CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11335|Reply: 142

[Tempatan] Impak COVID-19. Dulu pilot, sekarang food rider

  [Copy link]
Post time 21-7-2020 07:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 22-7-2020 10:44 AM

Daripada juruterbang ke penghantar makanan
AZRUL RADI AZRUL RADI
0 Less than a minute



DULU jadi juruterbang dalam masa satu jam penerbangan boleh dapat minima RM600 tetapi sekarang kerja berhujan panas dapat RM60 ke RM70 sehari.

Itulah yang dialami oleh seorang juruterbang dikenali sebagai Anwar Ajid melalui perkongsikannya di Facebook selepas kehilangan pekerjaan pada bulan April lalu ekoran pandemik Covid-19.

Kehilangan pekerjaan terutamanya dalam keadaan mengejut dan tidak bersedia sememangnya boleh menganggu mental dan emosi seseorang.

Tanpa ada sebarang persediaan dan dalam masa yang sama perlu mencari kaedah dan cara mendapatkan duit dalam tempoh singkat. Memang boleh buntu kepala dibuatnya.

Apatah lagi dengan jumlah gaji yang tetap sebelum ini sudah cukup untuk membayar semua hutang dan perbelanjaan bulanan.

Menurut Anwar, bukan senang baginya untuk mendapatkan pekerjaan walaupun sudah banyak kali dia membuat permohonan mencari kerja.

“Memang kecewa sebab saya tidak mempunyai kemahiran lain selain daripada menjadi juruterbang.

“Akhirnya selepas puas berfikir, saya membuat keputusan untuk menjadi seorang penghantar (E-Hailing rider) untuk mendapatkan rezeki,” katanya.

Menurut Anwar lagi, jumlah pendapatan yang diperolehnya memang tidak mencukup untuk menanggung perbelanjaan bulanannya.

Tetapi jelasnya, dia tetap bersyukur dengan rezeki yang telah ditetapkan Allah untuk keluarganya buat masa sekarang.

Tambahnya, buat masa ini dia masih lagi bekerja sebagai penghantar barangan/makanan dan dalam masa yang sama, mula berniaga kambing perap atau steak. -SM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2020 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bolehlah mula serius berniaga abg anwar..
Harap abg dapat htr pesanan ke teratak iols utk berkenalam lebey lanjut
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2020 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ellez replied at 21-7-2020 07:33 PM
Bolehlah mula serius berniaga abg anwar..
Harap abg dapat htr pesanan ke teratak iols utk berkenala ...

Wah

Ni perolehan secara rundingan terus
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2020 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang jgn pilih kerja. ...akak pi hantar bantuan  barang makanan untuk rakyat miskin. ..insaf tengok keadaan mereka jauh sangat yg kita sangka. ...kalau lah aku kaya mcm menteri atau sultan Brunei tu mahu aku kongsi kekayaan dgn rakyat seluruh dunia yg hidup susah
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2020 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerja je apa yg patut.. iols pun nak start meniaga kecil kecilan.. ingat nak buat dodol, tapi nanti takut korang kena badi cepat sentap pulak
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2020 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 21-7-2020 08:03 PM
Kerja je apa yg patut.. iols pun nak start meniaga kecil kecilan.. ingat nak buat dodol, tapi nanti  ...

Buat aje lah ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2020 08:35 PM | Show all posts
tak pe asalkan rezeki yg halal dan perlaksanaan yg halal. bless him .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2020 08:41 PM | Show all posts
Kurex replied at 21-7-2020 08:03 PM
Kerja je apa yg patut.. iols pun nak start meniaga kecil kecilan.. ingat nak buat dodol, tapi nanti  ...

sekarang ni trend kambing perap
dulu ya, trend dodol kecik sebesar jari tu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2020 08:44 PM | Show all posts
Kurex replied at 21-7-2020 08:03 PM
Kerja je apa yg patut.. iols pun nak start meniaga kecil kecilan.. ingat nak buat dodol, tapi nanti  ...

dodol kurus ke dodol gemuk..


Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2020 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
My mom selalu pesan, kurangkan berbelanja, lebihkan simpanan. Sentiasa beringat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2020 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga makin murah rezeki brader ni.. kesian ramai org hilang keja skrg..lg kesian kalo deols ada anak2 kecik.. kat kawasan umah iols pun byk muka baru yg menjaja makanan nek motor.. samada deols buat part time ke full time sbb dah kena benti keja tatau..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2020 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
simpati kat dia... harap ekonomi makin pulih mcm sedia kala
xthu apa khbr ank saudara aku yg ambil lesen pilot kt Langkawi, thun lps dtg raya msh tunggu panggilan, tahun nie pkp xthu citer
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2020 08:51 PM | Show all posts
Aku respek dgn org yang gigih dan tak meroyan mcm abam pilot ni
Hidup perlu diteruskan, bukan meratap hiba
Kerja apa pun janji halal, inshaallah akan membuahkan hasil
Lebih baik terus kerja daripada mengadu domba sana sini
Allah melarang hamba yang suka meminta2
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2020 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
damsel_fiji replied at 21-7-2020 08:44 PM
dodol kurus ke dodol gemuk..

Dodol gemuk ala berkerak..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2020 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 21-7-2020 08:47 PM
My mom selalu pesan, kurangkan berbelanja, lebihkan simpanan. Sentiasa beringat.

Mak ioilss pun pesan..tapi i kuat blanja.. huwa ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2020 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
mawarika replied at 21-7-2020 08:51 PM
Mak ioilss pun pesan..tapi i kuat blanja.. huwa ..

Belanja keperluan ke kehendak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2020 08:54 PM | Show all posts
Kurex replied at 21-7-2020 08:03 PM
Kerja je apa yg patut.. iols pun nak start meniaga kecil kecilan.. ingat nak buat dodol, tapi nanti  ...

Kalau Sultan Brunei tu share kekayaan dengan manusia-manusia sejagat mahu xkaya sangat dia nanti


muahahhahahahahahha

tetapi sesungguhnya bila tengok org miskin rasa kesian.

Rasa sebak.

Insaf.

semoga ko dimurahkan rezeki dan beroleh kekayaan dengan niat ko yg baik tu aku ameenkan doa ko Noor.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2020 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
MontanaHannah replied at 21-7-2020 08:54 PM
Kalau Sultan Brunei tu share kekayaan dengan manusia-manusia sejagat mahu xkaya sangat dia nanti
...

Sejak bila aku jadi noor? Kau berhalusinasi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2020 09:06 PM | Show all posts
Kurex replied at 21-7-2020 09:01 PM
Sejak bila aku jadi noor? Kau berhalusinasi ke?

muahahhahahahahahhahahahahahahahah

Ini memang kelakar !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2020 09:08 PM | Show all posts
Kurex replied at 21-7-2020 09:01 PM
Sejak bila aku jadi noor? Kau berhalusinasi ke?

semoga ko dimurahkan rezeki dan beroleh kekayaan dengan niat ko yg baik tu aku ameenkan doa ko Kurex.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.073595 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list