Edited by trunks at 29-7-2020 08:30 PM
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan oleh kerajaan pastinya membuatkan ramai daripada kita agak kebosanan di rumah. Namun, tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa permainan telefon pintar yang dapat dimainkan bersama keluarga tersayang? Bagi menghilangkan rasa sunyi anda, Gempak senaraikan lima aplikasi dan permaianan yang anda patut cuba.
#1 Monopoly
Old is gold! Permainan ni sudah lama kita main, malah sejak kecil lagi. Apa kata luangkan masa, tingkatkan kesedaran ahli keluarga dalam dunia hartanah dan pelaburan. Anda boleh main di telefon pintar mahupun tablet.
#2 Heads Up!
Permainan ala 'Charades' ini juga antara yang klasik, namun menerusi aplikasi ini, ia lebih moden dan canggih. Mudah saja, pegang telefon pintar anda di atas dahi dan biarkan ahli keluarga anda memberi klu tentang apa yang dipaparkan di skrin. Cubalah!
#3 Brain Out
Pemikiran di luar kotak! Permainan ini hanyalah sekadar kuiz biasa dengan soalan-soalan mudah. Namun, soalan diberikan ada kalanya perlu membuatkan anda fikir dua tiga kali untuk mencari jawapan. Sesuai dan menguji minda anda dan keluarga, wajib cuba!
#4 Worms 3
Pernah bermain Worm waktu kanak-kanak dulu? Permaian klasik ini juga sesuai dimainkan secara beramai-ramai. Misi anda adalah untuk menjadi juara, jadi gunakan senjata yang sesuai untuk melawan musuh. Grafik serta bunyi comel pada permaianan ini sesuai dimainkan bersama-sama.
#5 Houseparty
Antara sedang viral ketika ini. Permaianan yang cukup menarik kerana ia membolehkan orang ramai bersemuka secara live sambil bermain game.Ada beberapa jenis permaianan yang boleh dimain bersama seperti Trivia, Heads Up, Chips and Guar dan Quick Draw. Boleh cuba Quick Draw dan lihat bagaimana aplikasi ini mampu menghiburkan anda serta rakan-rakan atau keluarga yang lain. Difahamkan permainan ini antara aplikasi yang tertinggi dimuat turun ketika ini. sumber
------------------------ korang nak try bolehlah try game bangang ni haha saya kalau bosan tahap gaban,saya akan makan pil tidur 2 hari bangun kejap dan tidur,tak ada gilanya nak main game kira rambut pula dengan keluarga pula tu haha
|