CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3074|Reply: 4

Hakak Tin Vy Pecah Amanah

   Close [Copy link]
Post time 23-7-2020 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kakak Usahawan Fesyen Terkenal Di dakwa Pecah Amanah

KUALA LUMPUR - Kakak kepada usahawan fesyen terkenal didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang RM200,000 milik sebuah syarikat pada tahun 2019.

Tertuduh Intan Safina Yusof, 40, bagaimanapun tidak mengaku salah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.

Mengikut pertuduhan, Intan Safina sebagai salah seorang Pengarah Syarikat Arena Abadi Sdn Bhd yang diamanahkan dengan wang RM200,000 telah memindahkan wang itu dalam ke akaun Public Bank miliknya dari akaun syarikat berkenaan.

Tertuduh menggunakan wang tersebut bagi kegunaan diri sendiri dan melanggar arahan undang-undang yang menetapkan cara bagaimana amanah itu disempurnakan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Tun Sambathan 3, Brickfields di sini pada 25 Januari hingga 28 Februari 2019 yang disabitkan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun dan sebat dan juga boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Noorhani Muhmmed Ayub menawarkan jaminan RM50,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun peguam yang mewakili tertuduh, Diar Isda Yazmin Ismail memohon jumlah ikat jamin yang rendah dengan alasan tertuduh tidak bekerja.

"Suaminya pula bekerja dalam sektor pelancongan yang mana pada waktu sekarang sektor ini mengalami kesulitan ekoran pandemik Covid-19," katanya.

Tambah Diar Isda, dalam kes ini penjamin tertuduh adalah bapa mentuanya.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Sabariah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin selain pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah kemudian menetapkan 24 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/93578/BERITA/Mahkamah/Kakak-usahawan-terkenal-didakwa-pecah-amanah-RM200000

soalan iols: awat bapak mentua jamin? Family sheols tak mau tunjuk muka ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2020 11:16 PM | Show all posts
Thread kan dah ada..kat thread vv pun boleh sambung.bosanlah bukak byk2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2020 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 23-7-2020 11:16 PM
Thread kan dah ada..kat thread vv pun boleh sambung.bosanlah bukak byk2

Thread Tin Vy kat mana? Bak mai link. Iols tak tau.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2020 09:31 AM | Show all posts
Lain kali jgn buka sini..xde sape nak baca pun walaupun u bukak lebih awal..baik buka kat CI..nasihat je jgn marah sbb saya pun dh Bnyk kali kena

https://mforum1.cari.com.my/foru ... amp;fromuid=2378666

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2020 09:03 AM | Show all posts
Edited by Meiizu at 28-7-2020 09:42 AM

tt dah smpai adventurer kot  .. apa plak tatau ada ada special thread utk vv .

https://mforum1.cari.com.my/foru ... ra=page%3D1&page=97

vivy

https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1195089&extra=page%3D1&page=10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.406928 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list