CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1694|Reply: 1

MFL umum Liga Malaysia disambung semula pada 26 Ogos 2020.

[Copy link]
Post time 17-7-2020 03:05 PM | Show all posts |Read mode


SAINGAN LIGA MALAYSIA BERSAMBUNG 26 OGOS 2020

Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan Liga Malaysia 2020 kembali bersambung pada 26 Ogos depan selepas ditangguhkan sejak 16 Mac lalu disebabkan pandemik COVID-19.

Keputusan menerusi persetujuan Ahli Lembaga Pengarah MFL itu dicapai selepas menilai banyak faktor termasuk tempoh persiapan pasukan-pasukan bertanding dalam memastikan kualiti Liga Malaysia lebih kompetitif dan berkualiti.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan berkata, badan pentadbir liga tempatan itu percaya tarikh baharu saingan Liga Malaysia tersebut adalah yang terbaik buat kesemua pasukan selepas sesi latihan Fasa 2 telah dibenarkan oleh pihak kerajaan bermula 15 Julai lalu.

“Untuk memulakan kembali Liga Malaysia 2020 yang tertangguh sejak 16 Mac lalu beberapa perkara perlu dipatuhi oleh semua pasukan di mana setiap stadium atau venue perlawanan hendaklah berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan disahkan oleh MFL serta wajib menjalani proses nyahkuman dan disinfeksi.

“Komisioner Perlawanan lantikan MFL akan membuat pemeriksaan stadium atau venue perlawanan sebelum liga dimulakan dan Operasi Standard Prosesur (SOP) pengelolaan perlawanan akan diedarkan oleh MFL kepada semua pasukan kelak.

“Bagi memastikan kelancaran Liga Malaysia 2020, pihak MFL juga semalam sudah mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Pengadil FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) bagi membincangkan persiapan dan SOP pertandingan. Apa yang pasti, kita memang sudah bersedia untuk menyambung semula saingan Liga Malaysia musim ini,” katanya dalam satu kenyataan rasmi, hari ini.

MFL kekal dengan format pertandingan CIMB Liga Super, Liga Premier di mana saingan secara separuh liga sahaja. Menerusi format itu, liga akan bersambung dari perlawanan kelima hingga perlawanan ke-11 dengan semua perlawanan mengikut jadual asal seperti yang telah ditetapkan.

Begitu juga dengan pertandingan TM Piala Malaysia yang akan berlangsung pada 17-18 Oktober 2020 dan akan berakhir pada 7 November manakala Shopee Piala FA dan Challenge Cup dibatalkan.

Format pertandingan TM Piala Malaysia akan dirombak di mana tiada saingan peringkat kumpulan dengan saingan 16 pasukan akan berlangsung secara kalah mati satu pusingan termasuk suku akhir dan separuh akhir.

11 pasukan terbaik CIMB Liga Super dan lima pasukan terbaik Liga Premier (kecuali pasukan Reserve Team) yang layak beraksi dalam saingan TM Piala Malaysia akan diundi untuk menentukan perlawanan awal dan juga pasukan tuan rumah.

Bagaimanapun, Dato’ Ab Ghani memaklumkan bahawa perlawanan tertunda iaitu aksi CIMB Liga Super yang menemukan PJ City FC menentang Terengganu FC serta perlawanan Liga Premier UKM FC bertemu Kelantan akan dimainkan pada 22 Ogos 2020.

“Pasukan tuan rumah iaitu PJ City FC dan UKM FC hendaklah memastikan pelan kawalan keselamatan, persediaan stadium atau venue perlawanan, petugas-petugas stadium diatur dan disediakan dengan cukup rapi,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Dato Ab’ Ghani menegaskan kesemua pasukan tidak dibenarkan mengadakan perlawanan persahabatan bermula 15 sehingga 28 Julai 2020.

Namun pasukan-pasukan berstatus dari CIMB Liga Super dan Liga Premier hanya dibenarkan mengadakan perlawanan persahabatan pada 2 Ogos 2020 sebaik tamat tempoh bertenang bermula 29 Julai dan tamat pada 1 Ogos 2020.

“Tempoh ini adalah bagi penilaian dan pemantauan simptom COVID-19 bagi memastikan tahap kesihatan semua pegawai dan pemain masih baik setelah 14 hari tempoh Latihan Berkontak Fizikal dibenarkan di mana latihan pasukan masih dibenarkan sepanjang tempoh ini.

“Berkenaan perlawanan persahabatan,
MFL mengalakkan pasukan mengadakan perlawanan di antara wakil Liga Malaysia iaitu CIMB Liga Super dan Liga Premier sahaja kerana pasukan ini telah menjalani Ujian Calitan (Swab Test) dan memahami SOP yang telah ditetapkan.

“Perlawanan hanya dibenar diadakan di dalam stadium atau venue perlawanan sahaja dan stadium tersebut hendaklah didaftarkan di MITI. Stadium-stadium tersebut hendaklah menjalani proses nyahkuman dan disinfeksi sebelum perlawanan diadakan.

“Perlawanan tersebut hendaklah dimainkan tanpa penonton, hanya pegawai dan pemain pasukan yang berdaftar dan telah menjalani Ujian Calitan (Swab Test) sahaja dibenar berada di stadium.

“Nasihat MFL supaya pemain, pegawai serta semua yang terlibat menjaga kepentingan kesihatan serta akur kepada arahan SOP bagi memastikan bukan sahaja mahu memutuskan rangkaian tetapi bebas daripada pandemik COVID-19,” katanya.

‪#MFL #LigaMalaysia2020
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2020 01:55 PM | Show all posts
sebab dah lama bercuti jadi hilang selera nak tengok balik game bola...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.061413 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list