Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO
30 hb Julai, 2020
1. UMNO membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional, sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan PAS dan komponen Barisan Nasional (BN).
2. Sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional hanya berlandaskan sokongan Ahli-ahli Parlimen UMNO & BN serta ADUN-ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu.
3. YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen BN tengah hari semalam di bangunan Parlimen telah menyatakan hasrat PPBM (Bersatu) untuk menyertai MN.
4. Hasrat PPBM ini akan diperbincangkan dengan pihak PAS untuk diperhalusi.
5. Jawatankuasa Induk MN sebelum ini telah memutuskan untuk UMNO dan PAS memberi keutamaan bagi memperkukuhkan MN.
6. Saya akan menyerahkan kepada JK Induk MN untuk mempertimbangkan hasrat PPBM sekiranya berkemampuan untuk memperkukuhkan lagi MN demi kepentingan rakyat dan negara.
Mungkinkah PN akan menjadi kerajaan yang tidak cukup satu semester?
UMNO umum tidak sertai gabungan Perikatan Nasional
By Kasthuri Jeevendran - 30 July 2020
KUALA LUMPUR – UMNO secara rasmi mengumumkan pendirian tidak menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) dan akan terus perkasakan kerjasama dengan Muafakat Nasional (MN).
Keputusan itu dinyatakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi.
Menurut beliau, kerajaan PN hanya berlandaskan sokongan Ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN serta ADUN-ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu.
“UMNO membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional, sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan PAS dan komponen Barisan Nasional (BN).
“Sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional hanya berlandaskan sokongan Ahli-ahli Parlimen UMNO & BN serta ADUN-ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu,” katanya sambil membaca kenyataan.
Dalam sidang media itu juga, Ahmad Zahid memberitahu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai MN.
Kata Ahmad Zaid, hasrat PPBM ini akan diperbincangkan dengan pihak PAS untuk diperhalusi.
Jawatankuasa Induk MN sebelum ini telah memutuskan untuk UMNO dan PAS memberi keutamaan bagi memperkukuhkan MN.
“Saya akan menyerahkan kepada JK Induk MN untuk mempertimbangkan hasrat PPBM sekiranya berkemampuan untuk memperkukuhkan lagi MN demi kepentingan rakyat dan negara,” ujarnya. – MalaysiaGazette
KUALA LUMPUR: Umno president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (pic) has reaffirmed his party’s earlier decision not to formally join Perikatan Nasional if the ruling pact registers as a formal coalition.
Instead, Umno will remain dedicated to the Muafakat Nasional pact it has with PAS. The party’s decision against formally joining the Perikatan pact does not mean that it’s withdrawing support from the government, he added.
“This is not announcement that we are pulling out of Perikatan. Our decision is that we are not going to be a component member of Perikatan if it were to be registered,” he said when met with reporters at the Federal Court on Thursday (July 30).
At present, the Perikatan pact has yet to be registered with the Registrar of Societies (ROS).
Earlier Thursday, Umno supreme council member Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman said that Parti Pribumi Bersatu Malaysia is expected to officially announce its cooperation with Muafakat Nasional.
He said a “charter” between Bersatu and Muafakat Nasional is expected to be signed soon.
Post time 30-7-2020 01:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
masok PN pon sebab nk selamatkan diri dan org org UMNO dari hukuman pecah amanah, rasuah dll.. bajet boleh terlepas hukuman la konon bila berkuasa.. hanattttt punya perangai
Post time 30-7-2020 01:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dorang sokong current pn gomen..tapi bn dan pas stick dengan mn untuk next pru. Dorang x nak bersatu join dorang. Tapi kalau jibby, wak midi dan 2-3 orang lagi lepas boleh la kot join MN..
Post time 30-7-2020 01:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bodo ka apa? Dgn mcm.mcm problem negara kita depa dok main politik lagi. Everything is good then pi cari problem pulak. This time i nak bg non jd pm pulak