CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1087|Reply: 2

[Dunia] COVID-19. Perjumpaan keluarga, rumah penjagaan orang tua ANTARA 500 kluster baha

[Copy link]
Post time 20-7-2020 07:34 PM | Show all posts |Read mode
COVID-19: 500 kluster baharu di Perancis, tetapi belum gelombang kedua


PARIS: Pihak berkuasa Perancis melaporkan sebanyak 400 hingga 500 kluster COVID-19 aktif baharu, namun tidak menunjukkan sebarang tanda gelombang kedua akan berlaku.

Menteri Kesihatan, Oliver Veran, berkata sebilangan kluster baharu itu membabitkan rumah penyembelihan atau lain-lain seperti rumah penjagaan orang tua dan perjumpaan keluarga ketika musim panas.

"Ketika ini kita jauh lagi dari gelombang kedua, namun pemakaian pelitup muka wajib di kawasan umum bertujuan supaya masyarakat tidak bimbang berlebihan, selain memastikan menjaga diri sendiri," katanya kepada radio Franceinfo.

Di seluruh negara, angka 'R' menunjukkan kadar penularan virus kini berada pada 1.2, bermaksud 10 orang yang dijangkiti boleh menjangkiti 12 tambahan, menurut agensi kesihatan Sante Publique France.

Namun, di beberapa kawasan di tanah besar Perancis, kadarnya jauh lebih tinggi dengan wilayah selatan Mediterranean termasuk Marseille dan Nice mencatatkan kadar 1.55, manakala Brittany di barat Perancis mencapai 2.6 peratus, bermaksud 10 orang yang dijangkiti, mampu menjangkiti hampir 26 orang lagi.

"Jika trend kebimbangan berterusan, kerajaan tidak teragak-agak untuk melaksanakan semula sekatan atau perintah berkurung di wilayah tertentu dan kami mempunyai banyak pilihan," kata Veran.

Orang ramai yang tidak memakai pelitup muka di khalayak ramai akan didenda 135 euro (RM659), tetapi tidak dikenakan kepada mereka yang berjumpa dengan keluarga masing-masing.

Dalam pada itu, Veran berkata pihaknya memfokus untuk memastikan stok pelitup muka mencukupi di kawasan diperlukan termasuk wilayah Paris.

Kerajaan kini menyasarkan untuk simpanan sebanyak 60 juta pelitup muka menjelang Oktober ini berbanding kini hanya 3.5 juta saja sejak pandemik dikesan.

Perancis antara negara terjejas teruk di Eropah dan pandemik itu sudah meragut lebih 30,150 nyawa. - AFP

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2020 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm
.  Plik perancis ni. X riso ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2020 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Giler byk kluster, smpai 500. R naught pun tinggi tu. Tak seriau ka depa ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 11:26 AM GMT+8 , Processed in 1.256241 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list