CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: scarredheart

kenapa asyik gagal ujian. [edit: sukses!]

 Close [Copy link]
Post time 17-7-2020 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts

Adakah anda berasa anda telah cukup gagal dalam hidup? Lihat tokoh-tokoh terkenal ini yang juga mengalami kegagalan dalam hidup tapi bangkit kembali,malah menguasai dunia!!

-Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4 tahun!

-Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang “tiada harapan”!

-F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai “seorang yang tidak pandai menjual!”. Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!

-Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana “Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas”! Walt Disney juga dipecat oleh editor suratkhabarnya kerana beliau dikatakan ketandusan idea.

-Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!

-Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan “Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja”!
Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!

Fred Smith (pengasas Federal Express) mendapat ‘C” dalam proposalnya di Yale University untuk idea sistem penghantaran malam.

Col. Harland Sanders (pengasas KFC) telah gagal lebih dari 1000 kali untuk mendapat platform untuk memperkenalkan ayam hebatnya yang sangat terkenal kini.

King C. Gillette (pengasas Gillete) gagal hampir 6 tahun untuk mengumpulkan dana mengetengahkan ciptaannya yakni pisau pencukur Gillitte.

Nick Vujicic,seorang pakar motivasi terkenal yg dilahirkan tanpa tangan dan kaki pernah berkata, 'I was deeply depressed when I was eight years old,' he said. 'I went to my mum crying and told her I wanted to kill myself.

Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak. Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah S.W.T, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah S.W.T tanpa dia membawa dosa sedikitpun.”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi)

Umar Abdul Aziz pernah berkata kepada para panglimanya: “Sesungguhnya kita memerangi musuh dan melawan musuh kita dek kerana kemaksiatan yang mereka lakukan, seandainya bukan kerana itu kita sebenarnya tidak mempunyai kekuatan apa-apa pun kerana jumlah kekuatan kita tidak seperti jumlah kekuatan mereka, maka kita mampu menang kerana kekuatan keimanan kita”

INGAT! Katakan pada diri anda,"‘aku akan terus bangun, berdiri dan berlari, kerana aku bukan lemah!’
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2020 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
awak xda ke membe2 yg ada kete mintak diorg ajar bg biasa bawak kete
atau mintak tolong ngan family ke ajar drive

mula2 mmg gitu sbb xbiasa lg
tip dia kena selalu drive
klu boleh hari2


Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
If u think u are a failure..u are a failure

Adiknya mental je sikit masalah

Di tambah pressure lelain

Plus harapan sendiri dan angan masa depan

Sme tu dok kalutkan ur mind

Step by step..1 billiun rm harta pun mula 1 sen!

Seribu batu pengembaraan pun mula dari seeeeeetapakkk kaki ko langkah ke depan

U kne reset re programming ur mind n the world will be yours

Esp SELF TALK

Tiapppp satu u dakwa masalah tu ..u kne setel in ur mind..thru self talk so ur brain tau n faham n klo dia mai lagi brain kata poooodahh..bleh blah ko! Makna ur brain dah ada anti virus power

Tp kne bina anti virus brain or mental u tu ler k

Sat kang abg mai cite lai..abg   nak p cari sesuap maggi ni k...ws
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 11:34 AM | Show all posts
mak ayah masih ada?
apa nasihat diorg pasal semua masalah yg ko listkan kat atas tu?
sori kalo tersentuh sensitiviti



Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman sekarang ni belajar mandu pki keta manual ke auto... zaman aku dulu manual... nasib murah je zaman tu.. sekali test je dah lulus
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 12:48 PM | Show all posts
kenapa tak ada lesen tak boleh minta kerja?
u nak jadi driver ke yang perlukan lesen sebagai syarat utama?
kalau tak, then biar la dulu..
baik fokus untuk cari kerja..
zaman ni public transport merata ada..
bas teksi grab bagai.. apa yang susahnya?
u nak lesen sebab nak compete dengan kawan-kawan?
alahai.. fikir la matang sikit dikk..
sampai bila nak bandingkan hidup u dengan hidup kawan-kawan..
dah berapa kali test masih gagal tu, ambil je la sebagai hikmah..
maybe belum masa untuk awak ada lesen dan beli kereta etc..
so fokuskan matlamat hidup pada yang lebih penting..
cari kerja dan bina kerjaya..
once dah dapat kerja, bina kerjaya then baru la fikir nak beli itu ini..
dan pedulikan je perlian mereka kat rumah tu..
or u boleh jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk u terus berusaha..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2020 02:47 PM | Show all posts
tt thread iols first kat forum ni pun pasal accident kat driving school..
iols down sgt masa tu.. fobia la nak drive..
i start amik lesen awal december, hujung feb, i volunteer nak test jpj padahal masa tu iols fobia lg (tp sbb stress nak ngadap cikgu yg menyakitkan hati tu), pagi nak test tu i doa sungguh2 dpt jpj yg lebih kurang.. pagi tu dpt jpj muka garang, kepala botak, misai melentik..

