CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24358|Reply: 381

[Tempatan] Pesanan Mat Sabu - Jangan lupa, Nabi Muhammad juga adalah pelarian

  [Copy link]
Post time 27-7-2020 11:21 PM | Show all posts |Read mode

'Jangan lupa, tokoh Islam juga pernah jadi pelarian'

Diterbitkan Hari ini 5:10 pm
Dikemaskini Hari ini 10:29 pm
A+
A-
Susulan sentimen antiwarga asing, termasuk terhadap pelarian, presiden Amanah Mohamad Sabu mengingatkan bahawa tokoh-tokoh penting dalam Islam juga pernah menjadi pelarian.

Ini katanya, termasuk Nabi Muhammad, yang harus melarikan diri dari Makkah ke Madinah setelah hidup baginda terancam.

Mohamad juga menyebut Jaafar Abi Talib, yang memimpin sekumpulan umat Islam yang dianiaya keluar dari Makkah ke Ethiopia, untuk berlindung di kerajaan Kristian Aksum.


"Ada perkataan-perkataan buruk dikatakan (terhadap pelarian), ancam nyawa mereka.


"(Ketika mereka) datang ke sini, ada yang kata biar kita tenggelamkan mereka (di laut).

"Bayangkan itu berlaku kepada keluarga nabi," kata ahli parlimen Kota Raja itu di Dewan Rakyat hari ini ketika membahaskan titah diraja.

"Jangan kita kita lupa sejarah. Kita jangan lupa Islam itu ditegakkan para pelarian, khasnya Nabi Muhammad, yang jadi pelarian dan berhijrah dari Makkah ke Madinah," katanya.

Mohamad, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, berkata pelarian tidak seharusnya digambar secara buruk dan kategori pelarian seperti pencari suaka perlu dibezakan.

Sebagai contoh, katanya warga Rohingya yang melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa mereka, sekurang-kurangnya harus diberi tempat tinggal sementara.

Mohamad juga mengatakan bahawa berita yang mendakwa bahawa sekumpulan pencari suaka Rohingya lemas berhampiran perairan Langkawi akan memalukan Malaysia sekiranya ia benar terjadi.

Sebanyak 26 pelarian Rohingya dikhuatiri lemas ketika berenang ke pantai di Langkawi.

Namun, hari ini diketahui bahawa mereka telah selamat setelah berhasil sampai ke sebuah pulau kecil yang berdekatan.

Mohamad berkata, kerajaan seharusnya memburu sindiket dan ahli perniagaan yang mendapat keuntungan dari memperdagangkan pendatang dan pelarian.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengatakan bahawa Malaysia tidak dapat mengambil lebih banyak pelarian ketika negara sedang berdepan dengan wabak Covid-19.

Pandemik tersebut telah mencetuskan gelombang sentimen anti warga asing, termasuk terhadap pelarian kerana ketakutan mengenai virus itu merebak di kalangan rakyat di Malaysia.

The Malaysian Insight sebelum ini melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 700 pelarian Rohingya telah kehilangan tempat tinggal mereka di Kuala Lumpur sejak awal bulan ini.

Free Malaysia Today pula melaporkan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah memerintahkan tuan tanah untuk tidak menyewakan premis mereka kepada pendatang tanpa dokumen sejak hujung Mei.

Malaysia tidak menandatangani konvensyen pelarian PBB, yang menjadikan status pelarian tidak jelas di negara ini.

Pemimpin PAS: Nabi bukan pelarian

Sementara itu, Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) menyifatkan kenyataan Mohamad mengelirukan Dewan Rakyat.

"Nabi Muhammad bukan pelarian," katanya.

Fadhli berkata ini kerana peristiwa Hijrah di mana nabi meninggalkan Makkah ke Madinah, adalah atas undangan.


Dia menambah bahawa Tuhan juga memerintahkan Muhammad untuk meninggalkan Makkah.

Dia kemudian menuntut presiden Amanah itu menarik balik kenyataannya yang merujuk kepada nabi sebagai pelarian.

Mohamad tidak berada di Dewan Rakyat pada masa itu.

