan setiap kali nak masak, dapat potong yang segar je dari pokok. Best kan? Nak tanam pun kena ada bawang merah tu je.

Potongkan dulu bahagian atas bawang merah tu sikit untuk cepatkan percambahan dan tanamkan bahagian akarnya di dalam pasu yang bertanah. Pastikan anda siram sekali sehari dan pokok mendapat cahaya matari.

Dalam 3 minggu macam tu, ia akan mula membesar. Ada juga cara baru yang mana orang gunakan papan telur untuk tumbuhkan daun bawang ni.

Basahkan papan telur dan letak tanah sedikit pada setiap ruangan tu dan letakkan bawang merah yang dah dipotong bahagian atasnya di situ.

Bila dah besar dan tinggi daunnya, bolehlah memotong daun bawang yang nak digunakan.



3) Daun Saderi



Ni lagi satu bahan yang memang kena ada bila masak sup. Kalau takde ni, boleh lari rasa sup tu tau. Ada juga yang suka ratah daun saderi ni, rasanya sangat rangup dan menyegarkan!




Untuk tanam daun saderi ni, anda perlukan lebihan bahagian akar sayur saderi tu sendiri.

Ambil dalam 3 inci bahagian akar saderi, cucukkan dengan batang lidi dari bahagian luar supaya akar tak mencecah bawah bekas dan rendamkan di dalam bekas berisi air.

Letakkan bekas pada tempat yang kena cahaya matahari. Bila daun saderi dah mula bercambah, boleh alihkan ke pasu berisi tanah dan siram dua kali sehari.

Pastikan tanah sentiasa lembap untuk daun saderi tumbuh dengan segar. Oh, nak cuba resepi lain dari yang lain tak? Mungkin ada yang dah pernah buat, tapi bagi yang belum.

Anda boleh sapukan mentega kacang (peanut butter) pada daun saderi dan makan macam tu je. Sekali makan, pasti nak lagi!



4) Daun Pudina (Mint)





Bila nampak je gambar daun pudina ni terus terbayang air sejuk-sejuk lepas tu letak lemon dan daun pudina.

Enaknya kalau dapat minum masa musim panas ni! Selain femes orang guna letak dalam air, daun pudina ni memang banyak digunakan dalam masakan Arab atau India.

Kalau tu makanan kegemaran anda dan memang selalu masak masakan tu, wajib ada daun ni kat dapur.

Senang sangat tau bila boleh petik je daun pudina masa nak pakai. Bau pun segar sangat, gerenti asyik nak masuk dapur bau pudina je lepas ni.

Macam mana nak tanam? Okay, mula-mula sekali, beli keratan batang daun pudina dan buang daun yang ada di bahagian bawah.

Lepas tu boleh terus cucuk ke dalam pasu berisi tanah dan letakkan di tempat redup. Pastikan anda spray air untuk melembapkan tanah.



5) Daun Ketumbar





Ade sesetengah orang memang sangat gemar dengan daun ketumbar ni, tapi ada juga yang tak tahan dengan baunya.

Daun ketumbar ni pun femes juga dalam masakan India dan Timur Tengah. Hampir semua menu utama mereka akan menggunakan bahan ni. Baik dalam masakan, ataupun sebagai hiasan.

Kalau anda memang sukakan daun ketumbar, sangat berbaloi untuk jadikan tanaman dalam rumah sebabnya caranya tersangatlah mudah.

Dapatkan daun yang ada akar tu dalam 2-3 inci, dan rendam dalam bekas berisi air. Bila dah nampak besar lagi beberapa inci, masukkan ke dalam pasu.

Timbuskan bahagian akar je dalam tanah dan bahagian batang tu pastikan tak masuk dalam tanah jadi pokoknya boleh tumbuh dengan elok.


6) Serai





Serai ni bukan saja wangi tapi kalau nak masak tom yam ke masak lemak cili api ke, memang wajib kena letak ni. Kalau tak memang tak menjadi masakan tu. Percayalah!

Selalu kita tengok serai ditanam atas tanah kat luar rumahkan. Kat kampung-kampung memang banyak, senang sangat bila nak masak je pergi potong kat rimbunan serai tu. Tapi kena hati-hati sebab daun-daunnya tajam.

Tapi, kalau duduk kat bandar, lepas tu rumah pun tak ada tanah nak bercucuk tanam. Haaaa, ni lah yang kami nak kongsi, cara tanam serai dalam pasu pula.

Guna lebihan serai je dan rendamkan bahagian akar dalam bekas berisi air. Akar serai akan mula tumbuh lagi banyak lepas 3-4 hari.

Bila dah ada tunas tu, terus pindahkan masuk dalam pasu dan tanam secara menyerong. Untuk 7 hari pertama, anda kena siram 2 kali sehari, lepas daripada tu, anda hanya perlu menyiram sekali sehari je.

Lepas tu, tunggu je sampai serai anda tumbuh dan anda boleh mula guna dalam masakan. Apa lagi, kalau ada pasu lebih kat rumah tu, bolehlah cuba tanam serai!



7) Halia



Halia ni kalau dekat Malaysia memang femes orang guna untuk buang angin. Ada yang masuk dalam sup, ada yang letak dalam teh, dan ada makan macam tu je.

Untuk tanam halia, pilih halia yang dah bertunas supaya lagi cepat ia membesar. Tanamkan halia tu di dalam pasu dan pastikan ia diletak pada kawasan yang separuh teduh. Jangan bagi kena cahaya matahari secara direct.