iols naik je nervous gila, mmg kelam kabut bawak kete.. tp alhamdulillah doa i termakbul.. jpj tu bg lulus je.. dia kata dia tak failkan org yg nervous2 ni sbb dia faham semua nervous sbb nak kena uji and mostly baru belajar bawak kereta.. kawan i yg amik pagi tu, jpj yg sama, fail untuk kali yg ketiga..

so tips i utk tt, doa je byk2 Allah yg pegang hati manusia.. inshaallah termakbul (provided that u mmg boleh bawak tp tak pro je, bukan teruk sgt)
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
i dulu menhafal je cara2 nk lulus

Komputer mmg takd masalah
3 points ok
Ats bukit dgn jln raya mmg hafal gila2 sbb dah praktis dgn bapak i hari2 pon bengap cenggitu juga . Bengang pak i dgn i . Smpi i hampir nk terlanggar yindunn . Berkat hafal lulus sekali utk jpj dgn ats bukit . Da keje angkat auto. Koserrr sgt nk bawa manual

Utk dek tt, jgn putus asa. Betol kata momod..ko beria nk amik lesen keta ni da knp. Keta da ada ke kalau da ada ko praktis bawa keta tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2020 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau fobia lagi elok tak payah pegang sterreng kereta.. lagi akan menyusahkan kelak and lagi phobia nanti kalau jadi apa2... boleh je bahagia jalan2 sana sini.. naik public transport.. semoga urusan TT sentiasa dipermudahkan dna murah rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Azimat AKU BOLEH dlm mental adik tak power

Tadak EMPOWERMENT..ni yg kne buat

Thru readings..thru observation..kendian u fikir faham n DECIDE..self convince..gagal n berjaya cuma dua muka pada satu duit syiling ajeeee

Abg lagi suka gagal dari berjaya..ce paham btui btui..klo tadak gagal boleh ada berjaya?

Gagal tu SE BAHAGIAN PROSES NK BERJAYA..mcm adik kentot..adik berak..tu part u tak suke tapi depa wajib ada..tak.btui???

Adik nk sedappp je..nk cantik wangii je..u r kidding urself maaa..sedap ada tak sedap..cantik ada huduh..so gagal??? Ada berjaya...

U r sabotaging ur thinking je..so resultnya u jadi hesitate timid full of fear ..tak konpiden

Klo ikut kata quran..bersama kesusahan itu akan nyusul kesenangan! Klo tak caya ni gak..uihhh tatau nk kata apa..

Beribu orang can push u ..motivate u tapi u tetap unmoved immobile..kebil kebil angguk but pi mai tang tuuuuu je..

Tuuu baru isu amik lesen aaaa..klo u tadak kaki tadak tangan muke parut terbakor u oku..haaaa bunuh diri gamak nya..dokkk salahkan Allah swt..nasib etc

Jangan caya nasib..jangan caya kebetulan sme tu...sempoi je nk faham..u jatuh u bangun..abis

Wat per sibuk pk napa jatuh..sapa jatuhkan..nk tanya oang klo jatuh wat apa bla bla bla..

U kne emotional INDEPENDENT..baru bleh financial independent

I ajo u teknik i cipta sendiri..teknik 3 seconds thinking..tak lebih dari lama tu..

Apa jua isu prob chores apa pun..klo mai kat u ..u  pk 3 saat n DO..abis satu hal!  Bole buat .?