Shahidan Kassim (BN-Arau) kemudian mengatakan bahawa kenyataan Mohamad itu menghasut, dan menurutnya, tidak ada istilah "negatif" seperti pelarian harus diberikan kepada nabi.

Kata Shahidan, sekiranya Mohamad tidak menarik balik kenyataannya, dia akan mengemukakan usul untuk merujuk pemimpin Amanah ituke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen.

Menurut tradisi Muslim, Nabi Muhammad yang telah menghadapi penindasan di Makkah, telah diperintahkan oleh Tuhan untuk berangkat ke Madinah, dengan rakyat di kota itu telah berjanji untuk memberikan perlindungan kepada baginda.

Pada malam keberangkatannya, baginda dikepung oleh orang Quraisy yang telah merancang untuk membunuhnya.

Namun, nabi berjaya melarikan diri dan bersembunyi di sebuah gua selama beberapa hari untuk menghindari pembunuhannya, sebelum akhirnya melakukan perjalanan ke Madinah.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2020 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap.. Jap.. Bila masa Baginda saw pelarian? Yg aku tau Baginda saw berpindah ke Madinah atas jemputan dari penduduk Madinah sendiri.

Weiiiiiiii.. Sejarah tamadun islam aku tak la seteruk mat sabu JEBON ni. Haktuihhh.. Nak jilat bontot dap pun jangan dok putar sejarah la hamjad.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2020 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke hijrah nabi didahului dgn perjanjian aqabah 1 dan aqabah 2?baginda bukan menagih simpati,bukan mengharap perlindungan politik dan yg penting bukan melarikan diri kerana takut ancaman nyawa spt mana kebiasaan pelarian.jadi iyer..statement 'pelarian' tu mmg mengelirukan.sesungguhnya berckp dgn nafsu tanpa ilmu sgt berbeza dgn berckp dgn ilmu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2020 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu nenek monyang bugisbpelarian bile kene serang. Ntah knp nenek moyang takut sgt sampai lari ke tanah Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2020 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesuatu sgt bila pembangkang beria nak pertahankan parashit tersial ni

Woi sabu, jgn rendahkan martabat Nabi SAW semata utk politik. Bukan setakat politik, semua keadaan pun tak boleh rendahkan martabat. Nabi bukan lari tapi berhijrah bila diperintahkan

Bukan budaya ereb (arab) seperti yg dikatakan urban jongos muka berkerak
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2020 12:31 AM | Show all posts
Demi menjilat DAP, tergamak kata nabi pelarian.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2020 12:58 AM | Show all posts
merapu la mat sabu ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2020 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa2 geng2 diorg ni suka tunggang agama x beringat demi politik??? Suka sangat petik nama nabi utk neutralizekan semua benda? Kalau ctoh yg baik x apa.
Berbaloi ka mat sabu anak isap sabu woiii??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2020 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 27-7-2020 11:37 PM
Jap.. Jap.. Bila masa Baginda saw pelarian? Yg aku tau Baginda saw berpindah ke Madinah atas jemputa ...

.....Namun, nabi berjaya melarikan diri dan bersembunyi di sebuah gua selama beberapa hari untuk menghindari pembunuhannya, sebelum akhirnya melakukan perjalanan ke Madinah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2020 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
cruz2 replied at 27-7-2020 11:45 PM
Bukan ke hijrah nabi didahului dgn perjanjian aqabah 1 dan aqabah 2?baginda bukan menagih simpati,bu ...

