CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8079|Reply: 41

Paling Cikai Nak 500k Followers Baru Dapat Offer, Bront Palarae Nak Campak Mana?

  [Copy link]
Post time 30-7-2020 12:04 AM | Show all posts |Read mode
Masih berkisar isu populariti artis, pelawak dan penyampai radio Danial Zaini menyifatkan tidak wajar menjadikan jumlah pengikut di laman sosial sebagai ukuran bakat anak seni.


Luahan kekecewaan Amerul Affendi baru-baru ini, apabila jumlah pengikut di laman sosial dijadikan kayu ukur untuk dipilih berlakon oleh sesetengah stesen televisyen mendapat perhatian ramai pihak termasuk penggiat seni.








Jika Noorkhiriah yang memiliki 902,000 pengikut di Instagram tidak menerima tawaran berlakon, bagaimana pula dengan pelakon hebat Bront Palarae yang mencipta nama di negara seberang?


Perkara inilah yang disuarakan Danial di IGnya dengan membuat perbandingan antara Bront dan personaliti media sosial, Coki.




Kredit foto: IG Danial



"Kalau bakat diukur dari jumlah followers kat Instagram, kenapa Joaquin Phoenix menang anugerah Oscar sedangkan dia Instagram pun tak ada?

"Contoh gambar diatas, pelakon lelaki terbaik Asia dan TikTok famous. Boleh tengok tak berapa ramai followers dia di Insta? Beza kan?" soalnya. - CARI




Baca juga: Amirul Affendi Buntu Stesen TV Letak Syarat 500k Pengikut IG, Takkan Nak Beli?

Baca juga: "Akak Yang 900k Ni Pun Tak Ada Tawaran, Tak Ada Langsung Ke Yang Nak Tengok?" - Noorkhiriah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2020 09:10 AM | Show all posts
Banyak followers pun bkn jaminan  produk kat tv tu akan terjual bnyk kalau tu niat producer n director. Nak-nak yg ghost followers. Bukan dorg support pun.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ambik aje la instapemes followers 500k ke atas tu berlakon, nyanyi2. Jahanamkan aje industri hiburan Melayu yang sudah sedia caca marba ini.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha bront palarae nk cmpak mana..

Lombong sudahhh,tpi dia modelling pon in..so ok la kot x kuar tv selalu
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Suatu ketika ig adalah tempat manusia tunjukkan bakat photography
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu penah naik isu ni kejap je..
Izara aishah yg komplen dia xdpt job sbb followers ig dia ciput.
Tp masa tu dia blum kawen la.. N mmg sendu sikit dia masa tu.. Xbyk drama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2020 09:52 AM | Show all posts
Orang nak jual produk biasalah tu memilih sikit walaupun takde kualiti. Janji laku, macam tu lah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaa amik la bibi qarina berlakon.. follower jutaan.. hahaha aku tergelak tgk bdk tu blh jutaan follower tapi bront smpai setengah juta..

Bagi aku kerjaya kat ig beza la dgn kerjaya kat tv.. tgklah bila retis ber ig dgn retis xber ig kan lain macam kayu kayan berlakon.. dorang mampu gambar statik je.. paid review{:smile
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2020 10:20 AM | Show all posts
sebabkan bront suka makan makanan korea kat Oiso, aku harap dia dapat berlakon dalam produksi Korea sana. ok takde kena mengena haha.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 10:26 AM | Show all posts
Orang follow sebab ada content menarik.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 10:27 AM | Show all posts
Ramai follower bukan jaminan lakonan mantap.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutler industri seni malaysia sendu
Stesen tv radio n manager2 besar demand perkara bukan2 untuk jadi anak seni
Bilangan followers ig rupanyer requiremnt dia
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku jarang ingat iklan sosmed. But baru2 ni iklan SAJI bront palarae + kupu2 memang padu. Bersahaja je bront
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 11:14 AM | Show all posts
sapa la si coki ni.. adoiii
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 11:36 AM | Show all posts
Danial ni yg Maharaja Lawak Mega tu kan?? Ke iols salah org?
Ohh dah jd DJ radio rupanya. Idok ler tau.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
bila sorg dah up psl issue followers ni yg lain2 pun sebok gak nak mencemar duli bagi sepatah dua kata..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2020 12:07 PM | Show all posts
YomiuriLandMae replied at 30-7-2020 11:53 AM
bila sorg dah up psl issue followers ni yg lain2 pun sebok gak nak mencemar duli bagi sepatah dua ka ...

Ride the hype la kawan.  Moga-moga ada yang perasan.

Entah siapa yang bagi idea pada stesyen tv yang IG adalah indicator bahawa mereka adalah pelakon yang boleh dijual??
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 12:08 PM | Show all posts
ada artis tu, bini ramai followers, laki ramai followers, anak dua2 orang ramai followers, kucing dia pun ada followers..

tp bini nya langsung takde berlakon. Laki pun berlakon suam2 je. cuma balik2 ulang tagline sama dr filem tahun2 lepas.. harap iklan baju raya & susu anak je laa..

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 12:27 PM | Show all posts
YomiuriLandMae replied at 30-7-2020 11:53 AM
bila sorg dah up psl issue followers ni yg lain2 pun sebok gak nak mencemar duli bagi sepatah dua ka ...

Patutnya reputz hiburan, buatlah siasatan sikit kan. Betul ke propa?

Kalau betul, sedap sikit londehkan stesen-stesen TV ni dan juga production haus yang terlibat.


Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bihungoreng replied at 30-7-2020 10:10 AM
Alaa amik la bibi qarina berlakon.. follower jutaan.. hahaha aku tergelak tgk bdk tu blh jutaan foll ...

Iols rengsa betul tgk ig bibiqairina tu. Dengan sekor lagi minah. Imantroye ke apa., gedik betul masing2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.671143 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list