Lai satu u tulis THINGS TO DO  today..mlm nk tido..sblum tido..tulis..list tu n tampal kat dinding kat study table u

Nk baguih..ada planner..siap date calender besarrr tampal dinding kat study desk..n u tulis pe u plan kat date tertentu..tulis kat tmpt kosong calender..just tulis per u wish n DESIRE..just tulis n dlm hidup u ia akan mai kat u..siyes ckp k?

U tokleh setel semuaaaa pekara dlm satu masa..u buat one thing at a time dulu ok

Adik tadak apa masalah kecuali kefahaman je..bab ilmu hidup je..

Klo u tak mampu setel..ujian tu takkan maiiii..ke u nk deny cakap Allah swt haaa..btuiii?

Bila ujian mai makna u mampu setel tp u kne fikir faham n u kne steady cool sabar n FOKUS OBJEKTIF u

Ada kete bole senang p cari keje..ada keje ada duit..mak sure kureng bebel..

Itu btui..n itu yg pressure u tapiiii btui ke tadak kete susah cari keje???

Ok..klo itu u caya no hal but u kne focus lawan phobia gagal ..btui?

Nnti abg kasi ilmu creative visualisation...sme ni documented well research..u tak yah bawak kete in real..u first time jump masuk kete n terus bawak nicely..bolehhhhh..not mustahil..cheapppppp no costs langsung..nnti tk sibuk abg citer ler k..ws
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 03:21 PM | Show all posts
Saya paham masalah TT sbb pnh mengalami jugak..dua kali gagal test kete
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 03:32 PM | Show all posts
laaa aku fail sekali dulu...pinjam duit adik aahahaha simpan rahsia dari mak sebab fail kena bayar
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 03:40 PM | Show all posts
sabar itu indah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sebut pasal ambik lesen teringat ayah iols yang banyak bantu dan bagi semangat utk iols lulus. kali kedua ambik alhamdullilah lulus. tip utk lulus mmg kena bnyk latihan bawak kete. kalo pegang keta seminggu sekali mmg tak jadi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Jauh perbezaan ye ambik lesen dulu dgn sekarang? dari segi soalan ataupun amali masa driving test? yg iol tahu harga mmg dah mahal la beribu nak juga tahu boleh prepare anak2 kalau tak memang ada potensi repeat juga ni melayang la duit
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 17-7-2020 12:48 PM
kenapa tak ada lesen tak boleh minta kerja?
u nak jadi driver ke yang perlukan lesen sebagai syarat ...

Kak mod.... Kalau tak silap, ada company yg memang nak kita ada lesen.... Dia assume kalau ada kenderaan sendiri, boleh datang kerja awal and balik kerja lambat....
Nanti tak ada lah alasan datang office lambat... Transport tak ada.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2020 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dik..... Berusaha dan berjaya selepas gagal banyak kali tu lagi nikmat....
Bersedih boleh, tapi jangan berputus asa...
Berkawan dgn orang yg ada Kereta, and minta tolong dia ajar kan... Hari2 kena berlatih....
Bagi lah upah duit minyak ke... Belanja minum ke...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dear dik TT, bg akak adik sbnrny ade masalah kewangan dan lesen ni adalah masalah tambahan. Sedih akak dgr. Sabar ye syg. Akak rasa u cari je dulu pekerjaan n fokus kat situ. Dont ever feel like u r useless or a failure. In shaa Allah, jalan cerita kita dan rezeki kite sudah tertulis dan terpulang pada kita utk usaha. So, ape jua masalah adik, selesaikan satu persatu jgn campur adukkan semua masalah menjadi satu bebola masalah yg terlalu rumit dan tak mampu difikirkan. Jaga diri baik2 dik, u can do this.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
sabarlah syg
kau xde org bg motivasi utk keyakinan diri
hidup kau keliling terlalu byk org negetif

amik test lg sekali tp bukan dlm masa terdekat... try dptkn sapa2 kawan ke sedara mara ke belajar drive kt kawasan lapang dan sunyi.. dah yakin skit try slow2 bwak kt jln kg yg xsibuk.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
aku dulu fail langgar traffic light tau
terus kne kick out dek tester on the spot

tu blum lg naik bukit kaki aku mnggeletar uncontrollably  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.350167 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list