Yang ni kena tunggu agak lama sikit sebelum boleh pakai, tapi hasilnya sangat mengguntungkan sebab kuantitinya banyak.

Kalau nak guna halia muda, boleh tuai lepas 6 bulan, tapi kalau nak halia tua pula, kena tunggu lepas 9 bulan.



8) Kunyit





Jangan tak tahu yang kunyit pun boleh tanam sendiri dekat rumah! Kalau nak masak apa-apa menu yang menggunakan kunyit, memang lagi sedap kalau guna kunyit hidup. Rasanya lagi asli.

Bila masak ayam goreng kunyit letak kunyit hidup yang dikisar pun lagi terangkat rasa dia. Nak tanam kunyit ni ada caranya tersendiri, berbeza sikit dari cara-cara yang kita selalu tengok.

Ambil lebihan kunyit yang belum dipotong dan balutkan dalam kertas surat khabar yang lembap. Selepas 2-3 minggu baru tunasnya akan keluar dan masa tu boleh tanam dalam pasu berisi tanah.



9) Bawang Merah/Bawang Putih






Bila masak menu yang kena menumis, memang tak larilah daripada dua jenis bawang ni. Kalau nak senang, kisar terus siap-siap bawang putih dan bawang merah, dan simpan campuran yang dah kisar tu dalam peti sejuk.

Senang sangat sebab masa nak guna je boleh terus ambil dan masukkan. Tak perlu lagi nak kupas, potong dan kisar masa nak masak tu. Jimat masa.

Okay, memandangkan bawang ni memang selalu sangat pakai, memang elok sangat kalau dapat tanam sendiri.

Untuk bawang putih, ambil beberapa ulas dan tanam setiap ulas secara menegak dengan bahagian akar yang diletak dalam tanah.

Pastikan tanaman anda mendapat cahaya matahari yang cukup dan selalunya anda dah boleh mula menuai bawang putih bila daunnya dah mula kekuningan.

Untuk bawang merah pula, potong bahagian atas bawang sampai nampak isi tengah dan potong sikit je bahagian akarnya.

Lepas tu tanamkan 3/4 je daripada bawah bawang ke dalam tanah dan biarkan sampai tumbuh daun.

Bila dah nampak daun, boleh timbus dengan tanah sepenuhnya. Kena selalu gemburkan tanah sekeliling bawang supaya banyak bebawang baru.



10) Bok Choy atau Sawi Cina





Sayur Bok Choy ni sangat sedap kalau dimasak dengan sos tiram, atau dimakan mentah.

Pada yang selalu makan Bok Choy ni memang sangat berbaloi nak tanam sebab selain dari anda boleh makan berapa yang anda nak, kebersihannya juga terjamin!



Caranya, potong pangkal sayur tu lebih kurang 1 inci setengah dan rendam dalam air. Letak di kawasan yang terang supaya ia dapat cahaya matahari yang cukup.



Selepas 1-2 minggu, anda dah boleh pindahkan ke dalam pasu berisi tanah dan biarkan sampai ia tumbuh dengan besar.

Kalau anda ada masa terluang, eloklah cuba menanam mana-mana tanaman yang menawan hati. Seronok tau bila dapat berkebun di rumah, boleh jadi hobi yang sangat menarik juga!



Tak semua pun, satu, dua jadi lah untuk penjimatan di kemudian hari. Selamat mencuba dan semoga tanaman anda membesar dengan jayanya dan membuahkan hasil!



Kredit: www.propertyguru.com.my

VIA keluarga.my











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2020 09:41 AM | Show all posts
bayam brazil , kucai, pandan, kunyit,limau purut pun antara tanaman yg senang tanam dan boleh bertahan lama. xperlu penjagaan rapi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 11:01 AM | Show all posts
Good sharing.  Pandan, kangkung, kesum juga mudah ditanam tetapi perlukan air yang berterusan, dihalaman senang ditanam berdekatan pili air.  Ulam raja juga mudah tapi tak perlu air yang banyak seperti kesum, kangkung & pandan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 12:29 PM | Show all posts
elok sungguh thread ni. sedang cuba nak tanam daun sup, daun pudina, daun ketumbar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2020 06:25 PM | Show all posts
bianglala replied at 16-7-2020 12:29 PM
elok sungguh thread ni.  sedang cuba nak tanam daun sup, daun pudina, daun ketumbar.

fuh hehe ada kebun kecil ke tepi rumah?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2020 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
NekNgah replied at 16-7-2020 11:01 AM
Good sharing.  Pandan, kangkung, kesum juga mudah ditanam tetapi perlukan air yang berterusan, dihal ...

Saya pernah baca petua, yg jenis suka air ni letak tanah liat kat bawah dia, dia takung air.


Ingat nak buat macam tu juga tapi tak pasti nurseri ade jual ke tak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2020 04:58 PM | Show all posts
Catpaw replied at 19-7-2020 03:08 PM
Saya pernah baca petua, yg jenis suka air ni letak tanah liat kat bawah dia, dia takung air.


...

Ngah guna aje bekas yang tak berlubang, besen atau baldi yang dah tak guna lagi.  Masukkan tanah & air, dah boleh tanam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2020 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
NekNgah replied at 19-7-2020 04:58 PM
Ngah guna aje bekas yang tak berlubang, besen atau baldi yang dah tak guna lagi.  Masukkan tanah & ...

Elok juga tu,cumanya nak kena tgk jejentik bila air takung, dia sama sibuk huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.060497 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list