.... Namun, nabi berjaya melarikan diri dan bersembunyi di sebuah gua selama beberapa hari untuk menghindari pembunuhannya, sebelum akhirnya melakukan perjalanan ke Madinah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2020 01:26 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 28-7-2020 01:31 AM

mat sabu
sila selak buku sejarah KBSM 1995 bab 2 sejarah dunia

benda ni dah dihuraikan

apakah hijrah = pelarian ???? kenapalaaa hamba Allah mat sabu  fikir macam ni??? well, eloklah dengan yg   THaji pu depa urus so and so je.

ini ADALAH KENYATAAN YG BUTA  SEJARAH

Ingat Ye taraf baginda SAW itu prophet - Baginda tak lari , dan tak pernah bersifat pengecut - itu mustahil so

hijrah ni - adalah manifestasi perlaksaan penjanjian Aqabah 1 dan Perjanjian Aqabah 2

dan barulah ia dijalankan

dan ia MERUPAKAN JEMPUTAN



sebab tu namanya hijrah

beliau draikan kedatangannya


my god

ini  manusia yg dipangkah oeh sebilangan tangan yg memangkah ; pa tajuk AWANI ?

malaysia MEMILIH


wow


org ni hampa letak kat parliament?

hmm.jawablah esok.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2020 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Rupanya definisi pelarian pun lobaicai tak tau. Sejak bila pelarian tu hina?? Yg jadi hina tu bila masyarakat setempat mula pandang hina .... Bodo
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2020 01:35 AM | Show all posts
pyropura replied at 28-7-2020 01:26 AM
.... Namun, nabi berjaya melarikan diri dan bersembunyi di sebuah gua selama beberapa hari untuk m ...

baginda diburu oleh quraisy adakah konteks ini u label pelarian ? hello
beliau disambut lah , dan mula menjadikan madinah is a blessed land.

aiyooo...ade ke pelarian diberi taraf pemerintah ? adakah pelarian , kaum ansar and muhajrin dengan open arms terima...


yg pelarian tu gang gang yg langgaq janji Hudaibiyyah
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2020 01:36 AM | Show all posts
pyropura replied at 28-7-2020 01:28 AM
Rupanya definisi pelarian pun lobaicai tak tau. Sejak bila pelarian tu hina?? Yg jadi hina tu bila m ...

org  melindungi diri dariada dibunuh = pelarian ? my god - how narrow is that?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2020 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 28-7-2020 01:35 AM
baginda diburu oleh quraisy adakah konteks ini u label pelarian ? hello
beliau disambut lah , dan ...

Dalami & pahamkan dulu definisi pelarian tu.dulu
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2020 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 28-7-2020 01:26 AM
.....Namun, nabi berjaya melarikan diri dan bersembunyi di sebuah gua selama beberapa hari untuk m ...

Kesian ang pyro.. Terpaksa menghina Nabi saw demi menjilat dewa DAP sembahan.. Good job.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2020 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 28-7-2020 01:36 AM
org  melindungi diri dariada dibunuh = pelarian ? my god - how narrow is that?

Pyro ni.. Agama dia adalah politik.. Tuhan dia ada DAP.. Jadi apa saja yg boleh digunakan utk hina Islam adalah betul bagi dia.

Tapi sekali sekala dia perasan diri dia PA Allah swt sebab tu dia boleh tau org tu org ni tak beriman.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2020 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 28-7-2020 01:35 AM
baginda diburu oleh quraisy adakah konteks ini u label pelarian ? hello
beliau disambut lah , dan ...

Pelarian di negara2 Barat juga disambut, ditunggu di airport lagi, malah sampai dibela di mahkamah (kes Trump larang oekarian.dulu)  Hanya di negara mulayu.bajet bagus je pelarian dihina dicaci.maki
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2020 01:40 AM | Show all posts
pyropura replied at 28-7-2020 01:37 AM
Dalami & pahamkan dulu definisi pelarian tu.dulu

look - huraikan apa tu prophet
huraikan apa yg yu faham prophet tu ape?

sebelum pelarian

dekat taif pun beliau tak berundur tapi diusir itupun beliau tak ambil hati walaupun ketika tu malaikat tanya nak hampuk penduduk taif degan batu tak ?

sifat pengecut bukan sifat rasul ye

so careful

well wait -u acnt even hurai the intellect of  te prophet kan? by al gazalli  

you still nak cakap nak banyak eh?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2020 01:42 AM | Show all posts
Nabi tidak melarikan diri, tetapi dijemput ke yathrib.

Quraisy somehow tahu, dan cuba menghalang penghijrahan baginda.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.085180 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list